Tuesday, November 4, 2014

Kem solat cuti sekolah

Kelmarin, hari Isnin budak2 dah mula sekolah selepas cuti sekolah seminggu.
Cuti sekolah lepas, sempat bawa anak-anak jalan2 ke beberapa taman tema sekitar London.
Tapi antara tiga taman tema yang kami pergi, Legoland jugak yg jadi pilihan anak-anak.
Tak sempat lagi nak tulis entry.
Gambar banyak satu hal, lagi satu saya agak sibuk sebab hari Khamis ni (6 Nov) kena buat presentation kat research seminar.
Walau dah tua bangka dan bergelar pensyarah, tetap juga takut dengan presentation. 
Dah la ahli group tu semua yg hebat2.
Kita yg tak berapa nak hebat ni, mau ambil masa yg lama utk praktis, pratis dan praktis...
Doakan saya yer....

Eh, termelalut pula....
Sebenarnya nak cerita pasal satu akitivi anak2 masa cuti sekolah minggu lepas.
Selain cuti2 London, anak2 juga ada sertai kem solat yang dianjurkan oleh satu keluarga kat sini.
Alhamdulillah, ada juga pengisian berguna utk anak2.
Bukan setakat Irfan dan Aisyah, Danish pun beria nak join sama.
Layan gambar dulu lah...

Muslimat cilik yg mengikuti kem....
 Sejuk hati tengok anak2 ni solat jemaah bersama-sama....


Antara aktiviti mereka adalah menghafal dan memperbetulkan bacaan dalam solat.
Mereka menghafal surah al-Fatihah dan beberapa surah lazim.
Menghafal ramai-ramai baru jadi.
Kalau nak menghafal kat rumah, memang tidak lah. 1001 alasan yang mereka bagi.

Menarik juga cara yang digunakan untuk menghafal.
Setiap ayat mereka kena ulang sekurang-kurangnya 10 kali hingga ingat.
Dah baca satu kali, boleh tick pada ruang yang disediakan.

Tempek juga hasil kerja anak-anak.... dimulakan dengan si sulung...
Ni pula hasil kerja si anak dara...
Tapi yg paling legend, output dari danish
Keh keh keh.... sah-sah Danish bukan belajar menghafal ni.
Siap ada gambar dinosaur lagi.
Bukan marah Aisyah kat adik dia sebab tak belajar betul-betul... ekekeke.

Insya Allah, lepas ni boleh guna teknik yg sama untuk anak2 menghafal surah2 lain kat rumah.
Abah, take note yer.... Ummi bz, abah kena ambil alih :)

10 comments:

  1. Wah bagusnya teknik ni.. boleh apply untuk anak-anak saya.. :)) tq for sharingg..

    ReplyDelete
  2. haha..sapa punya tu...yg ada mcm2 lukisan tu...kreatif ya Danish...

    ReplyDelete
  3. Bagus program ni. Nk cr jugak utk anak.

    ReplyDelete
  4. bagusnya ada program camni ye
    tapi paling legend memang gambnar bawah tulah =)

    ReplyDelete
  5. seronok ada kem solat kat sana..
    dekat sini sekolah-sekolah pon ada program kem solat juga...

    ReplyDelete
  6. amboi danish semangat kamu menghafal ye....hihj

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah bagusnyer ada program2 mcam ni !

    ReplyDelete
  8. bagus ada program macam ni utk anak2..

    ReplyDelete
  9. Gud luck .....
    Alah biasalah...... .namanya pun manusia. Percaya pada diri sendiri .....awak boleh! Awak setanding ngan mereka yg hebat tu....

    Bagus yeh ......sekurang kurangnya terisi gak masa mereka

    ReplyDelete
  10. Baguslah dok obersi pun ada kem solat macam ni. Memang legend hasil kem solat si Danish ni. Ni belajar menghafal ke melakar ni, Danish boy.......

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails