Sunday, November 30, 2014

Virgin media

Kat UK ni, saya pelanggan setia Virgin Media utk perkhidmatan broadband, TV dan juga telefon talian tetap.
Untuk tiga perkidmatan ni, kos yang saya kena bayar sebulan adalah seperti berikut:
Memandang anak2 jarang menonton TV dan jarang sangat guna telefon rumah, jadi saya ambil keputusan untuk membatalkan langganan TV dan juga telefon.
Jadi hari Selasa lepas saya terus call customer service di talian 150 untuk membatalkan kedua2 perkhidmatan tersebut.
Lepas sesi soal jawab (wajib lah kena tanya kenapa nak unsucscribe, apa yg tak puas hati), dapatlah email pengesahan dari perbualan kami beberapa minit kemudian...
Pantas dan efisyen sungguh!
Dengan plan terbaru ni, saya dapat berjimat GBP21.99....
Bukan setakat dapat jimatkan pound, pakej internet juga dinaiktaraf dari 30Mb (saiz M) ke 50Mb (saiz L).
Makin laju berdesup laa internet lepas ni... hehehe.
Cuma katanya untuk tukar sebarang pakej, kena beri notis sebulan.
Jadi bulan depan baru akan dicharge dengan kadar yang telah dipersetujui.

Yang lagi surprise, kelmarin saya dapat lagi satu panggilan telefon dari pihak Virgin.
Sekali lagi mereka tanya, kenapa saya unsubscribe TV dan telefon tu?
Lepas sembang lebih kurang, sekali mereka nak tawarkan juga kemudahan telefon kepada pelanggan setia mereka ni.
Katanya, kalau langgan internet jer, kami kena charge GBP19.50 seperti yang dipersetujui sebelum ni.
Kalau tambah pakej broadband beserta telefon, mereka charge lagi murah iaitu GBP19.45.

Rasa lucu pun ada dengan tawaran mereka.
Saya cuma bersetuju aje lah sebab tak rugi apa pun....
Baru ingat nak simpan telefon rumah dalam kotak, nasib baik tak sempat packing lagi (^___^)

NuKilaN:
 

13 comments:

  1. ehehe makin murah pulak..dorang sayang sangat dgn pengguna setia dorang ni..hihih

    (sesungguhnya imm rindu internet jepun yang super laju mcm bullet train tu..kenapa kat mesia takde..haha..bersyukur je la dgn ape yg ade kan(^__^)

    ReplyDelete
  2. terlajak jimat dah ni... kami sini pakai internet jiran sebelah. hahahhaa ni pun dah laju tak hengat. owh dia subscribe dengan channel tv skali bape dah bayar I lupa tapi beratus kot channel tv huhuhu.

    ReplyDelete
  3. murah kan...boleh subscribe and unsubscribe bila2 masa best jgak....kat sini sekarang semua kena ada kontrak sekurang2nya 12 bulan baru boleh terminate.

    ReplyDelete
  4. bagus kat sane kan nur...mcm lieya pakai unifi....baru dpt call tanye nak naikkan 10g tak tapi kene tambah bulanan...adoiii manjang nak tambah...takdenye nak kurang hahaahahaha...ape yg pasti kat umah wajib ade internet . wifi kan nur...keperluan sgt2 tu...dah bukan barang kehendak dah internet ni heheeheheheh

    ReplyDelete
  5. Kurang lagi GBP 0.05 Nur.. lepas tu dapat pulak utk line telefon.. memang patut pun kata Okey :)

    ReplyDelete
  6. haza baru je tuko wifi maxis fiber internet. Semua phone & TV astro under Maxis dah sekarang :) RM250/mon. Jimat. Dulu bil asing2 lebih 300 sebulan..

    ReplyDelete
  7. Ini yang saya hairan ni. Murah kos kat sana.. ada pulak kita kat sini asyik naik harga je. Untunglah ya ditawarkan kos lebih murah untuk internet dan telefon sekali..

    ReplyDelete
  8. Ni kira betul-betul takda hidden chargeslah ya! Kalau dah dapat murah tu, apalagi kita terima ajelah telefon tu ^_^

    Kat rumah saya kalau takda internet sehari, mahu meraung. Bukan saya dan anak-anak tapi bapaknyalah!

    ReplyDelete
  9. Jimat byk tu nur.... kira ok la juga... part yg paling best bila tenet berdesup peginya... hahahha

    ReplyDelete
  10. Patutlah laju jer bw haha.....eh belum start lagi kan......pre berdesuplah ni yeh hihi

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails