Wednesday, November 19, 2014

Harganya & Danish shopping

Saya terfikir nak post entry "WW::: Teka harga" tu lepas sembang dgn salah seorang kawan yang baru balik M'sia baru-baru ni.
Katanya boleh tahan harga barang2 kat M'sia sekarang ni.
Tu belum masuk lagi GST yang bakal diperkenalkan tahun depan.
Sedih betul rasanya.... balik M'sia nanti terus dapat "hadiah" GST...
Tapi kenalah pasrah dalam terpaksa...

Orang kata, memang tak boleh nak bandingkan harga kat sini dengan harga kat M'sia.
Dan jangan pula nak convert matawang kat sini dengan matawang kat M'sia bila berbelanja.
Memang ada benarnya.
Orang UK dapat gaji dalam GBP, dan mereka juga berbelanja dalam GBP.
Orang M'sia dapat gaji dalam RM, dan belanja mereka juga dalam RM.

Sebelum datang UK, saya terfikir juga...
Dengan elaun cuma GBP1500++ sebulan, macam mana nak survive dengan keluarga yg agak besar?
Sewa rumah dah GBP400 (ni pun dah kira rate yg paling murah antara bandar2 kat UK ni).
Sewa telefon+internet+rancangan TV berbayar (mcm Astro) = GBP40
Prepaid telefon (saya guna LycaMobile) = saya GBP10, suami GBP 10 sebulan
Elektrik + Gas + Air = GBP100
Eh kalau total semua keperluan bulanan baru GBP560.
Kira keperluan asas la ni.
Ada lagi baki GBP 940 (utk saving, makan, shopping, jalan-jalan dll - kalau yg pakai kereta, kena guna budget ni sbb insuran kereta kat sini agak mahal. Minyak jer murah skrang ni GBP1.19/liter).
Tu yang kami mengada ambil pakej iPhone sorang satu which only cost GBP50++ to both of us (unlimited call to UK number, unlimited SMS to UK number, dan unlimited 3G).
Dari sini baru saya sedar "kuasa membeli" yg kita ada kat UK ni.

Bila keluar shopping kadang2 boleh rambang mata bila tgk harga barang tak sampai pun satu pound..
Ni total harga barang yg saya post dalam entry sebelum ni...
Ya, semua 18 items tu cuma GBP16.42.
Kalau mommies perhatikan, kat sini pun ada juga tax kerajaan yang dikenali sebagai VAT.
Banyak tau VAT kat UK ni... 20%....
Tapi kadang2 macam pelik juga sebab harga kepada pengguna masih lagi murah.
Nak komen banyak pun tak pandai... Nanti silap komen kan jadi ajaran sesat pulak.... keh keh keh....
Terima kasih pada yang berikan anggaran harga.
Mommies semua memang sporting habis :)
Memang bekalan roti utk seminggu budak2 ni utk bawa bekal ke sekolah.
Mereka tak nak bawa nasi, jadi bawa roti lah setiap hari.

Tapi yg kalau perasan, buah-buahan tropikal ni memang mahal sikit lah kat sini...
Tapi teringin punya pasal, rembat juga buah mangga, nenas dan jus buah-buahan tropikal.
Kalau rajin, boleh jer beli buah sebiji sebiji lepas tu kupas sendiri.
Kalau buah mangga, boleh dapat dgn harga dua biji dgn harga GBP1.50.
Kalau nenas tu, kadang2 yg saiz kecil boleh dapat tiga biji dengan harga sepound.

***********************

Pergi hantar Danish ke sekolah pagi tadi, nampak kawan2 Danish sedang bersiap pakai reflective vest.
Tak bawak pula phone nak snap gambar Danish, tapi lebih kurang mcm ni lah...
Sebabnya cikgu kata hari ni ada lawatan ke Morrisons(tempat shopping mcm Tesco).
Mungkin mereka belajar tentang duit syling (pence, penny) sebab tgk cikgu2 sibuk duk bilang duit utk diagihkan pada pelajar2.
Patutlah semalam Danish kata kena pakai kasut lain pergi sekolah.
Kena pakai kasut yg selesa sebab mereka cuma jalan kaki dari sekolah ke Morison.
Boleh tahan jauh juga mereka kena berjalan dalam cuaca sejuk cenggini.
Tapi mesti Danish happy dapat shopping dengan kawan-kawan.
Tak sabar nak dengar cerita dia bila balik nanti :)

Nota ummi,
Sekadar catatan di masa hadapan bila ada yg bertanya...
Selalu juga dapat email yg bertanyakan soalan yg sama, "Cukup tak elaun yg dapat kalau nak datang belajar kat UK?".
Cukup kalau belajar kat Bradford... sbb tempat lain mungkin lebih mahal sikit.
Lepas ni boleh terus beri link ni :)
GBP - Great Britain Pound

23 comments:

  1. GBP16.42. tu kalau vonvert lh kurang rm80 lebih la.. lbh kurang kat malaysia jugak la..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah cukup elaun untuk hidup kt bradfort klu menilai dr apa yg diceritakan.kuasa membeli kt tgn kita.pandai2 la berjimat kan

    alahai mesti comel danish pakai baju cenggitu..bestnya pembelajaran kt sana, semuanya buat secara praktikal..balik nti mesti byk dia bercerita..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PK... Kat sini duit syiling pun sangat bernilai :)
      Itu lah, boleh pula tinggal phone kat rumah.... biasa selalu ada dalam poket.... kalau tak, blog lah tempek muka dia happy pakai baju tu....

      Delete
  3. Sebenarnya saya duk rasa2 dalam 15€uro jugak tadi.. hehehe dan dan jer. Exactly.. macma saya pernah cakap dulu kan, jangan tengok nilai, just tengok angka sebab kalau asyik convert nilai matawang... memang tak terbeli la kita. Memang kalau nak kira boleh mewah sangat la makan2 kita obersi ni kan, jangan jadi obes sudah. itu yang ketar tangan saya lnak membayar shopping kat malaysia last year, ambik barang separuh trolley rm200.. bahan asas jer kot.. huhuhu. terung seplastik jer pun dah berbelas ringgit.. I ingat lagi sebab I letak balik hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah, dan dan jer 10euro...
      yes, totally agree... hahaha, mana tak obes asyik telah cheese jer hari2... Tapi kan, ai duk sini semua seluar jadi longgar.... kena pakai tali pinggang budak2 sbb yg adults punya u rasa besar... do you get what ai meant? hahaha
      Tu dia, sampai skrang ingat harga terung sbb harga meletop punya pasal... kikiki

      Delete
    2. yes... I totally get it. tetiba omputeh meleleh leleh hahahah.

      Delete
  4. murahnya dok kt bradford. kt bristol ni rumah dua bilik £695. duit allowance mara hanya utk sewa rumah n bill sahaja.. huhuhu.. nak bershopping atau pg jalan2 kena berjimat cermat sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elaun mara lagi lah kan sbb dia tak cover family...
      Tu yg kawan saya panggil orang Bradford ni orang kaya walau tak berapa kaya pun... hahaha, panggilan tu doa juga kan... amin kan ajer.... kikiki

      Delete
  5. cop2 nak tanya.. guna package mana ek beli iphone tu? hehehe.. mcm best je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Three.... Tapi skrang dah tak dapat unlimited package mcm tu.... Kena tunggu promotion dulu kak :)

      Delete
  6. nanti blik sini, jgan beli terung mari pakat2 beli kangkung...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, musim kangkung tak habis lagi ke?? Sini kangkung mahal tau, terung jer murah :p

      Delete
  7. Seronok baca catatan...seronok juga baca komen sambil membayangkan suasana di sana walaupun tak pernah sampai hatta dalam mimpi sekali pun...

    ReplyDelete
  8. alahai kak gile murah barang2 kt sana, sbb kebanyakan brg bwh seringgit.... roti2 gitu kt melesia mau rm3 ke rm5 paling2 kurang sepeket tuh... kt sini nenas pun sebiji dh rm2 kak... tu kalu beli kt psr bsh kalu kt pasaraya jgn ckp lah... huhuhui walaupun tax tinggi tp harga brg murah mmg berbaloi2 lah...

    waaaahhhh seronok lah danish nk pi supink2

    ReplyDelete
  9. mmg kita kena set up mind based on tmpt yg kita duduk tuh kan barulah fair ngan value duit tuh sendiri..tp sy sll dok pikir kalo earn GBP or euro dollar ker, tukar duit mesia, blanjer kat mesia mesti pakcik kayoo kan...hehehe
    taksbar nak tgkdanish shoppingg nie..:)

    ReplyDelete
  10. Oo dah dpt la jwpannya..dok mana2 pun kena bijak la berbelanja kan baru la tak terbabas.

    tak sumer brg kena gst nur..

    ReplyDelete
  11. uishhhh kalo tak convert memang terasa murah tu sis...
    kalo convert rasa aikkk sama je cam kat malaysia hehehehehehhe...

    mesti danish excited tu kan...
    iyelah sekali sekala cikgu bawa keluar dgn kawan-kawan memang best aa dorang rasa....

    ReplyDelete
  12. Owh...lebih kurang sini gak harganya. Cuma tak convert tu nampak mcm murah jer ☺☺

    ReplyDelete
  13. Setuju.....sama jer kot kalau ditolak campur bagai . Kat sana elaun dlm GBP, shopping pun dlm GBP....Kat sini dlm RM....
    Eloknya kita ni makan telur jer Bijen baru jimat kot....

    ReplyDelete
  14. kat sini kena jimat2 la..dgn gaji yg ada..hehehe

    ReplyDelete
  15. Like my husband, always nak compare monthly expenses his sister di US dengan kami di sini. Lepas tu doklah convert berapa mereka spent di sana dengan kami di sini dalam RM. Aduh, letih nak dengar tau!

    Kalau tak convert memang nampak murahnya alahai.... tapi I do believe, ada yang sini murah, saya mahal. Sana mahal dan kat sini murah. Cuma part gaji tu tak bolehlah nak compare. Nangis pulak kang!

    ReplyDelete
  16. kiranya harga dia lebih kurang macam dekat msia ye kak?
    maksudnya kat mana-mana kita duduk pun sama ajelah
    cost of living memang naik memanjang
    gaji aje yang gitu aje kan...hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails