Sistem penilaian di sekolah anak-anak sangat berbeza jika dibandingkan dengan M'sia. Dari sekolah tadika lagi anak-anak dah terbiasa dengan peperiksaan. Kita dah biasa di M'sia anak-anak kena ambil ujian dan pencapaian diukur dengan markah yang anak-anak perolehi. Kalau dapat 100%, mak ayah pun rasa nak melompat sama :)
Berbeza dengan sistem di sini, bukan setiap semester/tahun anak-anak kena ambil peperiksaan. Sepanjang mereka belajar di primary school, para pelajar hanya akan menduduki dua jenis peperiksaan sahaja, iaitu Key stage 1 (KS1) dan key stage 2. Maklumat tentang KS boleh rujuk jadual di bawah:
Walaupun Irfan dah masuk Year 3, tapi dia belum lagi mengambil peperiksaan KS1. Mungkin sebab Irfan belum mencapai tahap untuk mengambil KS1. Mungkin tahun ni Irfan kena menduduki ujian tersebut (banyaknya kemungkinan... hehhehe).
Bila tiada ujian, macam mana mereka menilai pencapaian pelajar? Penilaian terhadap pelajar adalah secara berterusan. Cikgu dan rakan sekelas akan membuat assessment dari semasa ke semasa. Sebab tu mereka adakah perhimpunan setiap minggu untuk mengiktiraf pencapaian pelajar (macam anak-anak dapat gelaran Learning Superstar).
Masa awal semester Spring hari tu, cikgu ada beri keputusan anak-anak pada semester lepas.
Pencapaian Irfan |
Pencapaian Aisyah |
Key bagi setiap column |
Alhamdulillah, anak-anak berjaya mencapai target yang ditetapkan di awal semester. Ada juga subjek yang pencapaiannya lebih tinggi dari target awal semester. Saya lega sebab anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran di sini.
Yang bahagian kehadiran, dua dua tak dapat 100% sebab saya ambil cuti masa mengikut lawatan Cruise 1Malaysia. Di sini, ibu bapa dibenarkan mengambil cuti untuk anak-anak selama 10 hari dalam setahun :)
NuKilaN:
wah... bestnya dapat cuti 10 hari...! tapi betul la... kurang periksa, anak2 akan lebih enjoy belajar... berbanding periksa... periksa... periksa...
ReplyDeletemacam ni, kids pun tak stress gi skolah. sistem kita kat malaysia, boleh buat patah semangat jugak la kadang2.
ReplyDeleteHehe memang lain kan..panjang reportnya tp saya suka baca. :) Tahniah utk anak2 kak Nur..smg lebih berjaya di masa akn dtg. Sy pon baru update kt blog psl Parents Meeting 2 mgu lalu..:)
ReplyDeleteBagus juga sistem mereka nie kalau compare ngan kat m'sia..start sekolah pun awal takderlah rugi sgt dr segi age, kan nur...
ReplyDeletenur.....tu sebab sekarang kpm buat PBS... mmg bertujuan nak elakkan exam oriented dan sebaliknya buat penilaian berterusan..
ReplyDeletemcm yg nur cakap sistem ni memang bagus untuk elakkan anak anak stress dan develop their other skills, but right now it seems many parents thatnstill not able to coop with this new system.. we got a lot of complains, mostly about the executions.....
wah bestnya ada cuti diperuntukkan utk anak2.bagus sistem mereka ni
ReplyDeletewowwwwww bestnya, cuti 10 hari
ReplyDeleteMak dan ayah bijak,anak insyaallah bijak juga. Setahu anis, malaysia pun dah mula nak hapuskan sistem peperiksaan ni. Skrg d
ReplyDeleteSekolah dah mula buat penilaian berterusan.......maknanya lepas ni upsr akan dihapuskan
anak sy sekolah tadika sebelumnya ada exam tapi sekarang tiadak ada lagi..cuma buat penilaian saja
ReplyDeletecuti 10 hari best sgt tu.
ReplyDeleteNK: mereka pun happy jer ke sekolah... bila cuti sekolah asyik duk countdown berapa hari lagi tinggal sekolah nak buka :)
ReplyDeleteNastyna: zaman kita dulu tak ketara sgt... lately jer rasa kesian dgn budak2... pagi petang siang malam kena tusyen supaya tak ketinggalan :)
Izu: kebetulan kita update pada masa yang sama pula... rasa lega kan bila anak2 dapat catch up dgn cara belajar di sini :)
ummuaidan: sebelum ni, saya rasa macam kesian nak hantar anak kindy awal-awal masa kat M'sia... tapi bila thk sistem kat sini, rasa tak sabar pun nak hantar danish masuk kindy :)
Aisy: Alhamdulillah, M'sia pun dah moving forward tu continuous assessment... harapnya sistem tu berjaya mengubah kepada modal insan yang lebih cemerlang dunia dan akhirat
Memang benda baru perlukan masa untuk parents terima... bila dah nampak keberkesanannya, mesti mereka menyokong 100%
TJ: part cuti tu pun saya baru tahu masa apply cuti hari tu... so time sekolah pun boleh bawa anak pergi holiday, xde la sesak sgt dgn orang ramai :)
ReplyDeletekak tini: rasa macam org kerja pulak, padahal kerja jer pun :)
Anis: saya pun dengar macam tu jugak... mak ayah ni biasa biasa ajer.. tak pernah pun dapat markah 100% masa belajar.. dapat straight A masa peperiksaan pun tak pernah tau... huhuhu
MamaRey: anak saya masa tadika pun ada exam.. terkejut la juga sbb umur 4 tahun dah kena ambil exam
Neo Lopah: mmg best... boleh plan bawa mereka jalan2 walaupun sekolah tak cuti :)
Entitle cuti yek.. Hehe... Seronoknya tengok percapaian anak2 yek..
ReplyDeleteNoEn: saya pun berharap by the time kami balik nanti, sistem baru tu dah stable, so anak2 pun dapat menyesuaikan diri dgn lebih mudah :)
ReplyDeletemyfreeminded: lega sbb risau juga takut mereka ketinggalan.. Alhamdulillah, they can catch up with the system :)
sekurang kurangnya okje tau jugak sistem diaorang...tq bijen...
ReplyDeletesama-sama... coretan sbg kenangan sistem belajar di sini :)
ReplyDeletemudahan2 boleh berkongsi lg..tqsm :)
ReplyDeleteInsya Allah, jika berkelapangan... catatan utk kemudian hari juga :)
ReplyDeletesistem mereke mmg patut dicontohikan kak nur..pelajar di sane mmg rileks dan tak stress..kesian anak2 kite kt sini T_T
ReplyDeleteok juga ye kak sistem mcm nie... kecik2 dah anta sekolah..
ReplyDeleteUM: dengar cerita M'sia pun macam baru2 nak cuba ikut juga... setuju, yg penting anak-anak enjoy their school time tapi dalam masa yg sama belajar :)
ReplyDeleteLiya: saya mula-mula macam rasa kesian juga tgk kecil2 dah kena hantar sekolah... tapi bila tgk anak2 bukan main happy lagi pergi sekolah, saya pun jadi seronok juga- hilang risau tu semua :)