Wednesday, February 27, 2013

National Curriculum di England

Pagi tadi saya ada meeting dengan guru kelas Irfan, Mrs Wilson. Alhamdulillah, dia kata Irfan is a very lovely boy, brilliant and work hard. Secara keseluruhan, pencapaian Irfan adalah baik terutama dari segi komponen Math and Writting.

Cikgu sangat memuji keupayaan Irfan menjawab soalan matematik di kepala (he is good with head calculation). Cuma kena banyakkan membaca di rumah. Untuk peringkat ini, Irfan bukan sahaja perlu tahu baca, tapi dia juga mesti boleh faham dengan baik apa yang dia baca dan boleh ceritakan semula apa yang telah dibaca. So saya kena mainkan peranan untuk bertanya beberapa soalan setiap kali selepas Irfan baca buku. Lepas ni kena gerak gempur Irfan - must read at least one book per day!

Kemudian dia menyerahkan keputusan Irfan. Agak saya, melihatkan muka with no feeling Mrs Wilson bertanya adakah saya faham apa tertulis atas kertas. Bila saya geleng, dia tanya lagi, "Do you know about national curriculum in England?". Melihatkan saya menggeleng kepala buat kali kedua, Mrs Wilson menerangkan secara panjang lebar tentang national curriculum.

Sekarang baru saya boleh faham sikit sistem kurikulum di UK ni. Rasanya sistem PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) pun mengikut model yang sama. Setiap tahun, pelajar dikehendaki mencapai level yang telah ditetapkan dalam jadual di bawah:
So untuk Year 3, Irfan kena capai sekurang-kurangnya level 2a untuk komponen Reading, Writting dan Math. Untuk setiap level, ada 3 sub level, iaitu 1a, 1b dan 1c. Bila pelajar telah mencapai level 1c, pelajar perlu menguasai level 1b pula dan seterusnya level 1a. Bila dah capai level 1a, baru pelajar beralih ke level 2c dan seterusnya.

Pencapaian sehingga hari ni, Irfan telah berjaya mencapai level 2b untuk komponen Writting dan Maths. Tinggal lagi satu level untuk Irfan capai, iaitu 2a. Cume komponen reading yang Irfan kena usaha lebih sikit sebab dia masih di level 1b. Ada lagi empat level yang Irfan kena capai sebelum sekolah berakhir di bulan Julai nanti. Insya Allah, ummi doakan Irfan terus berjaya dan dapat membaca dengan lebih baik lagi, amin!

NuKilaN:

7 comments:

  1. k.. irfan..
    jangan jemu belajar..
    good luck

    ReplyDelete
  2. Wah....mesti mencabar bersekolah kat sanakan Bijen...Tapi OKje tahu ...anak2 BIjen pun kuat semangatnya macam BIjen....kan?

    ReplyDelete
  3. kak yana: mcm tu la anak lelaki... bukan senang nak suruh baca buku :)

    Nastyna: Insya Allah... amin!

    Okje: Tapi tgk mereka mcm relaks jer.. xde stress2... homework pun sekali seminggu jer... ummi dia pulak yg selalu stress dgn study... nak monitor study anak2 pun tak sempat :(

    Fadilah: tu la, main jer lebih :)

    ReplyDelete
  4. nur, kalau kat sini yang level ni belum ada kot.. setahu saya lah..
    they all make a lot of changes on evidens this year, but still dont have this ..just evaluate students and give them bands...

    irfan blajar rajin 2 tau//

    ReplyDelete
  5. hehehe, saya ingatkan level tu sama konsep dengan band...
    Band tu pula kira macam mana, konpius pulak mak... huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails