Thursday, February 28, 2013

Resepi Pavlova cara saya

Masa sambutan hari lahir Danish, ramai juga adik-adik yang request pavlova. Siap request lima tingkat pavlova. Tapi mana la larat saya nak bakar banyak-banyak (Maaf ya adik-adik manis sekalian). Sempat buat tiga lapis saja. Tu pun yang lagi satu lapis  adik Akma tolong masakkan meringue dan adik Ummi yang kena letak topping dan hias sendiri. Yang ajaibnya, sekejap jer licin semua tu. Dah makin ramai penggemar pavlova kat Bradford ni rupanya :)

Pavlova kegemaran ramai
Pavlova dua tingkat

Tak susah nak buat pavlova sebenarnya. Banyak juga blog yang letak step-by-step. Kalau ikut betul-betul rasanya terus menjadi. Apa pun, saya share juga resepi kat sini bagi memenuhi permintaan adik-adik kat Bradford ni...

Sebelum buat meringue, pasangkan oven pada gas 3 (100-120 degree)...

Bahan meringue:
4 biji telur putih 
1 cawan gula kastor (saya kurangkan kepada 3/4 cawan)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh lemon jus

Cara-cara buat meringue:
1. Campurkan gula kastor+tepung jagung dan kacau hingga sebati.
2. Pukul putih telur hingga "soft peak".
3. Bila putih telur dah betul-betul kembang, masukkan campuran gula sedikit demi sedikit. Bila campuran gula dah dimasukkan semua sekali, teruskan memukul hingga adunan bertanduk dengan menggunakan kelajuan mixer yg paling tinggi. Adunan bertanduk maksudnya meringue telah berubah menjadi berkilat dan likat. Kalau berani, terbalikkan adunan atas sinki and the meringue tetap kekal di kedudukan asal.
4. Akhir sekali, masukkan vanila dan lemon jus. Kaup balik menggunakan spatula. 
5. Apabila sebati, bentukkan meringue di atas kertas minyak (parchment paper) dan bakar menggunakan gas 3 (100-120) hingga masak.

Part bakar tu la ambil masa agak lama sikit. Biasa saya bakar dalam sejam hingga 1 1/2 jam. Selepas bakar satu jam, cuba check dengan tangan kekerasan meringue. Jika belum keras dan meringue masih melekat pada tangan, teruskan membakar hingga meringue betul-betul rangup bahagian luar.

Bila meringue dah masak, tutup api oven dan biarkan oven terbuka sikit (biasa saya letak kain kat pintu oven). Jangan terus keluarkan untuk mengelakkan pavlova mendap. Bila sejuk (dalam 30 minit, boleh keluarkan dari oven untuk diletakkan topping.

Lagi satu, make sure alatan yang digunakan untuk buat pavlova adalah kering dan bebas dari sebarang minyak/air. Maka kena selalu lap kering-kering semua alatan utk buat pavlova, termasuk telur yang telah siap dibasuh juga kena lap hingga kering.

Semasa menunggu meringue dibakar dalam oven, saya akan siapkan topping untuk pavlova. Untuk buat topping, sangat mudah. Bak kata Irfan, easy peasy lemon squeezy :)

Bahan-bahan topping:
250 ml whipping cream (guna jer satu tiub Emlea hijau)
1 sudu teh esen vanila
2-3 sudu besar gula castor/icing (bergantung pada citarasa, saya biasa letak dua sudu gula castor)

Cara penyediaan:
Pukul semua bahan hingga kental. Boleh letak dalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk. 

Bila nak makan baru letak topping atas meringue dan hiaslah dengan buah-buahan kegemaran anda. Saya suka letak kiwi, strawberry dan anggur. Rasa masam dari buah kiwi dan strawberry sangat harmoni dengan manisnya pavlova.

Selamat mencuba :)

NuKilaN:
 

Wednesday, February 27, 2013

National Curriculum di England

Pagi tadi saya ada meeting dengan guru kelas Irfan, Mrs Wilson. Alhamdulillah, dia kata Irfan is a very lovely boy, brilliant and work hard. Secara keseluruhan, pencapaian Irfan adalah baik terutama dari segi komponen Math and Writting.

Cikgu sangat memuji keupayaan Irfan menjawab soalan matematik di kepala (he is good with head calculation). Cuma kena banyakkan membaca di rumah. Untuk peringkat ini, Irfan bukan sahaja perlu tahu baca, tapi dia juga mesti boleh faham dengan baik apa yang dia baca dan boleh ceritakan semula apa yang telah dibaca. So saya kena mainkan peranan untuk bertanya beberapa soalan setiap kali selepas Irfan baca buku. Lepas ni kena gerak gempur Irfan - must read at least one book per day!

Kemudian dia menyerahkan keputusan Irfan. Agak saya, melihatkan muka with no feeling Mrs Wilson bertanya adakah saya faham apa tertulis atas kertas. Bila saya geleng, dia tanya lagi, "Do you know about national curriculum in England?". Melihatkan saya menggeleng kepala buat kali kedua, Mrs Wilson menerangkan secara panjang lebar tentang national curriculum.

Sekarang baru saya boleh faham sikit sistem kurikulum di UK ni. Rasanya sistem PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) pun mengikut model yang sama. Setiap tahun, pelajar dikehendaki mencapai level yang telah ditetapkan dalam jadual di bawah:
So untuk Year 3, Irfan kena capai sekurang-kurangnya level 2a untuk komponen Reading, Writting dan Math. Untuk setiap level, ada 3 sub level, iaitu 1a, 1b dan 1c. Bila pelajar telah mencapai level 1c, pelajar perlu menguasai level 1b pula dan seterusnya level 1a. Bila dah capai level 1a, baru pelajar beralih ke level 2c dan seterusnya.

Pencapaian sehingga hari ni, Irfan telah berjaya mencapai level 2b untuk komponen Writting dan Maths. Tinggal lagi satu level untuk Irfan capai, iaitu 2a. Cume komponen reading yang Irfan kena usaha lebih sikit sebab dia masih di level 1b. Ada lagi empat level yang Irfan kena capai sebelum sekolah berakhir di bulan Julai nanti. Insya Allah, ummi doakan Irfan terus berjaya dan dapat membaca dengan lebih baik lagi, amin!

NuKilaN:

WW ::: Lukisan Aisyah

Aisyah kata ni ummi
 Ni pula Aisyah
 Keluarga kami
 Castle and princess

NuKilaN:
 

Monday, February 25, 2013

Tak nak School Dinner

Sekejap sahaja cuti sekolah dah habis. Hari ni anak-anak kembali ke sekolah untuk 2nd term Spring. Minggu ni juga akan diadakan perjumpaan ibu bapa dengan guru kelas untuk laporan pertengahan tahun pencapaian anak-anak.

Disebabkan semalam saya mengadakan sedikit majlis sambutan hari lahir buat danish (nanti cerita dalam entry lain), maka saya terlupa untuk menyediakan roti bagi pack lunch anak-anak. Masa saya sedar tu dah lewat malam dan confirm semua kedai dah tutup. Kebetulan Irfan masih belum tidur. Jadi saya hanya tanyakan persetujuan Irfan untuk makan di sekolah atau istilahnya dikenali sebagai school dinner (kenapa dinner, boleh rujuk entry ni).

Bangun pagi ni saya agak relaks (dah la monday blues) siapkan breakfast. Tak terkejar sgt sbb tak perlu sediakan pack lunch. Lepas siapkan breakfast, baru saya kejutkan Aisyah utk bersiap ke sekolah. Masa tu baru saya beritahu yang saya tak sediakan pack lunch, tapi sepanjang minggu ni dia kena makan kat sekolah.

Malangnya Aisyah tetap nak bawa pack lunch. Dia tak nak makan school dinner. Dia kata, kalau takde roti, boleh jer masakkan nugget dan kentang goreng. Masalahnya, mana la sempat kalau lagi 10 minit nak ke skolah baru nak menggoreng bagai.

Tengok, duit school dinner pun ummi dah siapkan
Saya pun slow talk dengan Aisyah dan cuba juga pujuk (sbb masa dah suntuk). Tapi dia tetap dengan pendiriannya. Akhir sekali dia membuat confession, "Kakak nak bawa pack lunch sebab Adrian dan Ahmed pun bawa pack lunch setiap hari. Kalau makan school dinner, kakak kena makan sorang2." Alahai Aisyah, nak tergelak pun ada. Kesian pun ada. Langsung tak leh berenggang dengan Adrian dan Ahmed.

Nasib baik ada roti coklat (pre-packed) lebihan party semalam. So saya letak roti coklat, buah2 dan air juice dalam pack lunch kakak. Alahai Aisyah!

NuKilaN:
 

Saturday, February 23, 2013

Donner kebab

Kalau kat M'sia atau lebih tepatnya Terengganu, keropok lekor sentiasa menjadi kudapan di rumah. Tapi dah lama tak makan keropok lekor. Apa nak buat, redha aje la yang sekarang diri sedang merantau. Nak buat sendiri keropok lekor memang tak pandai.

Kat Bradford, ada kawan perkenalkan dengan donner kebab. Donner kebab ni campuran daging lamb, chicken and beef. Tapi memang tak rasa lamb pun, lebih banyak rasa ayam :)

Ni brand daging donner yang kami selalu beli...
Harga dalam GBP5+ untuk satu bekas ni...
(Sila compare dgn saiz rice cooker)
Rupa donner sebelum dimasak
Sebenarnya donner ni dah dimasak separuh
Maka tinggal nak panaskan dalam microwave jer dalam dua minit
Tara, donner yang dah diap di masak
Selalu makan ni sambil berangan duk makan keropok lekor

Model donner kebab.. nyum nyum!
Kalau tetamu datang, boleh la jamu tetamu dengan donner kebab...
So siapa nak merasa kebab ni, boleh la datang ke Bradford :)

NuKilaN:
 

Thursday, February 21, 2013

Basuh pinggan

Sejuk perut ummi bila tengok Aisyah tolong basuh alatan lepas buat kek. Memang selalu macam tu. Bila lepas buat kek, dia akan kemaskan barang-barang atas kabinet dan letak dalam sinki utk dicuci.

Mula dgn basuh besen
Lepas tu sudu
... dan diakhiri dengan "mata" mixer
Bila tengok kakak basuh semua tu, adik pun nak tolong sama. Saya cuma layankan saja. Kesian juga tgk kaki berjingkit nak basuh bekas kat sinki. Dah duduk atas stool pun masih berjingkit lagi sebab belum cukup tinggi.

Mula-mula sabun dulu
Lepas tu bilas dengan air hingga bersih
Terima kasih anak-anak. 
Semoga terus ringan tulang menolong ummi bila dah besar nanti :)

NuKilaN:
 

Wednesday, February 20, 2013

Selamat Hari Lahir, Danish!

"Baby" saya dah masuk tiga tahun hari ni.
Gambar yang saya guna utk ticker kat atas adalah semasa Danish berumur setahun.
Cepatnya masa berlalu.
Sekarang Danish dah menginjak ke usia 3 tahun.
Selamat hari lahir, Danish.
Semoga menjadi anak yang soleh dan adik yang baik.
Sayang Danish sokmo :)


Tak lupa juga, Selamat Hari Lahir buat adik ketujuh saya, Anis @Cik Ni.
Danish dan Cik Ni berkongsi tarikh lahir yang sama.
Ucapan utk Cik Ni.... semoga sukses sokmo :)

NuKilaN:
 

Belajar skill kehidupan

Lagi perkongsian dari facebook...

Di peringkat toddler, anak selalunya suka meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa misalnya kalau ibu menyapu sampah, anak juga ingin menyapu sampah, jika ibu sedang melipat kain, anak juga ingin melipat kain. Sebaiknya kita tidak menghalang keinginan itu sebaliknya memberi peluang kepada mereka sambil memastikan keselamatan mereka. Jika kita sentiasa menghalang, jangan pulak kita mengeluh apabila anak meningkat remaja, mereka tidak berminat untuk melakukan kerja-kerja seperti itu. Berilah mereka peluang untuk mempelajari skill kehidupan ketika mereka masih berminat ....

Nota ummi,
Sangat setuju terutama toddler sebaya Danish.
Semua benda yang orang sekeliling buat, dia pun nak buat sama.

Abang main game, dia pun nak main game.
Abang main skipping rope dengan kakak, dia pun nak join sama.
Abah masukkan kain dalam mesin basuh, Danish pun tolong sama.
Kakak main masak-masak kat dapur dengan ummi, dia pun nak main masak sama.
Kakak baca buku, dia pun nak baca buku sama.
Abang main hula hoop, dia pun ber 'hula hoop' sama.
Abang melukis, adik pun melukis sama.
Ummi lipat kain, dia pun nak lipat kain sama.
Kakak basuh pinggan, dia pun nak basuh pinggan sama.
Kakak dan abang gosok gigi, dia pun nak gosok gigi sama.
Dengan kata lain, semua yang ummi, abah, abang, dan kakak buat, Danish akan cuba ikut.

Kakak pernah kata dekat adik, "Adik ni macam parrot la". Saya pun pelik dan confirmkan dengan kakak, "Kenapa panggil adik parrot?". Kakak jawab, "Yea la, semua yg kakak buat, adik ikut!". Hehehe, rasa macam comel jer bila Aisyah jawab mcm tu. Ingatkan parrot cuma pandai ajuk orang cakap, rupanya parrot Aisyah boleh ajuk apa yg orang lain buat juga :)

Bagi saya, selagi boleh layan dan tidak merbahayakan saya akan layankan ajer keinginan Danish. Biar dia belajar skill kehidupan sedari kecil :)

NuKilaN:
 

Tuesday, February 19, 2013

Putih Hijau

Putih
Hijau
Putih
 Pagar jer yg hijau
Putih
Hijau

Nota ummi,
Putih hijau, pemandangan yang bersilih ganti di musim sejuk. Kalau tengok pada ramalan cuaca, mungkin salju akan menyapa lagi hujung minggu ni.

Putih hijau, tiada kaitan dengan unsur politik tau. Tapi difahamkan dah tak lama parlimen akan dibubarkan. Saya hanya doakan yang terbaik untuk iklim politik negara. Entahlah, saya tak pandai nak berbicara tentang isu politik :)

NuKilaN:
 

Voucher Disneyland utk di let go

Entry ni khas utk mommies yang sedang menetap di UK. Ada kawan yang terpaksa lelong voucher disneyland. Saya kongsi di sini kot ada mommies yang berminat. Saya letak printscreen dari facebook beliau...


Buat makluman, GBP47 tu adalah untuk two days entry to both park. Mmg berbaloi sebab harga asal GBP63.

Harga hotel tu pun sgt murah sbb menetap di hotel disney untuk tiga hari dua malam. So boleh masuk seawal 8 pagi ke dalam Disneyland (biasanya main gate buka pada pukul 10 pagi utk mereka yang tak stay at disneyland hotel).

Sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya (nbijen@yahoo.com). 


NuKilaN:
 

Monday, February 18, 2013

Resepi pancake

Hari Selasa lepas, Irfan bawa balik resepi pancake (lempeng) dari sekolah. Katanya mereka belajar buat pancake kat sekolah. Beria Irfan dan Aisyah suruh saya buat pancake hari tu. Tak nak hampakan harapan mereka, saya cuma turutkan saja....

Tuan punya resepi posing dengan kertas resepi

Meh zoom dekat sikit untuk intai resepi pancake
*butter
*sugar
*milk
*plain flour
*eggs

Bahan-bahan ada, tapi sukatan tak ada. So saya main agak-agak jer. Saya letak secawan tepung, sebiji telur, secawan susu dan dua sudu gula. 

Kemudian mari kita tgk cara-cara nak buat pancake pula...
Siap ada lukisan chef yang buat saya nak tergelak tu...

Chef in action, Irfan sedang kacau adunan pancake 
Bila siap adunan, tiba giliran untuk masak pula menggunakan kuali non-stick. 
Saya buat panceke berbentuk mini, dapat buat tiga biji sekali masak...
Ok, siap untuk dimakan bersama coklat!
Muka seronok dapat makan pancake :)

Update....
Resepi pancake yang lebih gebu boleh ke link ni --> Resepi pancake II
http://ceritadanishdanumi.blogspot.co.uk/2013/09/resepi-pancake-ii.html

NuKilaN:
 

Sunday, February 17, 2013

Soalan ditanya semasa eksperimen

Ramai yang tanya dalam entry lepas, "Soalan apa ya yg ditanya?". Hehehe, sama la kita.. tu soalan pertama yang berlegar di fikiran saya bila diberitahu tentang eksperimen tu. Bila tanya Prof, dia kata jangan risau tentang soalan tu.. huhuhu, langsung tak membantu :(

Masa eksperimen tu, ada empat blok soalan yang diberi. Setiap blok mewakili kategori yang berbeza. Untuk setiap blok, ada 5 soalan. Maka jumlah soalan adalah 20. Untuk setiap blok, saya dikehendaki memilih satu soalan untuk menipu dan Prof pula akan pilih satu soalan yang saya dikehendaki menipu. Semasa sesi menjawab soalan, Prof akan mengangkat tangan sekiranya soalan tersebut saya kena beri jawapan yang salah. Part tu la yang ambil masa sikit nak jawab sebab bukan mudah nak menipu secara spontan (dah la dalam English, masa tu la baru rasa, Oh My English!)

Sebenarnya soalan biasa-biasa jer yang ditanya. Blok yang pertama, dia tanya tentang "first thing" yang saya buat hari ni. Apa makanan pertama yg saya minum, panggilan telefon pertama yg diterima, dll (maaf, dah lupa sbb blok yg pertama debaran belum lagi hilang). Blok kedua, dia tanya pasal hobby. Rancangan television apa yg ditonton, alatan music yg pandai main (yg ni saya pandai tipu sebab saya kata pandai main piano - padahal depan piano main tekan jer asalkan sedap didengar, ekekeke).

Gambar selingan - danish belajar main piano.


Blok yang ketiga pula berkaitan dengan pendidikan. Soalan berkisar tentang sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah universiti. Juga tak berapa pandai nak menipu sebab semuanya melibatkan fakta - so agak susah nak auta.

Akhir sekali berkaitan dengan holiday. Bila kali terakhir pergi holiday, pergi dengan apa, menginap di mana. Part ni agak mudah nak reka cerita sebab boleh gunakan gaya imaginasi... mesti sistem susah nak detect sebab saya merekacerita dengan begitu konfident :)

Pernah tak dengar orang cakap, bila kita menipu kening akan berkerut? Untuk eksperimen ini, sistem lie detection yang dibangunkan akan mengesan kadar perubahan haba di bahagian mata. Bila seseorang menipu, kapilari darah di sekitar mata akan menghasilkan haba yang tinggi di sekitar mata. Maka sistem akan mengesan perubahan haba di sekitar mata setiap kali saya menjawab soalan.

Pasal voucher tu pun mmg saya tidak tahu menahu. Tup tup lepas interview, Prof hulurkan dua voucher. Alhamdulillah, rezeki :)

NuKilaN:
 

Saturday, February 16, 2013

Eksperimen mengesan penipuan

Hari ni saya merasa agak bertuah. Bertuah kerana mendapat peluang untuk menjadi subject (sukarela) untuk eksperimen mengesan penipuan (Lie Detection). Lepas selesai eksperimen, saya diberi kupon dari Amazon bernilai GBP20. Lagi la bertuah rasanya. Terima kasih, Prof!

Dah mula berangan nak beli slow cooker dgn kupon ni.. ngeh ngeh!

Berbalik pada eksperimen tu... Saya mula-mula agak gabra bila Prof beritahu yang saya kena terlibat dalam eksperimen tu. Macam mana la nak jawab soalan-soalan yang diajukan secara spontan dan lagi parah kena menipu utk beberapa soalan tertentu. Sebelum masuk ke bilik eksperimen, terasa juga beberapa ekor rama-rama berterbangan dalam perut. Tapi nasib baik semua crew yang ada (4 semuanya termasuk Prof) agak friendly, so dapat la saya cover rasa gabra tu.

Kalau nak tahu lanjut pasal kaedah mengesan penipuan tu, boleh tengok video ni...



Personally, saya sangat kagum dengan penyelidikan yang dilakukan oleh saintis di UK. Saya juga sangat kagum dengan Prof Hassan, selaku penyelia saya dari segi penyelidikan. Idea yang mereka kembangkan sangat membantu dalam perkembangan industri di UK- bukan hanya sekadar di atas kertas.

Sangat berbeza dengan iklim penyelidikan di M'sia yang lebih akademik dan agak susah untuk orang akademik memahami orang industri (begitu juga sebaliknya). Harapnya suatu masa nanti, orang akademik dan orang industri dapat "duduk semeja" dengan aman dan sama-sama berganding bahu demi membangunkan industri negara, Insya Allah!

NuKilaN:
 

Friday, February 15, 2013

Cara mengurangkan marah pada anak kecil

Perkongsian dari facebook... (Copy and paste!)
Memang tidak mudah mendidik anak-anak. Tambahan pula, sikap anak kecil yang susah mendengar kata, menyebabkan ibu-bapa hilang kesabaran, naik darah. geram dan sebagainya. Meninggikan suara dengan muka yang bengis menjadi pilihan ibu bapa. Namun tahukah anda sikap ini menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda.

Tentunya anda tidak mahu anak anda membesar dengan emosi terganggu. Pernahkah anda terfikir, bagaimana anak anda pula memarahi anda apabila mereka besar nanti. Jangan salahkan mereka, kerana andalah yang mengajar mereka. Andalah yang menjadikan emosi mereka mudah terganggu dan menjadi seorang pemarah.

Sebenarnya memori anak anda semasa kecil amat kuat. Disinilah mereka mengingati dan belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Pada ketika inilah mereka mencuba sesuatu yang baru. Pada ketika inilah mereka membentuk jati diri mereka. Oleh itu anda perlu menunjukkan nilai-nilai murni yang akan membentuk sikap positif dalam diri mereka.

Tips mendidik anak yang dapat membantu anda mengurangkan marah kepada anak kecil anda :

1. Sebelum memarahi anak anda. Fikirkan dulu. Adakah anda suka dimarahi sebegitu oleh emak anda atau orang lain. Adakah anda mahukan anak anda memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti. Bagaimana perasaan anda jika dimarahi sebegitu pula. Apa jua salah anda, saya pasti anda tidak suka dimarahi sebegitu.

2. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Ia memang tidak mudah. Namun ia sangat membantu mereka berubah. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara lain membuat anak anda lebih memahami daripada asyik memarahi mereka.

3. Fahami, anda bukan melahirkan seorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuba fahami emosi dan keinginan mereka. Cuba bawakan keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan.

4. Didik diri anda sendiri untuk menunjukkan rasa sayang pada anak kecil melalui suara, muka dan tindakan. Anda perlu tunjukkan, barulah mereka mengetahui anda menyayangi mereka. Tidak guna jika perasaan sayang hanya di dalam hati sahaja. Tiada gunanya.

5. Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif pada anak anda. Elakkan dari mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda didepan orang lain. Adakah anda suka dikutuk di depan orang lain. Begitu juga dengan anak anda. Tiada siapa yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun mereka masih kecil.

6. Anda perlu memandu anak anda semasa menonton TV. Anda perlu memberitahu mereka perkara yang salah dan betul di dalam TV. Tahukah anda, anak-anak anda mudah mengikut apa yang mereka lihat. TV banyak membentuk keinginan dalam diri anak anda. Dan mereka suka mencuba apa yang mereka lihat di kaca TV.

7. Banyakkan membaca Al-quran. Ayat al Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Manjadikan mereka lebih mudah mendengar kata. Tahukah anda, hiburan di kaca TV atau radio banyak menyebabkan hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata.

Salah satu tanggungjawab yang sering diabaikan oleh ibu-bapa ialah memenuhi keperluan emosi anak-anak. Keperluan ini sangat penting membentuk jati diri anak anda. Belajarlah mula menghargai anak anda. InsyaAllah mereka akan mula menghargai anda. Kerana mereka belajar dari anda.

Mereka juga seperti anda, melalui zaman bayi, melalui zaman kanak-kanak, melalui zaman remaja dan akan melalui zaman dewasa seperti anda. Fikirkanlah.


Nota ummi,
Teringat pada kata-kata Dr Muhaya... bila orang marah-marah, kita kena rasa kesian kat orang tu. Kesian sebab apa, sebab kita tak tahu apa yang orang tu alami masa kecil sehingga dia membesar jadi seorang yang pemarah, suka marah orang.
Moralnya, kalau kita tak nak anak-anak jadi pemarah, kita mestilah tunjuk sikap yang penyayang dan boleh marah anak, tapi tegurlah dengar cara yang betul. Anak baru umur tujuh tahun, tegur dengan cara budak umur tujuh tahun bukan memarahi seperti anak berumur 17 tahun - peringatan utk diri sendiri and abah, please noted this too!

NuKilaN:
 

Related Posts with Thumbnails