Tuesday, July 2, 2013

Eureka: First aid

Hari ni saya nak kongsikan pengalaman anak-anak belajar pertolongan cemas semasa di Eureka. Kelas first aid ni memang diadakan untuk anak-anak belajar pertolongan cemas ketika berada di rumah. Satu sesi mengambil masa dalam 30 minit.

Sukarelawan dari Red Cross UK (kalau M'sia, Persatuan Bulan Sabit Merah la kot) yang memberikan taklimat ialah Julie. Julie menerangkan tiga jenis kecederaan yang selalu berlaku di rumah iaitu
1. luka akibat objek tajam
2.  terkena objek panas
3. choking ( objek terlekat di kerongkong)
Setiap satu kecederaan diterangkan cara untuk merawat dengan cara yag mudah untuk difahami.

Untuk luka akibat objek tajam, Julie melakonkan kononnya lengannya berdarah dan bertanyakan kanak-kanak apa yg perlu dibuat. Ada diantara memberi cadangan supaya meletakkan plaster. Irfan kemudiannya dipilh utk cuba melekatkan plaster di lengan Julie. Tapi plaster sebenarnya bukan cara yang sesuai.

Kemudian Julie menunjukkan cara yang betul. Kena cari tea towel for hard compress and lift it up. Kena angkat tangan lebih tinggi supaya darah yang mengalir berhenti dgn cepat.

Bila terkena objek panas pula, rawatan boleh dilakukan adalah dengan meletakkan kawasan terbakar di bawah laluan air mengalir selama sepuluh minit. Aisyah dipilih untuk demo cara melakukan air di kawasan terbakar selama sepuluh minit. Julie siap kunci jam loceng selama 10 minit. Lama tau 10 minit tu. Aisyah complain dia penat sangat nak tunggu selama 10 minit.... sbb dia yg kena melakukan aksi letak tangan bawah paip air mcm di bawah ni....

Akhir sekali, Julie membuat demo kecemasan apabila tertelan objek. Mula-mula dia tanyakan pendapat tentang apa yang kita biasa tertelan dan terlekat di keronkong. Tak sangka, Irfan angkat tangan dan jawab, "Tulang ikan". Hehehehe, mentang-mentang la Irfan pernah lekat tulang ikan. Nasib baik kat kampung, sempat bawa jumpa bidan kampung untuk keluarkan tulang tu.

Eh, berbalik pada pertolongan cemas bila tertelan objek. Julie membuat demo cara mengeluarkan objek tersebut - give five back blows (spt gambar di bawah).
Kemudian, semua anak-anak diberi peluang utk membuat amali five back slaps tersebut.
Ni giliran Irfan sedang pukul belakang patung selama lima kasi.
Danish sedang sabar menunggu giliran.
Next, Danish pun nak cuba juga. Yg kelakar, Danish guna penumbuk utk buat pukulan tu. Julie kemudian menerangkan cara yg betul kepada Danish.
Akhir sekali giliran Aisyah buat lima pukulan.....
Selesai jer sesi demonstrasi, seorang maskot dibawa masuk ke dalam bilik. Setiap peserta diberi stiker tanda tamatnya kursus.
Danish sedang bersalam dgn maskot
Saya juga mengambil peluang utk mengabadikan gambar anak2 bersama maskot


Tapi, kan.... takde satu pun first aid di atas yang saya pernah praktis di rumah. Kalau terkena minyak panas, takde maknanya nak letak tangan bawah air  selama sepuluh minit. Terus cari ubat gigi atau garam supaya rasa lega :)

Yang luka melibatkan objek tajam setakat ni belum berlaku lagi. Minta jauh la benda2 macam tu  terjadi dekat anak-anak.

Tapi rawatan utk chocking tu rasanya perlu. Pernah ada anak kepada kawan yg terlekat duit syiling hingga muka anaknya berubah jadi biru. Nasib baik kawan saya cepat2 pukul belakang anaknya hingga syiling tu masuk ke dalam perut dan anaknya dapat bernafas seperti biasa.

Nota ummi,
Masa kat universiti, saya adalah ahli St John Ambulans. Bila lihat Julie sedang buat demo tu, teringat pula pengalaman buat rawatan kes semasa dalam St John Ambulans :)

NuKilaN:
 

18 comments:

  1. Salam Nur..

    Menariknya, kecik2 dah di expose untuk First Aid kan. Pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan juga tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ummiross... cara hand on mcm tu buat anak2 boleh duduk kat situ hingga habis :)

      Delete
  2. Danish tu ingat dengan lebih kuat tumbuk kan bagus hihi... gelihati pulak kakak sebab mesti Danish ingat itu cara terbaik (budak kan Nur). Baguslah disana anak-anak kecik-kecik pun dah diberi pendedahan begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang gelak tgk telatah Danish masa tu... tapi dia tetap dengan muka tak bersalah... Danish Danish....
      Kita yg dah besar ni pun boleh belajar sama :)

      Delete
  3. Akak

    Baju Danish, Irfan dan Aisyah sama mcm baju darwisy. beli kat mothercare le kan. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, betul betul betul... dah sepound lebih jer, terus rembat utk mereka bertiga... ekekekeke
      Nanti ke menchester, kena pakai baju ni.. senang awisy nak cam geng dia :)

      Delete
  4. Bagusnya kursus first aid ni. Lebih bagus bila kids take part skali. Well done to your kids kak! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kumpulan sasaran adalah budak2... mula2 mereka tak nak join, tapi lepas tu nampak syok pula mereka belajar :)

      Delete
  5. Salam Nur..
    bagus nya bila anak2 di ajar benda2 ni kan.. sekurang2 nya depa tahu apa nak buat klu jadi benda2 yg tak sepatut nya tu..:)

    ReplyDelete
  6. bagus2 pendekatan pendidikan mereka ni kan...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, bukan yg dewasa jer kena tahu... budak2 pun belajar sama :)

      Delete
  7. Baguskan Bijen..... Mereka dapat pengalaman baru mungkin satu hari nanti akan berguna jugak.... Siapa tahu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn Okje... malang tidak berbau.. kena selalu bersedia :)

      Delete
  8. Bagusnya anak2 diberi pendedahan bagaimana menghadapi situasi ini jika benar2 berlaku.Danish pun sama join juga........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Danish mula2 malu juga.. tapi mmg Julie tu pandai tarik perhatian anak-anak.. tanpa disuruh, sekali Danish pun join sekaki dgn abang dan kakak..
      Yup, good for them :)

      Delete
  9. bagusnya!kecik2 pun dah belajar fisrt aid...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendedahan awal... nak jadi doktor lambat lagi :)

      Delete

Related Posts with Thumbnails