Hari ni nak berkongsi salah satu kek kegemaran kami sekeluarga iaitu kek marble. Anak-anak memang suka dengan kek ni. Sekali buat, tak sampai dua hari dah habis. Kadang-kadang saya juga bawa bekal dalam lunch box. Sambil buat kerja, sambil makan kek :)
Nak buat kek ni juga sangat senang dan cepat. Kita layan gambar dulu...
Bahan-bahan:
225 gram butter ( dibiarkan suhu bilik)
225 gram gula caster ( kurangkan kepada 200 g untuk kurang manis)
4 biji telur saiz B
225 gram tepung naik sendiri
3 sudu teh susu segar
2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara:
1. Panaskan oven pada gas 4 (rasanya 160 - 180 darjah celcius) dan griskan loyang 20 cm dengan mentega.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang (jadi putih).
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Apabila dah sebati, masukkan susu segar dan tepung dan kacau lagi hingga sebati.
4. Asingkan adunan kepada dua bahagian. Salah satu bahagian, masukkan serbuk koko yang kacau hingga rata.
5. Ambil loyang yang telah digris tadi dan masukkan adunan coklat dan adunan biasa secara selang seli. Ulang hingga habis.
6. Masukkan loyang ke dalam oven dan bakar selama 45 - 50 minit (atau hingga masak).
Resepi asal saya ambil dari BBC Good Food - klik sini! Selamat mencuba :)
NuKilaN:
Nak try buat, dah lama tak berkek. Macam senang pulak cara u ni, nampak sedap pulak tu.
ReplyDeletelamanya akak tak masak kek
ReplyDeleteNastyna: Mmg senang dan mudah... tak rugi cuba tau ::
ReplyDeleteKak tini: budak2 mmg suka kek, so mmg layan aje selera mereka :)
sebut saja kek..anak2 saya memang sangat suka..habis buat lagi.
ReplyDeletekek ni belum pernah sy cuba..nak juga cuba selepas ini
kak nur alahaiii mood membakar belum sampai seru..die berhenti sbb menjahit heheh
ReplyDeleteEmmm, tengok orang duk masak2 kek ni, jelous gak.. hehe..
ReplyDeletewah kek..dah lama xbuat kek,..asyik beli jer
ReplyDeleteank2 pun suka kek marble nie..selalu MIL yg rajin buat.. maklumlah saya xpandai buat :D
ReplyDeleteNampak sedap...menyelerakan..
ReplyDeletenti boleh cuba & test..hehe:)
liya cukup tk pandai nak buat kek2 ni kak.. tp cukup pandai makan jer hehe... cam ne tu kak..
ReplyDeleteoh ye liya dh follow akk 138 .. wahh no bertuah tue..
Thanks ya nur kongsi resepi..bhn2 pun simple tuh..inshaallah nak cubalah jgk.
ReplyDeleteSuka mkn tp xpndai buat kek ;)..nk try tp nt kna mkn sorg rsnye xde yg suke kecuali akif mkn choc moist :)..p/s: sy xbleh update blog..bw pkai hp je..
ReplyDeleteWah terliurnya kak..! memang saya teringin sangat nak makan marble kek tapi blom ada masa lg nk buat..hehe. so thnks for sharing..boleh cuba nti..in shaa Allah..
ReplyDeletebestnyee..
ReplyDeletemak angkat IF selalu jugak buat untuk IF..
tapi smpai skrg IF xpnh blaja camne nk buat. hihihi
Singgah selasa jenguk Nur dan anak2..:)
ReplyDeleteMama Rey: tak rugi cuba sbb senang dan sedap :)
ReplyDeleteUM: saya tak pandai menjahit, tapi membakar tu boleh la :)
myfreeminded: kat sini susah nak cari kek yg kena dgn tekak... so kena bakar sendiri baru boleh makan, kalau tak manis!
Izan: tak pe la kat sana senang nak beli, sedap2 pulak tu :)
RH: selalu beli jugak kat M'sia, baru tahu tak susah rupanya nak buat :)
Atie: jangan lupa cuba, confirm tak menyesal :)
ReplyDeleteLiya: Tq singgah dan follow sini :)
ummuaidan: sama-sama, nanti cuba tau :)
Suhaina: gigihnya bw guna telefon, tq singgah sini :)
Izu: kesian kat budak2 asyik duk sebut jer.. kena la rajinkan diri juga utk buat :)
IF: kena menuntu ilmu dgn mak angkat tu... kalau tak pun cuba guna resepi ni :)
salam kenal dari bunda
ReplyDeletePC dah lame tak mkn kek marble ni...sedap kan kek ni;)
ReplyDeletemase kecik2 dulu mak PC selalu buat kek ni...:)