Showing posts with label bradford. Show all posts
Showing posts with label bradford. Show all posts

Monday, July 13, 2015

Perjalanan pulang

Alhamdulillah, hari ni dah seminggu lebih kami berada di Terengganu.
Berada di negara sendiri semestinya sangat bahagia.
Tambah tambah lagi di bulan Ramadhan bila dapat berbuka bersama-sama keluarga dan rakan taulan.
Macam2 juadah yang dah lama tak sentuh, dihidangkan di depan mata.
Alhamdulillah, syukur..
Dan semestinya tak sabar nak sambut Aidilfitri bersama keluarga setelah tiga tahun beraya di perantauan :)

Sebagai warming up entry, nak letak gambar anak-anak dan sedikit catatan sepanjang perjalanan pulang dari UK ke Kuala Terengganu sebagai kenangan...

Anak2 posing dgn Aufa sebelum Aufa ke sekolah...
Kami berjiran selang beberapa rumah...
Sebenarnya Aufa datang rumah nak berikan kad utk Aisyah sebelum dia ke sekolah...
Lupa pula nak snap gambar kad yang Aisyah pegang tu..
Alahai, sayu pula bila baca kad tu...
Insya Allah, panjang umur Aufa boleh jumpa dengan Aisyah kat M'sia pula...

Di airport manchester sementara tunggu abah check in barang... 
Nasib baik tak lebih muatan.. 
Ingatkan 150kg tu banyak (30KG x 5 orang), tapi jenuh juga nak packing barang biar cukup KG..
Bukan apa, bila tgk pengalaman kawan2 yang lepas, banyak juga kena denda bila lebih KG..
Kalau tak silap kena charge dalam GBP30 untuk setiap KG yang lebih..
Tu yang kami timbang betul2 supaya tak terlebih KG...
Yang terlebih terpaksa shipping kemudian..
Alhamdulillah, sangat lega bila proses check in berjalan lancar...

Dalam flight Emirates dari Manchester ke Dubai...
Aisyah dan Irfan duduk sekali sambil layan games dan juga movies...
Memang mereka tak tidur sepanjang perjalanan yang mengambil masa 7 jam...
Begitu juga dengan danish yang ralit melayan kartun hingga sampai ke Dubai...

Gambar di Dubai tak sempat nak snap...
Kami sampai Dubai dalam pukul 12 tgh malam dan flight ke KLIA pukul 2.30 pagi...
Transit kat Dubai dalam 2 jam lebih sangat convenience...
Cukup masa untuk bergerak ke "boarding gate", security check dan juga selesaikan "hajat" mana yang patut...
Tapi terkejut bila beli air mineral kat Dubai yang berharga 10 dirham..
Tapi disebabkan saya tak de duit dirham, duit pound juga diterima...
Untuk 10 dirham tu, melayang juga dua pound...

Flight dari Dubai ke KLIA juga ambil masa dalam 7 jam...
Dalam flight kali ni baru anak-anak saya suruh tidur agar mereka tak meragam bila sampai KLIA nanti..
Ni gambar bila sampai di KLIA...
Irfan pula hidung dia berdarah, bila flight touch down kat KLIA, 
Kalut cari tisu untuk stopkan pendarahan..
Saya minta bantuan anak kapal utk dapatkan tisu kepada Irfan..

Finally, home sweet home... selamat tiba di airport Terengganu...
Danish posing dgn 9 luggage yang pelbagai saiz :)

Friday, July 3, 2015

Hari terakhir

Nak tempek kenangan anak-anak kat sekolah mereka hari Jumaat lepas (26/6/15).

Gambar kenangan Irfan dan cikgu cikgunya...
Rafi, Aisyah dan Danish... Rafi ni abang kepada Ahmed, kawan sekelas Aisyah... Tapi malu pula si Ahmed nak bergambar kenangan...
Anak-anak bertiga posing dgn hadiah...
Kad dari kawan-kawan Irfan....
Kesian pula kat Aisyah... cikgu2 ingat hari Isnin minggu ni (29/6/15) hari last dia dia kat sekolah.
Jadi tak sempat kawan2 dan cikgu nak berikan hadiah.
Tu la orang cakap, dah tak ada rezeki katanya....

Dan, buat pengetahuan kawan-kawan... 
Jumaat hari ni kami dah selamat berada di Malaysia :)
Bertolak hari Rabu (1/7) dan sampai Kuala Terengganu dalam pukul 9.00 malam (2/7).
Alhamdulillah, home sweet home :)

Friday, June 26, 2015

Urusan sebelum balik M'sia

Sekarang dah mula counting down untuk kembali ke tanah air tercinta.
Perasaan eksaited tu tak boleh nak explain.
Maklumlah, dah tiga tahun setengah tinggalkan tanah air.
Homesick kat rumah tu tak payah nak cakap laa...
Rindu serindu rindunya..... gituuu!

Walau jauh di sudut hati, sedih juga nak tinggalkan bumi ratu ni.
Banyak kenangan manis yang telah tercipta.
Bila beritahu cikgu2 yang mengajar anak2 yang kami bakal tinggalkan UK, terharu pula dengan respond yang mereka berikan.
Mula-mula saya beritahu cikgu Irfan, Miss Coote.
Tahan sebak jer bila dapat respond dari Miss Coote tapi masih lagi boleh tampung kolam air yang bertakung.
Bila beritahu kat cikgu Aisyah, Miss Wilkinson, lagi lah berganda-ganda rasa sebak.
Kali nii dah tak boleh tampung takungan kolam air.
Menitis juga beberapa titik.

Dalam kalut siapkan tesis untuk submission sebelum balik, banyak juga perkara lain yang kena settle sebelum tinggalkan UK.

1. Bagi notis sebulan awal kepada internet provider, dan juga lain-lain langganan kat UK ni (talian telefon).

2. Hubungi council tax untuk maklumkan yang kita dah nak keluar dari rumah walau pelajar dapat pelepasan dari membayar cukai.

3. Maklumkan kat sekolah anak-anak sekurang-kurangnya dua minggu awal untuk pihak sekolah sediakan laporan akademik.

4. Bagi yang nak shipping barang dan kereta, boleh mula minta quotation untuk perbandingan harga perkidmatan. Kami minta quotation dari tiga syarikat berbeza iaitu Arcadia Freight, Edaran Express dan Atlantis.

5. Hubungi syarikat yang menyediakan utilities seperti air, gas dan letrik. Tapi disebabkan kami menggunakan prepaid untuk gas dan letrik, jadi saya cuma hubungi syarikat Yorkshire Water.

6. Bagi yang guna kereta, kena maklumkan yang kita nak tamatkan insuran dan juga keahlian untuk breakdown (AA).

7. Juga beri notis awal kepada landlord yang kita akan tinggalkan UK sekurang-kurangnya satu bulan lebih awal.

8. Hubungi majikan/sponsor untukk belikan tiket kapalterbang. Bagi UMT, saya dibenarkan untuk memilih sendiri penerbangan yang diingini dan dikehendaki menyediakan itinerary cadangan kepada unit cuti belajar. Yang ni seelok-eloknya dilakukan dalam tempoh 14 hari bekerja untuk mengelakkan sebarang masalah. Lain sponsor/majikan, lain prosedurnya.

Rasanya itu jer yang saya ingat.
Belanja satu gambar anak-anak..
Lepas ni pakai baju selapis aje lah bila posing...
Tak payah lagi berlapis-lapis... hehehhe

NuKilaN:
 

Tuesday, June 23, 2015

Dryer

Dryer dah selamat angkut dalam kontena.
Jadi sebagai alternatif, kena la bawa baju2 yang dah siap basuh ke kedai dobi terdekat untuk keringkan.
Sebelum ni ok jer hidup tanpa ada dryer.
Tapi bila dah biasa guna dryer, mula lah rasa malas nak  sidai dan angkat kain.
Bila dah biasa dimanjakan oleh dryer, rasa kain tak kering jer kalau tak guna dryer.
Nak cepat pun yer sebab dah jimat masa nak menyidai dan nak kutip kain yang dah kering.
Hahaha, macam2 alasan yer...

Tak jauh pun kedai dobi layan diri ni.
Kalau jalan kaki pun, masih boleh lagi sampai.
Kalau masukkan syling £1, mesin berpusing selama 15 minit.
Tapi dengan kuantiti kain yang bayak, dua kali pusing juga baru baju kain betul2 kering.
Budak yang dah boring tunggu kain baju kering...
Balik rumah bolehh terus lipat kain kemas-kemas.
Saya suka lipat kain yang fresh keluar dari dryer, masa tengah panas2 tu.
Harum jer bau kain baju.
Nak melipat pun rasa seronok jer :)

Thursday, February 12, 2015

Wajib jemput anak2

Kat sekolah anak-anak, parent wajib hantar dan jemput anak-anak di pintu kelas masing-masing.
Cuma pelajar Year 5 dan Year 6 sahaja yang diberi kelonggaran untuk pergi/balik sendiri ke sekolah.
Itu pun kena tandatangan surat yang mengizinkan pelajar travel on their own.
Tapi untuk Irfan yang dah Year 5, tetap juga kami menghantar dan menjemput setiap hari.
Alang2 kena jemput Aisyah dan Danish :)

Suasana ketika menjemput Danish dari sekolah....
Mak ayah sabar menanti anak2 keluar setelah nama dipanggil oleh cikgu sekolah.
Jadi cikgu memang dah cam mak dan ayah pelajar-pelajar mereka.

Bangunan ni pula kelas Aisyah...
Amboi Danish, bukan main santai lagi balik sekolah yer!
Katakan mak ayah ada hal/masalah utk ambil anak, kena call cikgu dulu untuk maklumkan yang wakil kita akan menjemput anak kita nanti.
Tak boleh sewenang wenangnya hantar wakil tanpa pengetahuan cikgu.

Tuesday, February 3, 2015

White Arncliffe...

Kisah si putih lagi...
Gambar minggu lepas... ambil gambar sekitar rumah pula alang2 anak2 cuti sekolah.
Sambil layan anak-anak main snow sampai puas...

Dari gambar ni nampak sgt yang Bradford kawasan berbukit bukau...
 Suka dengan pokok ni... unik sbb masih ada bunga merah di kala pokok-pokok lain dah togel...
 Laluan setiap hari bila nak pegi uni...
Danish: Ummi ni, suka sangat tangkap gambar... Baling snow ni kan baru tau!
Irfan: Eh jangan lah adik... ummi nak letak gambar kat blog tu....

Jejak yang bakal ditinggalkan dan dirindui...


NuKilaN:
 

Monday, February 2, 2015

Senja nan merah

Sekarang ni Maghrib sekitar pukul 4.50 pm.
Jadi pukul 5 dah hampir gelap.

Jom layan gambar sekitar Lister Park@Bradford....
Pukul 4.40 petang... Matahari hampir terbenam...
Walau cuaca sejuk yg amat, tapi puas hati dapat snap gambar ni...
Bulan mula mengambil alih tempat...
Anak dara pun masih syok bermain di taman.... Maklumlah baru pukul 5 pm... huhuhu
Gambar kecil sbb dari phone.
Phone biasa2 jer katakan.
Nak tukar iPhone6 belum mampu.... huhuhu



Friday, January 16, 2015

Kaki

Bila tengok label pada buah ni, tiba2 terfikir "Kaki" ni bahasa apa yer?
Kalau kita panggil pisang kaki.
Atau omputih panggil persimmon.
 Buah ni memang sedap dimakan dengan kulit.... crunchy gitu...
Potong kecil2 mcm ni, sedia utk dimakan sambil buat kerja....
Honestly, saya pernah makan sekali buah ni masa kat M'sia.
Masa zaman belajar dulu2 bila ada kawan belikan.
Tapi rasanya biasa2 aje.
Selepas tu memang dah tak pandang buah ni.

Sehinggalah seorang kawan hidangkan buah ni masa kami bertandang ke rumahnya.
Ya Allah, sedapnya buah ni... rangup dan manis leting...
Siap tuan rumah tapaukan utk bawa balik bila tgk saya makan dengan begitu menyelerakan *__*
Terus jatuh cinta tau :)

Tuesday, December 9, 2014

Shimlas

Lepas menghadiri majlis konvo, buah hati ajak lunch pulak.
Kebetulan dia habis kerje pukul 12 hari tu.
Mula-mula kata nak makan subway jer, tiba2 dia kata nak makan nasi pulak.
Jadi kami pun ke restoran yang berdekatan.
Kali pertama cuba makan kat situ.
Padahal bukannya jauh pun.
Cuma jalan beberapa langkah dari UoB pun dah sampai.
Kami order Meat beriani dan chicken kebab.
Katanya makanan akan siap dalam masa 15 minit.

15 minit kemudian, dapatlah nasi ni...
Nyum nyum, memang sedap beriani dia.
Ni pulak chicken kebab yang dimakan bersama roti nan...
Inilah hidangan tengah hari kami hari tu....
Roti nan dia juga sgt sedap.
Minuman pula, kami order satu jug manggo lassi... nak order teh tarik non hado....
Nampak hidangan tu macam tak banyak, tapi nak habiskan semua sekali "rohok" jugak (lama duk fikir apa perkataan sesuai utk rohok ni - cer tolong saya beri translation yg sesuai.... ).

NuKilaN:
 

Wednesday, August 6, 2014

WW ::: Bradford Moor

Ahad lepas...
Bawa anak-anak menikmati keindahan alam sekitar...
Masya Allah, sangat cantik tempat ni..









NuKilaN:
 

Wednesday, July 30, 2014

Raya pertama

Alhamdulillah, kami kat UK pun beraya hari Isnin jugak. Sama dengan orang M'sia.
Kat sini mmg berdebar tunggu pengumuman hari raya dari website. Tak mcm orang M'sia yg boleh tunggu pengumuman di depan TV... hihihi

Macam biasa, raya pertama kami sekeluarga menunaikan solat sunat Aidilfitri di IslamBradford. Solat dijadualkan pukul 9.30 pagi. Pukul 9 kami dah bertolak ke sana sebab ruang solat yang limited. Senang nak cari port yg sesuai :)

Syahdu jer rasa bila dengar khutbah raya. Apatah lagi bila imam bercakap tentang nasib saudara seislam di Gaza. Apa sumbangan kita kepada mereka? Yang penting adalah doa semoga Allah berikan kemenangan kepada pejuang yg sedang mempertahankan bumi palestin.

Lepas solat, haruslah abadikan sekeping gambar anak-anak di depan IslamBradford...
Yg paling kiri adalah kembar baru Irfan... mana-mana harus bersama.. Aliff namanya...
Lepas solat, terus balik rumah. Sebelum pergi ke jemputan open house yang pertama, haruslah ada sesi bergambar seisi keluarga dan juga sesi bermaaf-maafan. Tempek juga sekeping gambar anak-anak...
Raya tahun ni kami anak beranak hanya berjubah. Tak import baju kurung atau baju melayu dari M'sia sbb kos pos yng bukan main naik melambung-lambung. Rasa membazir pula nak keluarkan kos yg tinggi hanya utk pakai baju sehari dua. Jadi beli aje la jubah yg dijual online. Sebut pasal jubah, tak sangka ramai pulak yg berkenan dgn jubah yg saya pakai. Ala, yg tu cerita dalam entry lain lah yer :)

Selesai bergambar, kami terus ke open house ke rumah yg pertama. Bukan jauh pun, selang tiga empat biji rumah jer dgn rumah kami. Banyak betul juadah yang tuan rumah sediakan. Ada nasi hujan panas, satay, tapai, puding cocktail, roti jala, rendang, nasi impit dan mcm2 lagi lah. Penuh meja dengan makanan. Memang sah makan dua tiga kali round :)

Bila perut dah kenyang, kami mula beransur ke rumah yang kedua pula. Sebelum bertolak, kami bergambar beramai-ramai dulu di depan rumah. Mula-mula haruslah kumpul anak-anak dulu utk bergambar...
Tengoklah gelagat anak-anak. Macam-macam ragam. Ini gambar terbaik yg dapat snap.

Lepas tu giliran bergambar keluarga kecil kami di Bradford.
Semua sekali ada lapan sekeluarga. Tu tak termasuk tiga keluarga lain yg tiada dlm gambar. Tapi satu keluarga bakal berhijrah ke Bedfordshire bulan lapan nanti. Baru jer kenal dengan Ninie tapi dah nak pindah semula. Itu lah adat kehidupan... bertemu dan berpisah lumrah kehidupan. Semoga ukhwah yg terjalin berkekalan sokmo. Rajin rajin lah update blog bila dah pindah sana lagi :)
Related Posts with Thumbnails