Wednesday, July 31, 2013

WW ::: Doctor to be?

Anak-anak teruja bila tgk dummy ibu mengandung di Eureka...
 Tapi Irfan malu-malu utk scan perut ibu mengandung
 Danish juga yg eksaited dengar denyutan jantung bayi dalam kandungan
 Ralit pula Irfan tgk video tentang proses kehamilan hingga bayi lahir
 Ececece, Aisyah juga ada gaya pakar sakit puan
 Senyum panjang bila saya panggil Dr Aisyah :)

NuKilaN:
 

Tuesday, July 30, 2013

Adventerous girl

Bila belek gambar dalam lappy, terjumpa gambar Aisyah kat mini playground di sekolahnya sementara tunggu kelas buka.

Aisyah ni suka sangat panjat panjat. Lagi lasak dari si abang. Kalau tak percaya, cuba tgk gambar ni...

Mula-mula bukan main lagi posing dengan gaya ayu...
Lepas tu Aisyah terus panjat ke atas..
 Sampai laa ke jaringan paling atas sekali...
Tengok la, dah langkah ke bahagian yg berlawanan(tak sempat nak snap gambar masa dia langkah tu sbb saya pun gayat jer masa tgk tu).
Irfan panjat sikit dah mengadu sakit tangan.
 Taraa... cukup satu pusingan.
Adventerous sungguh anak dara nan sorang ni :)

Nota ummi,
Skrang anak-anak sedang bercuti summer holiday. Cuti sekolah dalam 10 minggu bermula dari hari Rabu minggu lepas. Naik semester bulan September nanti, Aisyah dah masuk Year 2 dan Irfan Year 4. Rasa macam cepatnya anak-anak dah besar :)

NuKilaN:
 

Monday, July 29, 2013

Tanpa nama II

Bunga tanpa nama lagi....
Tapi cantik utk dipandang dan diabadikan di blog....

Bunga oren...
 Ni cuma bunga rumput tapi cantik, kan?
 Bunga pink..
Bunga belang putih merah...

Yang ni jer saya kenal....
Ni bunga betul tau, bukan bunga plastik :)


NuKilaN:
 

Sunday, July 28, 2013

Gooseberries picking

Selain blackcurrant, anak-anak juga memetik gooseberries. Buah gooseberries yang merah macam ni dah bersedia untuk dituai. Kalau tak merah, rasanya agak masam.
Nak petik gooseberries, kena sangat hati-hati sebab pokoknya yang berduri dan sangat tajam. 
So hanya Irfan dan Aisyah yang diberi kebenaran untuk memetik gooseberries. Danish cuma tengok jer kat luar agar.

Tak banyak pun yang dapat. Dapat lah dalam semangkuk gooseberries.
Rupa buah gooseberries apabila dibelah dua...
Ada juga mommies yang tanya, macam mana rasa gooseberries? Entah la, nak describe macam mana pun tak tahu. Ada orang kata macam buah cermai. Tapi saya rasa buah cermai lagi masam dari buah gooseberries ni. Tapi Aisyah boleh makan buah gooseberries ni dengan muka selamba, tanpa kerut di kening. Dia kata sedap. Lagi merah buah gooseberries, lagi kurang rasa masamnya. Tapi tetap tak rasa manis. So so jer :)

NuKilaN:
 

Saturday, July 27, 2013

Picking time!

Ni sebenarnya aktiviti anak-anak hujung minggu lepas. Kebetulan cuaca cantik dan tak berapa panas, saya pun ajak anak-anak ke universiti utk memetik buah blackcurrant.

Aisyah dengan hasil blackcurrantnya.
 Saya kata kena pilih yang kaler hitam jer. Bukan main patuh lagi dia. Beria pilih satu-satu blackcurrant yang kaler hitam.
Dari segugus blackcurrant ni, Aisyah terus asingkan tangkai dan buah. Cermat betul anak dara ni buat kerja :)

Meh kita tgk telatah Danish pula...
 Jangan harap nak minta Danish posing, langsung tak layan. Sibuk duk picking blackcurrant.
 Baru jer saya nak zoom gambar blackcurrant ni...
 Tiba-tiba ada tangan kecil yang mengganggu....
 Yang tu juga dia berkenan nak picking.
Sekarang kita tgk telatah Irfan pula...
 Jumpa tak cari mana Irfan?
 Sampai ke tengah Irfan cari.
Nasib baik Irfan sporting bila disuruh posing.

Banyak juga hasil yang mereka dapat. Masing-masing dengan plastik sendiri, maka semua sekali ada tiga plastik. Yang Irfan paling banyak sebab dia picking sekali dengan tangkai (Danish pun sama). Jenuh juga nak mengasingkan tangkai dan buah bila balik ke rumah.

Alhamdulillah, sepanjang minngu ni memang dapat berbuka dengan homemade air Ribena :)

NuKilaN:
 

Friday, July 26, 2013

Bunga purple

Hari ni nak share gambar bunga purple yang pelbagai bentuk

Purple panjang2
 Purple sejemput
Bentuk macam orkid, tapi bukan orkid
 Ni pula bentuk macam buah nenas
 Si lebah yang sedang menikmati rezeki di bunga purple :)

NuKilaN:
 

Thursday, July 25, 2013

Kenakan kakak yer....

Agak-agak, apa yang Danish sedang fikir tu...
 Dapat idea, terus mulakan operasi...
 Bukan main kusyuk lagi yer....
 Tiba-tiba terus gelak besar....
 Nak tahu tak apa yg Danish gelakkan...
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Ini lah hasil yang Danish kerjakan...
 Tak berapa jelas, kasi close up lagi...
Muaahahahhahahaha....
Diedit gambar si kakak dengan misai dan gigi jongang...
Patut la gelak sakan...
Danish, Danish!

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails