Thursday, July 11, 2013

Irfan dan puasa

Alhamdulillah, hari pertama puasa bagi Irfan berjalan dengan lancar. Sebenarnya bukan main semangat lagi Irfan nak puasa penuh tahun ni. Dah beberapa minggu asyik duk tanya bila mula puasa.

Dia lagi teruja bila dapat surat kebenaran berpuasa dari sekolah. Pelajar Year 3 macam Irfan dibenarkan oleh pihak sekolah untuk berpuasa dengan syarat ibu bapa kena menjemput pelajar dari sekolah semasa lunch hour dan menghantar semula ke sekolah apabila tamat lunch hour. Nasib baik sekolah dekat jer. Mudah la sikit nak menjemput dan menghantar Irfan semasa tengah hari.

Maka pukul 12.15pm kena jemput Irfan dari sekolah dan hantar semula ke sekolah pada pukul 12.50 pm.

Posing sebelum ke sekolah waktu pagi - 8.40 pagi...


Saya tak pernah paksa dan selalu jer cakap, "Kalau tak tahan, boleh jer berbuka." Tapi Irfan mesti jawab, "Takpe... abe kuat.".

Saya pula yang macam kesian. Kalau tahun lepas, kebetulan puasa jatuh masa summer holiday, tapi tahun ni puasa masa minggu-minggu terakhir sebelum summer holiday. Tentu sekali cabaran berpuasa lebih besar buat Irfan kali ni. Tapi masa hari pertama kelmarin, Irfan telah membuktikan yang dia kuat utk berpuasa selama 19 jam. Syabas Irfan!

Aisyah? Belum nak cuba puasa. Nanti cuti sekolah nanti baru nak cuba pujuk dia puasa separuh hari. Harapnya Aisyah pun akan cuba berpuasa tahun ni.


NuKilaN:
 

17 comments:

  1. Oo siap dpt surat kebenaran puasa ye..bagus! Sekolah the Eins tataula ada dpt ke tak murid2 year 3.

    Nway, tahan dan kuat Irfan ye..tahniah! :)

    ReplyDelete
  2. Moga irfan akan terus bersemangat Dan dimudahkan dia berpuasa..

    ReplyDelete
  3. irfan mmg blh dipuji dgn semangatnya utk berpuasa..samalah ngan js tak pernah paksa ank2 berpuasa kecuali kalau mrk larat blh teruskan..tp kalau blh je halfday..risau gak kot memberi kemudaratan pulak utk ank2 yg baru belajar berpuasa kan..^^

    ReplyDelete
  4. MaşaAllah oğlunuza, bende tebrik ediyorum. :) Ramazanınız hayırlı, mubarek olsun! :)
    Masha'allah son, I would like to congratulate. :) Ramazaniye better, you get blessed! :)

    http://translate.google.com.tr/#tr/en/

    ReplyDelete
  5. Ooo.macam tu kat sana ye, alhamdulillah merantau pun Allah permudahkan ibadah puasa ni..boleh pun nur luangkan masa nak hantar n jemput irfan..

    19 jam yg penuh keberkatan, tahniah irfan...

    ReplyDelete
  6. Kagum dgn semangat irfan...tak semua budak seusia tu willing nak berpuasa penuh. Tambah pulak jam puasa yg panjang. Good boy irfan :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah irfan dah puasa.. anak sy demam x boleh nak puas.. kira lama jugaklah puasa kat sana yer...

    ReplyDelete
  8. Kat rumah ni yang selalu kata gitu Arjuna Bijen...suka sangat cam tu...kalau tak tahan, tak yah puasa dik...belum wajib... TLBD apa lagi sukalah dia kena bela gitu!

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah kagum dengan irfan boleh puasa 19 jam..makcik kat Msia ni buat 13 pun mcm2 ada..hihihi

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..
    Tahniah Irfan..moga terus kuat berpuasa 19jam..
    Kagum dgn irfan.. harapnya Pa'e nti nya bgtu juga..amin!:)

    ReplyDelete
  11. bagus2! anak2 dididik dari kecik untuk berpuasa:)

    ReplyDelete
  12. yakin boleh.... tgk wajah irfan semangat tu kan...

    ReplyDelete
  13. 19jam? tahniah Irfan... bkn calang2 anak yg mampu puasa 19jam...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah..syabas irfan, itulah semangat yg perlu ade pd anak2 muslim yg tinggal dinegara non muslim kan..moga dpt penuhkan sebulan..danish taknak posa..? heheh

    ReplyDelete
  15. kenapa perlu ambil Irfan time lunch..
    (sorry tak tahu lah). sbb kalo bebudak kat sini, bole relax2 je dlm kelas ke, bawah pokok ke hehheh

    Semoga Irfan berjaya sampai ke penghujung Ramadhan nanti ye..

    ReplyDelete
  16. bagus irfan. ank2 sya 2 org ok lah pusa yg satu lagi msa gi sekolah puasa balik rumah kul 2 dah buka puasa.entah lah.

    ReplyDelete
  17. syabas Irfan..semangat dia nak berpuasa..semoga dpt berpuasa slma sebulan..:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails