1 Ramadhan (Khamis).
Lokasi dapur, jam 8.30 pagi.
Saya: Adik, kakak... turun makan breakfast.
Danish: Abe, ummi? Tak payah breakfast ke?
Saya: Abe tak payah breakfast. Abe puasa hari ni.
Danish: Tak boleh, tak boleh.... Abe mana boleh puasa!
Kata Danish dengan nada yang sangat tak puas hati.Saya pujuk makan burger yang dia minta pun dia tak nak.Beria menangis suruh abang dia pun makan sama. Adoi la, pagi-pagi dah menguji kesabaran ummi...
2 Ramadhan (Jumaat)
Lokasi dalam bilik tidur, jam 8.00 pagi.
Saya: Adik, pagi ni nakk makan burger tak?
Danish: Tak nak, adik puasa.
Saya: Owh, kenapa adik nak puasa?
Danish: Because adik love puasa!
Saya: Ok,..
Tak nak berlakunya drama yang sama macam pagi 1 Ramadhan, jadi saya cuma panggil Aisyah utk turun sarapan. Untuk Danish saya potongkan daging burger kecil2 dan letak sos sikit lepas tu bawa naik dalam bilik. Kesian pula nak biarkan dia pergi sekolah dengan perut kosong. Tapi percaya atau tidak, habis semua daging burger tu dia makan. Tadi bukan main konfident lagi cakap nak puasa... ekekkeke.
Aisyah belum terbuka hati nak puasa. Cikgu marah katanya kalau budak Year 3 berpuasa.
Bila saya balik sekolah semalam, perkara pertama yang dia cerita, "Ummi, you know what... My friend name Osman was scolded by the teacher because he is fasting. Year 3 and Year 4 student not allowed to "poso". They are still small." Hahha, bukan main pandai lagi Aisyah berhujah kenapa dia tak puasa dan dapat "sokongan" dari para cikgu.
Susah juga nak galakkan dia berpuasa dgn persekitaran macam ni. Hurm, harapnya dia belajar puasa bila balik M'sia nanti.
Irfan, Alhamdulillah dapat puasa penuh pada 1 Ramadhan. Untuk pelajar Year 5 and Year 6, mereka boleh hadiri "Ramadhan Club" semasa lunch hour. Jadi tak perlu nak jemput dan hantar ke sekolah semasa lunch seperti tahun2 yang lepas.
Vocabulary: "Poso" is fasting in kelantanese slang...
NuKilaN:
Sukar juga hendak mendidik anak2 di persekitaran yang berbeza agama dan budaya kan?
ReplyDeleteItulah kak cik... Lg susah bila ramai rakan seislam yg belum belajar puasa... Huhuhu...
Deleteohh anak2 kt sini seawal tadika dididik puasa..Bukan paksa..tp kat sana negara org kan..takpelah blik Malaysia nti belajar puasa ye aisyah...danish comel..I love puasa.hehe..tahniah irfan posa penuh!
ReplyDeleteMungkin tempoh puasa yg panjang pun salah satu sebabnya.. Kadang2 kesian juga tgk irfan puasa, tp bila itu kehendaknya kita turutkan aje :)
DeleteHai korang.. sempat berpuasa separuh kat sana ya nanti? Nanti separuh lagi balik sini dah kan.. tahniah Irfan, yang 16jam dapat ditempuh dengan baik ni.. balik sini puasa takde hal kan..lagi pendek masanya..
ReplyDeleteHa ah, gitu la lebih kurang... Dua kali terpaksa berbuka dlm flight nampak gayanya
DeleteItulah susah juga kita nak.latih anak2 berpuasa dgn.persekitaran begitu
ReplyDeleteKan? Persekitaran juga memainkan peranan
DeleteDanish baru 5 kan..boleh releks2 lg tuh ..heheh sian sebenarnya nk suruh dorang yg kecik2 lg nie poso...aidan 6 tahun, sy tak berapa nk galak lagi posa..(sbb sy tau ssh dia nk bangun sahur)..tp kat sekolah budak2 6 thn cikgu ajar poso sampai kul 12..takleh makan bf that..tp sbb cian kan sy srh dia minum gak susu (sbg sahur sblm gie skoloh)..
ReplyDeleteAlhamdulillah abe irfan mmg semangat kan nak poso dr dl lg..:)
Takda lah saya nak suruh danish puasa... Cuma dia jeles dgn abe hok poso... Tu dia pun nok poso etek...
DeleteOk lah tu aidan belajar poso sekeray hari dulu
Itu dia gaya speaking London dengan Kelantanese dialect katanya... Hehehe... Oh, Aisyah belum start poso lagi... takpalah Aisyah, slow slow dulu. Danish juga bagus, sibuk nak puasa. Beria-ia sungguh 'menuntut hak'. Sudahnya habis juga dimakannya ya!
ReplyDeleteoo...gitu pula ye
ReplyDeletecikgu yang melarang tu muslim juga ke?
takpelah, slow-slow...lagipun dalam islam kita digalakkan menyuruh anak
sembahyang dahulu, puasa tu dia akan belajar juga lelama
bila mcm tu teringat kita maca kecik2 dulu...bersaing bab puasa ni tapi nk dpt duit Raya ..hehe
ReplyDelete