Wednesday, July 17, 2013

Dilema puasa Irfan

Kelmarin saya terima panggilan dari sekolah Irfan dalam pukul 2.50 petang. Cikgu memaklumkan yang Irfan mengadu sakit perut dan tak larat untuk meneruskan puasa. Cikgu meminta kebenaran untuk Irfan berbuka dengan meminum air dan meminta saya membawakan makanan manis untuk Irfan mengalas perut sebelum balik ke rumah.

Tanpa berlengah, saya terus ke sekolah dengan membawa buah kurma, air jus dan coklat. Tiba di sekolah, saya dapati Irfan berbaju sukan. Mungkin dia tak larat sebab bersukan. Walaupun Irfan keberatan untuk berbuka, tapi dia juga terpaksa akur dengan kehendak pihak sekolah. Namun, saya boleh nampak raut muka Irfan yang penuh kekecewaan bila disuruh berbuka. Kesian pula. Semangat dia dah cukup kuat, cuma persekitaran yang tidak menggalakkan anak-anak seusia Irfan untuk berpuasa.

Sebelum ni, ada juga saya tanyakan Irfan. Ada tak kawannya yang puasa? Irfan cakap, yang dia dan seorang lagi budak perempuan yang berpuasa. Yang lain-lain belum puasa (walaupun dalam kelas Irfan 80% adalah pelajar muslim). Sebab tu cikgu2 macam tak berapa yakin yang pelajar seusia Irfan mampu untuk berpuasa penuh.

Masa di sekolah, cikgu ada cakap yang Irfan satu-satunya pelajar yang berpuasa dalam kelasnya. Yang lagi seorang adalah budak kelas sebelah. Cikgu ada juga bertanya, kenapa Irfan tetap berkeras nak puasa? Saya pun cakap yang itu adalah kehendaknya. Mungkin sebab dia dah mula berpuasa dari umur 6 tahun. Dan Irfan sendiri yang menetapkan target untuk berpuasa penuh pada tahun ini. Sebagai mak, saya cuma memberi sokongan dan galakan pada Irfan walau kadang2 saya pun rasa kesian tgk dia menahan lapar selama 18 jam.

Banyak juga yang saya kena soal selidik walaupun cikgu tahu yang Irfan berpuasa adalah atas kehendaknya. Cikgu juga terkejut bila saya beritahu yang Irfan boleh bangun sahur dan makan dengan berselera pada pukul 2.30 pagi. Cikgu ada juga beri cadangan supaya Irfan mula puasa dari sarapan pagi pukul 8.00 pagi. Tapi Irfan dah faham apa itu puasa. Kalau pukul 8 baru makan, tu dah tak kira puasa.

Bingung juga saya dibuatnya. Hari ni pula, bukan main marah lagi Irfan bila sedar waktu pagi dan dia tak sempat nak bersahur. Rupanya dia tetap nak puasa hari ni. Bukan main susah nak pujuk dia supaya makan sarapan. Pagi-pagi dah berlaku drama air mata. Saya cuma beri Irfan dua pilihan:
1) Boleh teruskan puasa tapi tak boleh pergi sekolah
2) Makan sarapan dan boleh ke sekolah. Esok sambung puasa lagi.

Nasib baik Irfan setuju dengan pilihan kedua.


NuKilaN:

15 comments:

  1. Dilemakan? apa2pun kita kena bersabar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... diluah mati mak, ditelan mati bapak... huhhuhu

      Delete
  2. Kak Nur,

    Parents kat sini pun dilema sebab sekolah ada yang rasa parents paksa anak puasa. Baru ni kami buat discussion ramai2. Di sekolah kebanyakan yang puasa anak orang msia sahaja dan kebanyakan kes budak tu sorang2 je puasa. Parents kena tulis surat maklumkan sekolah. Ada cikgu yang faham dan ada yang terpaksa faham. Hmmm kita yang tersepit. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini sekolah dah maklumkan siap2 before puasa... siap dah sigbn surat kebenaran utk puasa.... tup tup, bila anak kita puasa, lain macam pula jadinya... Kalau tempat tak ramai muslim, mungkin senang sikit nak convince sbb mereka tak boleh nak campurtangan sangat dalam urusan ibadah... ni masalah bila sekolah ramai muslim, tapi ramai yang belum ajar anak puasa... dengan kita sekali terheret sama tak nak bagi anak puasa.... Yang cikgu Irfan tu pun muslim juga...
      So skrang, buat tak tahu aje la.. bukan kita yang paksa pun... kalau nak paksa Irfan tak puasa lagi rasa bersalah... huhuhuhu

      Delete
  3. alahai, sian pula dgn irfan...

    takpe k, nanti puasa lagi bila dah tak sakit perut..
    lagipun irfan belum besar mana pun lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... kalau ikutkan tak puasa lagi pun takpe... tapi dia yang rasa macam dah besar sgt.. sayang nak tinggalkan puasa katanya...

      Delete
  4. Wah kuat semangat Irfan tu Bijen..... Si TLBD pulak asyik nk minta buka power kalau time balik sekolah haus tu... Mentang mentanglah ayah dia back up, belum baligh tak pe....

    ReplyDelete
  5. Cabaran bila bersekolah dinegara bukan muslim kan..somehow syabas pd irfan yg kuat semangat dan nekad..cuma situasi jer yg tidak memihak padanya..
    agaknya kalau diteruskan jer berpuasa tuh dan bila tak larat berbuka jer tak mengapa kan..

    ReplyDelete
  6. Irfan mempunyai semangat yang kuat . (^_~)

    ReplyDelete
  7. kuat sungguh semangat irfan k.nur. Jangan paksa diri tau irfan, sangat sebab irfan masih bawah umur :)

    ReplyDelete
  8. Ala kesian Irfan..mmg dilemma sguh. Cikgu2 sini especially yg non muslim mmg tak kan paham, bagi derg mcm penyiksaan plak pd kids.

    ReplyDelete
  9. Kesian Irfan.saya faham semangat irfan sbb anak sy yg 2 org tu pun mcm tu..tapi syukurlah cikgu di sekolah ok jer bila diberitahu diorang berpuasa.tak ada pula diminta surat kebenaran...malahan pada waktu rehat diorang diberi pilihan utk duduk di bilik salah seorg guru kalau tak nak tgk kwn2 mkn..

    ReplyDelete
  10. Kuat sungguh semangat Irfan nak puasa kan Nur?...

    ReplyDelete
  11. bagus irfan..next year boleh cuba puasa penuh ya...insyaAllah

    ReplyDelete
  12. Kesian irfan... tapi dia mmg kuat semangat...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails