Tuesday, February 12, 2019

Kisah budak asrama

Kisah Sabtu lepas (9 Feb 2019).
Saja buat catatan kat blog.
Nanti boleh trace semula, tarikh beli phone utk Irfan.

Irfan cuti utk CNY mula 4 Feb 2019.
Masa gi jemput dia, dia kata tepon dia hilang.
Err, ada ke patut tinggal phone dalam laci jer.
Bukan dalam locker.

Katanya, dia tinggal dalam laci supaya senang nak call abah bila balik.
Sekali, bukan senang utk call abah.
Senang utk yg si panjang tangan curi.
Lepas tu dia tak sebut dah pasal telepon.

Masa nak hantar dia petang sabtu lepas dia tanya, "Mcm mana nak call abah ni sbb tepon tak ada?".
A ah, ye tak yer juga.
Susah juga kalau tak ada phone.

Jadi pegi aje la kedai dekat rumah.
Cari handset yg murah2.


Settle semua, terus hantar dia ke Tumpat.
Jalan boleh tahan jammed.
Cuti panjang kan... bersusun susun kereta lepas round sbout Tumpat ni.
Lepas kawasan jem, mata dijamu dengan pemandangan desa yang menghijau..

Dah, selamat ke destinasi..
Bila sampai asrama, kalut nak angkat beg dan baju-baju.
Tak sabar nak main futsal dgn kawan-kawan.
Uhuk uhuk, ok la.. at least dia bahagia bersama dengan kawan-kawan.
Ayat sedap kan hati... huhuhu

Sunday, February 10, 2019

Goodbye Mr Crab!

Antara hobi anak2 bila pegi pantai, mereka suka kejar dan tangkap ketam.
Dah dapt tangkap, letak dalam bekas.
Tapii, sebelum balik rumah kena lepaskan semula ketam2 tu.
Nanti kesian pula kalau kurung ketam2 dan mati.
Walaupun berat nak lepaskan, mereka tetap lepaskan.. hehehe.








Monday, February 4, 2019

Aina buat donut

Minggu lepas, Aina dan kawan-kawan belajar buat donut kat sekolah.
Jom kita tengok aksi comel mereka.

Mula, mula kita bergambar ramai-ramai dengan doh yang dah siap diuli.

Langkah seterusnya, kita canai doh guna kayu pengglek.
Dah siap canai ikut ketebalan yang bersesuaian, boleh terap guna cawan kalau tak ada acuah doh.

Lepas terap, kena goreng dulu tau.
Budak2 tak boleh main minyak panas, jadi cikgu2 yang tolong gorengkan.

Bila donut dah sejuk, boleh ambil untuk celupkan dalam coklat,
Lepas celup dalam coklat, boleh hiaskan guna pinky chocolate rice.

Lepas tu, boleh la terus makan... hihihi

Saturday, February 2, 2019

TT ::: Aisyah 2 bulan

Terjumpa gambar ni dalam folder...


Rajin pula saya edot gambar2 ni dulu2...
Gigih pula rasanya...

Ada masa nak buat utk Firas dan Aina...
Kita tengok la, ada ke tak nanti.. hhuhuhu

Related Posts with Thumbnails