Thursday, November 6, 2014

DIY Nightwing costume

Hari selasa lepas, Irfan kena pakai costume semasa ke sekolah. Kali ni costume bertemakan komik kegemaran dan kena bawa komik sekali utk cerita pada kawan2.

Irfan pilih watak Nightwing. Saya pun tak pernah tahu pasal watak tu. Dia sendiri google dan tunjukkan gambar. Ummi ni kalau keluang man ke, boboi boy ke, kenal lah juga. Jadi malam tu baru lah tahu sikit2 pasal Nightwing. 

Yang bagusnya Irfan ni, dia nak buat sendiri costume tu. Dia cat baju kelabu dgn logo nightwing. Saya tolong beri idea apa yang patut. Aisyah pun semangat juga nak bantu abang buat kerja sekolah.
Dah siap cat logo, kita posing dulu....
Bila dah settle mengecat kaler merah, tunggu kering dulu baru boleh tanggalkan kertas.
Selain dari mengecop baju, Irfan juga buat topeng utk kelihatan Nightwing yang lebih real.
Ini lah hasilnya..
Siap dengan pedang handmade jugak.
Kalau monmies perasan, kat bahu pun dia letak kertas nak beri kesan otot berketul. Bukan main bangga lagi Irfan melangkah ke sekolah dengan costume hasil tangannya :)

Anak lelaki ni memang simple kan?
Langsung dia tak minta saya belikan costume dan awal2 lagi dah cakap nak buat costume sendiri.
Selamat pound ummi macam ni.... Kalau tak, mau melayang berbelas pound jugak =)

15 comments:

  1. kenapa saya pun tak kenal watak tu? hehe
    anyway hebatlah irfan buat sendiri costume
    tu yang dia bangga semacam pakai, maklumlah buat sendiri
    kalau budak perempuan mesti cerewet =)

    ReplyDelete
  2. bgsnyer ifran... cantik costume tuh.... mmg terbaikkkk.... tp kan topeng itu memenyekkn idung irfan hehehehe...

    ReplyDelete
  3. Kretif abang irfan.. Klu za pon tau katun made in malaysia jek. Kikiki

    ReplyDelete
  4. Memang kreatiflah Irfan,x menyusahkan ibu dia plk tu...

    ReplyDelete
  5. wah tomeinya boboy:) kreatipppppp....

    ReplyDelete
  6. wah so kreatif...bagus la Irfan ni. eh tapi lelaki memang kan, dorang lagi proud bila dapat pakai yang buat sendiri.

    ReplyDelete
  7. wahhh bijaknya dia... tentu besar lebih pintar lagi

    ReplyDelete
  8. wahhh.. kreatif dan bijak Irfan ni! :))

    ReplyDelete
  9. Salam Jumaat Nur & anak2..pekabar??..
    wah.pandai lah abg Irfan.. bijak & kreatif tu buat sendiri... :)

    ReplyDelete
  10. dah baca tp baru ni sempat komen..irfan mmg kreatif.untung ummi tak payah keluar fulus..:)

    ReplyDelete
  11. Kira kreatiflah si Irfan ni....
    Sama Bijen.....okje lagilah mmg tak kenal le watak watak benda gini lagilah dah takde anak kecik hihi...
    Betul tu.... anak lelaki mmg byk simplenya....apa yg ada jer depa belasah hihi

    ReplyDelete
  12. Nightwing? Siapa tu? Saya tak kenallah. Yang saya kenal Ultraman jek! Kreatif si Irfan ni. Untung ada anak kreatif dan tahu menjimatkan kos ni. Pound yang tak melayang tu bolehlah digunakan untuk shopping benda lainkan, Nur ^_^

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails