Sunday, November 2, 2014

Taking out teeth while sleeping - Part III

Hari ni kita sambung kisah Irfan cabut 12 batang gigi tu lagi.

Part I boleh baca sini.
Part II boleh baca sini.

Tak lama pun Irfan dapat berehat.
Tiba-tiba phone berbunyi.
Saya dan Irfan terus terjaga.
Ada kawan call tanya perkembangan Irfan.
Ada juga kawan yang prihatin dan mengambil berat :)
Tiba-tiba mode terharu activated!

Lepas cakap telefon, saya tawarkan Irfan untuk makan yoghurt.
Dia kata tak nak.
Tapi saya turun juga ke dapur.
Panaskan susu, ambil dua bekas yoghurt dan beberapa ketul roti.
Tak lupa segelas latte untuk tukang jaga orang sakit.
Saya bawa ke dalam bilik dan makan depan Irfan dengan penuh berselera sekali.
"Erm, sedapnya abe roti ni. Nak rasa?" saya offer pada Irfan.
Tak sangka Irfan kata nak.
Yes, berjaya juga saya pengaruhi Irfan untuk makan.
Saya celupkan roti dalam susu dan suapkan pada Irfan.
Saya pesan supaya terus telan, tak perlu nak kunyah.
Sedar tak sedar, dua ketul roti Irfan makan.
Lepas habis roti, Irfan makan yoghurt pulak.
Dua bekas yoghurt tu Irfan yang habiskan.
Lapar sangat agaknya sebab dah mula puasa dari sebelah malam.
Lega saya tengok Irfan boleh makan tanpa sebarang masalah.
Lepas makan, baru nampak Irfan bertenaga sikit.
Dia mula cari Ipadnya.
Rupanya dia suruh saya download game dari Apple store.
Jadi saya pun download lah dua game percuma tu sebagai hadiah utk orang sakit.
Bila Irfan main, harapnya dia boleh lupa seketika sakit yg dia sedang tanggung.

Lepas makan tu, baru saya boleh snap gambar ni...
Yang tinggal cuma gigi kekal sahaja.
Semua 12 batang gigi yang dicabut tu adalah gigi susu.
Lagi pun dah banyak gigi kekal Irfan yang tumbuh.
Senang sikit dia nak jaga gigi kekal yang ada.

Lepas tu, saya suruh Irfan berehat.
Nampak dia dah mula boring.
Dia mula tanya, lambat lagi ke kakak dan adik nak balik dari sekolah?
Saya jawab, lagi dua jam baliklah kakak dan adik.
Dah mula rindu dengan kakak dan adik lah tu.
Dalam menunggu adik dan kakak balik, sempat juga dia tertidur.

Tengok dia tidur lepas kenyang, saya pun rasa lega.
Irfan juga tak mengadu sakit lepas makan tadi.
Alhamdulillah, lega bila tengok keadaannya yang makin pulih.
Untuk makan tengah hari, saya masakkan bubur nasi.

Bila adik dan kakak balik dari sekolah, nampak muka Irfan semakin ceria.
Dah tak ingat agaknya dia baru lepas cabut gigi yg byk.
Bila tengok si adik yang takut dengan gusi berdarah si abang, lagi lah Irfan duk usik adiknya.
Dinganga mulut luas2 tunjuk gusi yang masih berdarah.
Terus hilang rasa sakit bila dapat bergurau dengan adik-adik.

Malam tu Irfan makan bubur nasi jer.
Makan siap bertambah lagi.
Saya dah mula rasa lega tengok perkembangannya yang sangat positif.

Keesokan harinya, saya tanya Irfan sama ada dia nak pegi sekolah atau tidak.
Kalau tgk pada keadaan Irfan, dia dah nampak macam biasa.
Tiada lagi gusi yang berdarah.
Jadi Irfan setuju untuk terus pergi ke sekolah.
Irfan pun pergi sekolah macam biasa.
Pagi sarapan bubur nasi, tapi dalam pack lunch saya bekalkan roti sandwich sapu coklat.
Juga sebekas yoghurt dan juga jus oren.

Balik sekolah, malam tu Irfan dah tak nak makan bubur nasi.
Dia minta nak makan nasi biasa macam adik dan kakak.
Dah dia yakin nak makan nasi biasa walau baru cabut gigi satu hari, saya ikutkan ajer.
Mungkin dia tak kenyang kot asyik makan bubur nasi jer.
Lepas tu, memang dia dah tak sentuh bubur nasi.
Saya la yang kena habiskan semua bubur nasi yang ada.... huhuhu

Ni gambar saya snap selepas gigi dicabut dua minggu...
Kat gusi masih ada kesan berlubang, tapi dah tak rasa sakit.

Begitulah kisahnya.
Tak lama Irfan ambil masa untuk recover walau banyak gigi yang dicabut sekaligus.
Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.

NuKilaN:
 

13 comments:

  1. Alhamdulillah... Sakitnye ye abg irfan.. Sebatang pon haza rase sktnye. Apatah lagi 12 btg

    ReplyDelete
  2. Entahlah Nur... kakak boleh ngilu sangat walau tak nampak sebab kakak dah mengikuti dari awal cerita ini. Tapi apa pun syukurlah Irfan kira kategori budak cekal dan kuat tak merengek..

    Sekarng mesti dah bertambah sihat dan mungkin dah ada tanda nak tumbuh gigi baru.. Good boy:)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah abg irfan mengharungi kesakitan dengan penuh sbar &sokongan dr ummi & adik2..drp yg sakit pun terus lupa kesakitan..bagus irfan

    ReplyDelete
  4. Mesti cantik gigi irfan sekarang ni..

    ReplyDelete
  5. heheheh tough boy... tapi ingat balik cabut banyak2 seklaigus lagu tu seriau still...ita yang cabut sebatang yang bergoyang tolak ngan gusi pun boleh tumbang, punnnn seriau..inikan. however, semua dah cantik dah sekarang kan.

    ReplyDelete
  6. Owh! Cepat juga gigi susunya luruh...banyak pulak tu...

    Tapi ok juga bagi laluan gigi kekal tumbuh nanti...teratur...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah,semuanya dipermudahkan
    masa cabut gigi hari tu, saya makan bubur pun
    tak lalu..tapi roti memang boleh masuk :)

    ReplyDelete
  8. Alahai Irfan.. kuat budaknya ya.. saya yang tua ni pun seram masa sakit gigi. Ini kan pula budak kecil ya.

    ReplyDelete
  9. Bagus betul budak Irfan ni. Kita yang tua pun ada rasa ngilu bila membaca part 12 gigi sekaligus kena cabut. Aduh, macam terasa diri sendiri yang mengalaminya!

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah...aunty mieja tersenyum tgk awak tunjuk gigi :):) sangat cute...

    ReplyDelete
  11. 12 batang ken acabut serentak?
    kalau saya mahu demam
    apapun hebatlah abe!

    ReplyDelete
  12. ngilu dengar cabut gigi banyak2 pulak tu..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails