Saturday, November 22, 2014

Lesen memandu di UK - Part I

Lupa nak berkongsi satu berita gembira dengan mommies..
Hehehe, datang dekat sikit nak bisik ni....
Psst, saya dah dapat lesen UK.
Tq tq, mommies mesti cakap tahniah kan? hahaha (perasan habis :p)

Dah lama pun dapat, dalam bulan Jun hari tu.
Perasan pula mama JJ yang saya dah dapat lesen kereta bila asyik up cerita pasal jalan-jalan memanjang.
Orang baru dapat "kaki" katakan.
Tengah kemaruk nak pegang stereng masa tu.

Bila tgk semula entry "Pegang Stereng" ni, awal tgh Januari tahun ni saya mula belajar bawa kereta.
Kira lama juga tempoh yang saya ambil untuk lulus.
Dalam enam bulan lebih kurang.
Yea lah, nak belajar cara memandu negara orang bukan mudah.
Dah la kete sendiri takde utk praktis.
Harapkan belajar dengan cikgu aje lah.
Dengan kekangan masa dan stress belajar lagi...
Apa-apa pun lega sgt2 bila dah dapat lesen tu...
Alhamdulillah sgt2....

Ok, back to main topic.
Sebenarnya dah lama nak share cara2 nak dapatkan lesen UK ni.
Boleh lah buat panduan bagi mommies yang nak ambil lesen kat UK ni.
Permohonan utk buat lesen ni kebanyakan adalah secara online.
Boleh tgk kat website GOV.UK ni.

Tapi saya ringkaskan dulu langkah2 yang kena buat bila nak apply lesen UK:

1. Mohon "First Provisional Driving Licences". 

Boleh apply online atau boleh dapatkan borang dari post office.
Jika memohon secara online, dalam masa seminggu dah dapat lesen....
Tapi jika memohon secara pos, tempoh pemprosesan boleh mencecah tiga minggu. Bayaran pemprosean juga sedikit mahal berbanding permohonan online.

2. Dah dapat lesen provisional, boleh mula booking theory test.

Detail pasal teori test ni saya akan cerita dalam Part II.
Berikut yuran yang dikenakan:

3. Bila dah lulus theory test, boleh bawa kereta utk belajar dengan cikgu memandu yang bertauliah.

Tiada waktu belajar minimum yang diperlukan. Kalau rasa confident, boleh terus ambil driving test tanpa hadiri kelas memandu. Tapi seeloknya belajar dengan cikgu dari sekolah memandu/private tutor sebab banyak peraturan di UK yang tak sama dgn peraturan di M'sia. Contohnya bila kita nak menghampiri simpang. Dari jauh dah kena tengok kereta dari kiri dan kanan. Kalau takde kereta, kena teruskan. Kalau kita berhenti di simpang padahal tiada kereta dari kiri mahupun kanan, itu dikira  kesalahan kecil. Kena tolak markah tau. Lagi detail, saya akan cerita dalam Part III.

4. Booking slot utk driving test.

Slot driving test yang kosong, bergantung kepada tempat. Macam kat Bradford, lama juga mendaftar baru boleh ambil test. Dua bulan sebelum test dah kena booking slot utk driving test. Kos utk ujian memandu ni GBP62.

5. Ambil driving test.

Jika lulus, examiner akan keluarkan sijil memandu sementara. Dalam tempoh seminggu ke dua minggu, lesen memandu akan diposkan ke rumah. Tapi dalam tempoh tu, dah boleh bawa kereta tanpa rasa bersalah.

Jadi jumlah keseluruhan = 34 + 25 + 62 = GBP121 tak termasuk kos menghadiri kelas memandu.

Kos kelas memandu bergantung kepada sekolah memandu dan bilangan jam yang kita belajar. Kalau dapat cikgu persendirian lagi murah ( boleh risik dengan Gumtree). Macam yang saya ambil hari tu, GBP15 untuk satu jam. Bilangan jam bergantung kepada cepat atau lambat kita belajar. Bagi yg dah kertu mcm saya ni, lebih sepuluh jam juga kena belajar.

Nota ummi,
Saya mula2 macam pelik juga, kena apply lesen dulu baru boleh ambil teori test. Seingat saya masa ambil lesen kat M'sia, lepas lulus teori test baru dapat Lesen L. Lepas tu baru boleh bawa kereta.

NuKilaN:
 

20 comments:

  1. terbalik kot abih..sama la ngan tmpt duduk drebar pun terbalik dgn mesia punya!hehe..

    cewaah..selamat meronda la ya nur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini memandu sebelah kanan juga kak, sama dgn Msia

      Delete
  2. Replies
    1. Lain sgt2.... Kelas teori pun x perlu ambil... Boleh belajar dgn puan Google dan Youtube jer...

      Delete
  3. hahhaha ok tahniah :) and sama-sama. not bad la price dia kan, tapi memang lain kan modus operandi nya compared to malaysia. saya pernah apply untuk lesen kat malaysia dulu, bayar full semua dah tapi separuh jalan jer buat... saya takutttt. papa JJ kat sini dah bising suruh ambik lesen jugak, tapi dengarnya beribu euros harga... tak mo ah kang saya buat separuh jalan lagi ni. huhuhu

    ReplyDelete
  4. nak ucap tahniah jugak.hehe..

    tulah ye tak sama pulak macam amik lesen kt malaysia..apa pun senanglah nak berjimba dengan anak2 bila dh ada lesen ni kan

    ReplyDelete
  5. Salam Nur,

    Tahniah dah dapat kaki. Bolehlah ronda puas2 tak perlu tunggu jadi mem org bawakan ke mana2! Pelik pula peraturan kat sana ya, memang terbalik! Nue seronok dapat kaki, Mak Aji pula dah seronok jadi mem! Sesekali bila nak berlama2 dengan membelek barang sakan Mak Aji keluar sendirilah, malas tengok org buat muka bila kita lama sikit!

    ReplyDelete
  6. bestnye ade lesen selain lesen mesia huhuh..kite punye lesen mesian ni,,dah berkulat dlm purse..sjak bersalin adik hana, jarang sungguh drive sdiri..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...Tahniah!!

    salam singgah & salam ukhwan =)

    ReplyDelete
  8. oooooo lain sikit caranyer... sebabkan dana mls nk kire, agak2 berapa semua kos yg diperlukan utk dpt lesen kt sana kak? dlm rm yek... hehehhe

    sbb dana ada kwn suaminya warga singapura, dia kemana2 isteri yg bwk kete sbb isteri ada lesen kete, kwn tu bgtau nk amik lesen kete kt spore mahal... sampai 2 ke 3 k malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan rate hari ni (1GBP = 5.26 RM), jadi kalau GBP 121= RM636.02... Tapi ni kos tak termasuk kelas memandu....

      Wah, boleh tahan mahal kos utk lesen singapure... Tapi kalau dah ada lesen singapore, nanti boleh terus convert ke lesen UK...

      Delete
  9. tahniah..bertambah panjanglah langkah. :)

    ReplyDelete
  10. wah.. tahniah, satu perkembangan lagi ni..gitu pula caranya kat sana ya, yang paling best saya raa bila tiada had masa untuk ambil test dia, kalau dah terror boleh je ambil terus ya, tu yang paling best

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah..tahniah dah ada lesen,makin panjang langkah la ye..hehehe

    ReplyDelete
  12. Tahniah, Nur! Ahah, baru nak tanya camna dapat lesen dulu baru ambil test, nasib baik dah explained siap-siap. Jimat ruang komen Nur sebab saya tak perlu tanya soalan!

    Oh, kat simpang kalau takda kereta kiri-kanan, dah boleh jalan terus ya! Kalau kat sini ada kereta kiri-kanan pun nasib hanglah siapa terror dia jalan dulu. Hahaha....

    ReplyDelete
  13. Wahhhh....lepas ni cik abe boleh rehat ler....
    Ada langgar pagar tak Bijen?

    Yelah okjei ngat lagi entri awak pssal belajar keta ni....guna keta volkswagen kan..

    ReplyDelete
  14. untuk orang yang baru dapat P di dalam negara sendiri
    peraturan di sana mengelirukan...hehe
    mahu jadi lain kang =)

    ReplyDelete
  15. Saya dulu apply by post... rasanya masa tu belum ada application online...
    Ya, tu syarat nak apply... kena duk UK at least 6 bulan... after that baru boleh apply sebab lesen M'sia boleh guna hingga setahun... Tak perlu yg international....

    Honestly, saya tak berapa pasti pasal kena pos passport ke tak.. Rasanya tak kpt sbb biasanya maklumat kita kat UK ni memang dah ada dalam sistem...

    ReplyDelete
  16. Baru dapat pengesahan dari kawan yg baru apply.... Apply thru online pun kena hantar jugak original passport :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails