Tuesday, February 12, 2019

Kisah budak asrama

Kisah Sabtu lepas (9 Feb 2019).
Saja buat catatan kat blog.
Nanti boleh trace semula, tarikh beli phone utk Irfan.

Irfan cuti utk CNY mula 4 Feb 2019.
Masa gi jemput dia, dia kata tepon dia hilang.
Err, ada ke patut tinggal phone dalam laci jer.
Bukan dalam locker.

Katanya, dia tinggal dalam laci supaya senang nak call abah bila balik.
Sekali, bukan senang utk call abah.
Senang utk yg si panjang tangan curi.
Lepas tu dia tak sebut dah pasal telepon.

Masa nak hantar dia petang sabtu lepas dia tanya, "Mcm mana nak call abah ni sbb tepon tak ada?".
A ah, ye tak yer juga.
Susah juga kalau tak ada phone.

Jadi pegi aje la kedai dekat rumah.
Cari handset yg murah2.


Settle semua, terus hantar dia ke Tumpat.
Jalan boleh tahan jammed.
Cuti panjang kan... bersusun susun kereta lepas round sbout Tumpat ni.
Lepas kawasan jem, mata dijamu dengan pemandangan desa yang menghijau..

Dah, selamat ke destinasi..
Bila sampai asrama, kalut nak angkat beg dan baju-baju.
Tak sabar nak main futsal dgn kawan-kawan.
Uhuk uhuk, ok la.. at least dia bahagia bersama dengan kawan-kawan.
Ayat sedap kan hati... huhuhu

2 comments:

  1. aduhai, mmg kt mana2 tak sah klu takde yg panjang tangan kan kak.. dr kt asrama kt U pun sama je

    kesian la pulak kan... mmg lps ni kene jaga elok2 tak blh letak laci je yg takde kunci... si panjang tgn ni mata dia mcm ada sinar xray kn

    ReplyDelete
  2. Boleh bawa handphone ye nur..
    Senang mcm Tu..

    Anak akak sekolah tak benarkan..
    Harap dia call aje kat public phone

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails