Monday, July 1, 2013

Eureka

Hari sabtu lepas saya bawa anak-anak ke Eureka. Lawatan sambil belajar ke sana. Bukan sekolah jer boleh buat lawatan sambil belajar. Sekali sekala, seronok juga bawa anak2 di hujung minggu dan dalam masa yang sama menambah pengetahuan mereka.

Eureka merupakan museum kanak-kanak berkonsepkan main sambil belajar bertempat di Halifax. Saya tertarik utk bawa anak-anak ke situ bila Aisyah bawa balik pamplet dari sekolah. Tempat pun tak jauh, dalam 12 minit naik train. Satu perhentian jer dah sampai.


Keluar dari stesen keretapi Halifax, dah nampak bangunan Eureka di sebelah kiri. Anak-anak masa tu dah mula teruja. Aisyah kata, "Ummi, kita nak kesitu ke?". Saya mengiakan. Dia pun terus bersorak, "Yeayyy!" dan cepat2 jalan menghala ke sana.


Saya dah booking tiket masuk secara online. Setiap orang dikenakan bayaran GBP10 yang juga merangkumi annual pass (boleh ke sana banyak mana sekalipun dalam tempoh setahun). Dalam Eureka ada enam galeri dan terdapat juga beberapa tarikan di luar Eureka (seperti sand beach dan wonder walk).

Galeri yang terdapat dalam Eureka adalah:
1. All about me
2. Living and working togehter
3. Soundspace
4. Soundgarden
5. Desert discovery
6. Our Global Garden

Anak-anak banyak menghabiskan masa di galeri "All about Me" dan "Living and working together". Nanti saya akan cerita lanjut berkaitan dua galeri tu dalam entry yang lain. Kebetulan masa kami ke sana, ada juga demonstrasi pertolongan cemas untuk anak-anak (juga saya akan cerita detail dalam entry lain).


NuKilaN:
 

14 comments:

  1. tiba-tiba teringat eureka USM :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi, dua nama yang serupa tapi mmg jauh berbeza... Patut la macam familiar nama eureka tu.. ekekkek

      Delete
  2. cantik juga eureka ni Nur..
    budak2 mesti suka.. sesuai utk beriadah & sambil bersiar2..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari luar tu pun dah Nampak cantik... masuk dalam, mmg macam2 yg ada.. sesuai sgt utk budak2 :)

      Delete
  3. Bestnya Nur... mesti budak2 tu gembirakan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka sgt.. semua benda mereka cuba explore

      Delete
  4. menarik tempatnya... happy sungguh laa mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tempat yg khas utk kanak2.. kena la dgn jiwa mereka...

      Delete
  5. Replies
    1. suka la dapat main2 jer dalam tu... kalau bawa shopping, duk cakap boring jer.... hehehhe

      Delete
  6. Replies
    1. Kelakar la Okje ni.. berkenan kat nama pula... kat USM ada satu eureka :)

      Delete
  7. Bestnya tempat camni utk bawa anak2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka sgt la mereka.. mcm2 boleh explore :)

      Delete

Related Posts with Thumbnails