Tuesday, June 23, 2015

Dryer

Dryer dah selamat angkut dalam kontena.
Jadi sebagai alternatif, kena la bawa baju2 yang dah siap basuh ke kedai dobi terdekat untuk keringkan.
Sebelum ni ok jer hidup tanpa ada dryer.
Tapi bila dah biasa guna dryer, mula lah rasa malas nak  sidai dan angkat kain.
Bila dah biasa dimanjakan oleh dryer, rasa kain tak kering jer kalau tak guna dryer.
Nak cepat pun yer sebab dah jimat masa nak menyidai dan nak kutip kain yang dah kering.
Hahaha, macam2 alasan yer...

Tak jauh pun kedai dobi layan diri ni.
Kalau jalan kaki pun, masih boleh lagi sampai.
Kalau masukkan syling £1, mesin berpusing selama 15 minit.
Tapi dengan kuantiti kain yang bayak, dua kali pusing juga baru baju kain betul2 kering.
Budak yang dah boring tunggu kain baju kering...
Balik rumah bolehh terus lipat kain kemas-kemas.
Saya suka lipat kain yang fresh keluar dari dryer, masa tengah panas2 tu.
Harum jer bau kain baju.
Nak melipat pun rasa seronok jer :)

7 comments:

  1. ohhh memang senag ye guna dryer.. cepat kering, cepatlah nak lipat...:)

    ReplyDelete
  2. Nur dah nak balik Malaysia ye..
    Senang sungguh ada dryer ni..
    hendaknya bila musim hujan kan..

    ReplyDelete
  3. nak blk sini dah ke dah hantar naik kontena dah tu

    ReplyDelete
  4. bagus anak bujang tolong temakna mamanya...

    ReplyDelete
  5. Salam Nur!

    Lama betul tak singgah sini. I is sibuk melayan entah apa-apa :)

    Sebelum terlupa, salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa. Eh, cerita kontena dah keluar semua, dah nak balik ke Malaysia ke? Yeah! Selamat berdepan dengan GST ^_^

    Errr...macam takda kaitan komen dengan entri ni. Takpalah ekkkk.....

    ReplyDelete
  6. saya belum penah guna dryer lagi...hehe
    lagi satu cuaca di malaysia ni panas
    kadang letak kain kat luar kejab aje dah kering =)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails