Akhirnya, Aina berani juga melangkah sendiri pada usia satu tahun.
Dari 10 bulan lagi Aina dapat berdiri tanpa bantuan.
Cuma baru semalam, baru Aina berani melangkah ke depan.
Sempat juga snap video sebagai kenangan...
Dengan langah yang slow and steady, tapi penuh dengan keyakinan.
Aisyah la orang yang paling happy bila tengok Aina dapat berjalan.
Betul la orang kata, kalau tumbuh gigi dulu lambat sikit boleh jalan.
Macam Aina, umur setahun dah ada empat batang gigi.
Tapi mula berjalan bila umur setahun.
Abang2 dan kakak, dah boleh jalan bila umur 11 bulan.
Tapi, masa celebrate first birhtday, satu gigi pun belum ada... hihihi
Ya, lepas ni kena bersedia untuk kejar Aina ke sana ke mari.
Gambar lama juga dalam draf.
Sekitar cuti sekolah, Disember lepas.
Ni pool di A Famosa Resort.
Layan pool dulu sebelum check out.
Juga sempat snap video.
Dah selesai berendam.. posing kenangan dulu...
Ni pula kat Mahkota Hotel, juga di Melaka.
Tiba2 Monday Blues pulak.
Maklumlah, Terengganu cuti 3 hari sempena pertabalan Sultan Terengganu.
Jadi layan entry yg dah lama perap dalam draf dulu... huhuhu
Kisah bulan lepas rasanya ni...
Suatu petang, anak2 eksaited tgk pokok pisang dah mula berbuah.
Walau yang ada cuma satu sikat dari setandan pisang tu, eksaitednya mereka macam tengok buah pisang bertandan tandan.
Tiba-tiba aisyah mula memberi cadangan.
Aisyah: Ummi, can I water the banana tree and all other trees?
Ummi: Yes, sure you can.
Dengan muka happy, dia terus pasang air dan siram pokok satu persatu.
Lepas siram pokok pokok tu, dia pun mula memanjangkan akalnya.
Katanya, "Ummi, can I watering ourselves?".
Amboi, mula-mula nak siram pokok.
Lepas tu nak siram diri sendiri pulak.
Semestinya saya cakap, "No!".
Minta izin bukan main lagi, tapi langsung tak dihiraukan.
Terjadilah pesta air yang sgt menyeronokkan bagi mereka bertiga..
Beria main air sambil nyanyi lagu raya.
Sempat juga saya rakamkan video keseronokan mereka...
Bukan main marah lagi aisyah bila sedar saya rekod video ni.
Hahaha, bukan setakat rekod, ummi cerita dalam blog lagi tau aisyah :)
Lately, ramai yang share video ni di dinding FB dan WA.
Siapa sangka, ketuk ketampi boleh meningkatkan keupayaan otak.
Pasti ramai yang ingat scene ni dlm cerita P. Ramli...
Masa sekolah dulu2, ada juga kawan2 kena denda ketuk ketampi oleh cikgu.
Rupanya ada sebab di sebaliknya.
Rasanya begitu juga dengan hukuman merotan.
Ada sebab kenapa cikgu2 suka rotan di tangan.
Ajaran nenek moyang kita suatu masa dulu.
Tapi sekarang mana boleh lagi.
Semua hukuman2 mcm tu dilarang sama sekali..
Besar sungguh cabaran guru utk mendidik anak2 zaman sekarang.
Baru-baru ni, satu rancangan kanak-kanak di BBC datang menemubual my SV.
Kalau yang biasa tengok siaran BBC, mesti pernah tengok rancangan "Operation Ouch".
Tak sangka my SV jadi tetamu jemputan dalam rancangan tu.
Gigih ambil video utk letak dlm youtube sbg kenangan...
Untuk rancangan penuh "Operation Ouch" ni, boleh klik kat sini.
Kisah hari Jumaat lepas.
Saya masuk ke dalam bilik ada gambar ni...
Dah agak, ni mesti kerja si anak dara.
Agaknya apalah yang dia nak cerita ni... detik saya dalam hati.
Tak lama Aisyah pun muncul.
"Ummi, have you seen the sheets?".
"Dah... " Jawab saya saya acuh tak acuh.
Tapi mmg biasa lah.... anak 'kecek' (baca cakap) omputih, tapi umminya tetap dgn bahasa ibunda.
"Which one do you like most?". Tanya dia lagi.
"Gambar yang pertama." Jawab saya lagi.
"Ummi, you know... this is cindrella... she dance with prince cahrming... she lost her shoe... bla bla bla...". Saya layankan ajer cerita dia.
Tapi rasa seronok pula tgk dia bercerita.
Lepas dengar cerita dia, saya cakap.. "Ummi suka dengar cerita kakak. Boleh ummi record video?".
Saya memang suka buat koleksi video anak2 selain dari koleksi gambar.
"You means you want to make a video and then upload it to Youtube?"
Amboi, ni namanya bagi betis nak paha.
Siap suruh upload dalam Youtube.
Tak pe, saya layankan ajer...
"Kakak nak ke ummi upload dalam Youtube".
Saya tanya dan Aisyah angguk tanda setuju.
Maka terhasilah video ni...
Tapi cerita dalam slang Yorkshire, not so British accent.. keh keh keh...
Family adalah apabila semua orang boleh bersatu...
Dengan compang campingnya...
Menerima apa yang ada....
Baik buruknya....
Boleh ketawa dalam kesusahannya...
Apatah lagi bahagia ketika tengah gembira...
Rahsia kebahagiaan orang lain...
Saya tak tahu..
Tapi rahsia kebahagiaan saya adalah..
Saya sentiasa bersyukur...
Saya ada suami yang sentiasa sudi pada saya...
Dan kalau dia sudi pada saya...
Takkanlah saya tak sudi nak terima dia apa adanya...
Sayang...
Semoga kita sampai tua sama-sama...
Dapat merasa hidup sama-sama...
Ketawa menangis lagi lama...
Tapi di masa saya dah pun pergi nanti...
Let me go...
And know that I will always love you...
And I have no regret with you...
I'm so in love with you then....
I'm so in love with you now....
Insya Allah...
Semoga Allah kuatkan saya to be with you forever...
Teruskan dengan saya...
Bawa saya ke syurga...
Untuk Juna...
Takde orang lain dalam dunia ni Juna...
Yang saaayang pada Juna.... macam mommy
Cuma mungkin mommy tak reti tunjuk
Atau tak cukup tunjuk lagi
Jangan lupakan mommy...
Sebenarnya pun kita terpisah suatu hari nanti...
Juna tahu...
Juna dah curi hati mommy
Dari hari pertama Juna nampak mommy...
Dari seekor babi, semua bahagian dalam tubuhnya digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk.
Sikit pun tidak dibazirkan walau setitis darah.
Banyaknya barang sekeliling kita yg bersumberkan babi - sabun, rokok, berus cat, gelatin dll.
Baru-baru ni kita digemparkan dgn coklat mengandungi DNA babi.
Tapi tak lama lepas tu, ada pihak kata tak de pulak.
Boleh pulak main tarik tali cenggitu.
Apa pun atas pilihan masing-masing.
Ada yg cuba yakinkan yg sekarang dah boleh makan coklat tu.
Ada pula yang mati-matian dah tak boleh telan dgn produk tu.
Kalau saya, baik ambil langah selamat.
Elakkan yang syubhah.
Anda pula bagaimana?
16 Mei... Hari istimewa untuk mereka yang bergelar guru.
Selamat Hari Guru buat mereka yang bergelar cikgu dan teristimewa sekali buat my BFF, Tuan Juhaida dan kenalan maya yang selalu bertandang ke sini, Aisy Nasiha.
Tak lupa buat Cikgu Anis yang dah lama tak menulis, tup tup keluar TV jadi selebriti.
Aci la kan nak tempek juga video cikgu Anis tu kat sini buat kenangan...
Tersentuh tgk video tu. Tiba-tiba mata masuk habuk pula..... murninya hati ahli syurga ni. Sabar cikgu Anis melayan karenah mereka setiap hari. Besar ganjaran tu :)
Apa pun, tanpa cikgu siapalah kita pada hari ni.
Marah cikgu menjadikan kita orang berguna pada hari ni.
Terima kasih, CIKGU!
Nota ummi,
Tersentuh juga hati bila ada beberapa bekas pelajar yang memberi ucapan selamat hari guru. Doa saya moga kalian terus berjaya di dunia dan akhirat :)
Walau dah lama tgk Frozen, sampai ke hari ni Aisyah masih lagi demam frozen.
Jom layan video Frozen versi Aisyah dan Danish...
Tgk si kakak nyanyi, adik pun join sekali....
Ada juga saya download ebook Frozen. Kebetulan boleh download eBook Frozen percuma dari iTunes (tapi utk akaun UK jer). Berkali-kali budak-budak ni duk baca ebook tu. Suka sgt mereka dgn Frozen ni.
Kalau ikat rambut Aisyah sekarang ni, mesti nak stail Elsa jer. Kuat betul pengaruh Frozen, kan?
Aisyah dah lama boleh bilang dari 1 hingga 100 dengan lancar dalam English. Jadi saya cuba suruh dia bilang dalam bahasa melayu. Tapi, mak ai... terbelit lidah nak menyebutnya. Kena selalu praktis la kalau lagu ni.
Dengan gigihnya, saya cuba rekod dua-dua version dan upload dalam youtube.
Mula-mula kita tgk version English. Tak sampai dua minit, dah siap dia bilang hingga 100.
Ni pula version bahasa melayu. Ke version bahasa kelate?
Masa lepas 10 tu sebenarnya dia nak sebut sepuluh satu. Hihihi, tu yg dia pause agak lama duk fikir sebelas tu dan ketawa mengekek bila saya betulkan jadi sebelas.
Kena selalu praktis la nampak gayanya. Kalau dulu, memang Aisyah boleh bilang hingga 7 jer. Lepas tu terus cakap "I don't know". Tapi lepas dipaksa, boleh juga dia bilang hingga 20.
Dalam pukul 5.30 petang, dah tak berapa ramai orang kat Walt Disney Studio (WDS). Maklumlah pukul 6.00 petang, WDS akan ditutup. Lepas tu kami terus menapak ke Disneyland Park pula.
Kali ni baru kami berpeluang ke dua bahagian lain di Disneyland Park iaitu Frontierland dan Adventureland sementara menunggu majlis penutup, iaitu Disney Dreams :)
Tapi disebabkan hujan, banyak juga ride yang dah tutup. So tanda siap2 ride mana yang patut naik untuk hari yang kedua. Pukul 7.30 malam, kami dah bersedia sedia di depan Sleeping Beauty Castle. Memang masa tu dah tak larat nak jalan. So lepak atas bangku sambil anak-anak buat drawing dan main games.
Tak lama lepas tu, hujan turun lagi. Tapi tak lebat sangat. Nasib baik ada bawa payung untuk berteduh. Saya tanya en suami, "Hujan ni, nak tunggu tak?". Dia jawab, "Tunggu aje la, dah alang2 tunggu.".
Tepat jam 8, pertunjukkan pun bermula. Walaupun hujan mula turun renyai-renyai, ia tak mematahkan semangat kami untuk tunggu hingga ke akhir persembahan. Apa yang saya boleh rumuskan, the show was very awesome. Kalau tak percaya, cuba tgk video ni...
Ada juga snap beberapa gambar masa show. Tapi tak berapa cantik sebab hujan. Nak setting kamera pun tak pandai. Tapi nak tempek juga kat blog sebagai kenangan.
Bersedia untuk persembahan
Masa ni hujan dah mula renyai-ranyai
Peter pan sedang berinteraksi
Selain bunga api, persembahan diserikan dengan pancutan air
memang terkejut bila tiba2 jer air memancut dan nampak bunga api yang sgt cantik :)
Sleeping beauty castle bertukar-tukar jadi mcm2 kaler dan rupa
Penutup persembahan....
Selain gambar, en suami juga ada rekodkan video. Berkali-kali Danish minta mainkan video tu. Memang rasa tak puas nak tengok. Tiap kali lepas tgk video, mesti dia ajak ke situ lagi. Yang tak tahan tu siap kata, "Jom la ummi.. pleaseeee!" (sambil buat muka betul2 kesian).
Show habis pukul 8.30 malam. Lepas tu terus jalan balik hotel. Ingatkan anak-anak terus tidur sebab sangat penat. Tapi mereka minta juga nak dinner. Lepas mandi dan makan maggi, dalam pukul 10 semua dah tidur.
Dalam entry JJD4, baru perasan yang saya tertinggal satu show iaitu Stitch Live (lepas show tu baru kami tengok Disney Parade). Biasa saya tulis entry berdasarkan gambar. Disebabkan satu pun gambar tak snap gambar masa Stitch Live, tu yang terus lupa. Memang tak dibenarkan ambil gambar masa dalam studio, tapi search dalam Youtube, ada pula orang yang share video tu. So saya nak tempek kat blog buat kenangan....
Masa show tu, semua kanak-kanak dibenarkan duduk di depan skrin. Saya letak juga Danish kat depan, tapi dia tak nak. So hanya Irfan dan Aisyah join duduk kat depan.
Print screen dari Youtube
Anak-anak sangat terhibur tgk Stitch berinteraksi dengan para penonton. Telatahnya yang bersahaja sangat mencuit hati. Bila show habis pun, anak2 tetap tak berganjak, tak puas tengok gelagat Stitch :)
Kami juga berpeluang menonton show Cinemagic (cinema yang sangat magic). Penonton sangat kagum dengan wayang yang ditayangkan iaitu gabungan beberapa filem popular dari zaman dulu hingga sekarang seperti Titanic, Star Wars, Marry Poppins, Angels dan banyak lagi.
Banyak magic yang dilakukan semasa wayang ditayangkan. Ada watak yang boleh keluar masuk skrin, tiba-tiba pedang keluar dari skrin, ada pintu untuk keluar masuk antara dunia wayang dan dunia luar dan macam-macam lagi. Saya ingatkan anak-anak tidur masa wayang ditayangkan, tapi ketiga-tiga mereka menonton dengan begitu asyik sekali.
Juga nak tempek video dari youtube buat tatapan mommies yang merancang ke sana. Sangat berbaloi utk tgk show ni :)
Show seterusnya bertempat di backlot, Moteurs.... Action!! Stunt show spectacular.
Moteurs.... Action!! juga adalah show yang mesti tengok bila ke sana. Aksi stunt motor dan kereta cukup membuatkan kami sekeluarga terpegun. Pengalaman menarik bila tengok aksi stunt motor dan kereta berkejaran, aksi tembak menembak, juga mereka menunjukkan aksi stunt orang dibakar api :)
Lokasi show sebelum bermula
Ada juga penampilan Mc Queen
Lima lapis baju kalis api dipakai untuk aksi ni :)
Untuk video penuh aksi2 stunt, boleh tengok video di bawah...
Masa kami pergi, PlayHouse Disney Live on Stage tidak ditayangkan. Memang yang ni pun sangat menarik utk tontonan anak-anak. Anak-anak memang suka tgk video kat bawah, so saya letak juga kat sini....
Animagic juga kami tak sempat masuk. Ingatkan nak masuk hari yang kedua, tapi tak sangka ada plan lain hari yang kedua. So yang ni pun layan ikut youtube aje laa :)
Sejujurnya, saya jarang speaking dengan anak-anak. Sebelum datang sini, ada kawan-kawan beri tips. Mereka kata, kalau boleh kena cakap melayu dengan anak-anak. Kat sekolah mereka dah didedahkan dengan bahasa Inggeris. So biar anak-anak boleh kuasai dua-dua bahasa. Nanti kalau tak tahu bahasa melayu, masak juga ummi dia nak mengajar semula bila balik M'sia, ye tak?
Tak pe la anak-anak tak berabuk cakap London pun. Janji mereka boleh faham bila orang speak English. Tapi kan, kat sini anak-anak bukan cakap slang London tapi slang Yorkshire. Masa mula-mula dengar slang tu, nak tergelak pun ada sebab bunyinya macam english baku. Kalau RUN, kita akan pronounce RAN, kan? Kalau slang Yorkshire mereka akan sebut RUN jugak. Macam bahasa Inggeris dimelayukan pun ada... hihihi
Kalau tak percaya, tengok video Aisyah kat bawah ni...
Dressing Up... beri perhatian pada sebutan UP di awal video.
Lagi satu saya perhatikan banyak sebutan mereka yang silent T di tengah. Kalau LITTLE, mereka sebut tanpa membunyikan huruf T. Bila membilang lagi la bunyi kelakar, kalau saya betulkan mereka kata saya yang salah.. huhuhu
Macam danish, dia banyak mengikut cara bercakap kakak dan abang. Bila kakak sebut "Finish" lepas habis makan, dia pun sebut "Finish" juga.
Saya jadi geram bila tengok snow yang banyak macam ni kat belakang rumah...
Penuh dengan tapak kaki kucing
Terus dapat idea untuk buat slope bagi anak-anak main sledging.
Beria kumpul snow untuk buat jadi bukit.
Tak cukup snow dalam pagar, kami ambil snow kat jalan luar rumah.
Akhirnya, dapatlah snow hill mcm ni...
Bila siap slope tu, apa lagi.. terus anak-anak bergilir-gilir main sledge.
get ready to sledge
Aisyah jer yg sporting posing
Yeehaa... sledging time!
Danish pulak turun gelongsor mcm tu jer
Tu dia, bergolek-golek Danish jatuh je bawah
Kononnya main hokey in snow
Lagi aksi tergolek
Jom tgk video keseronokan mereka bersledging...
Happy watching :)
/
Nota ummi,
Nak bawa anak-anak pergi park tak jadi sebab angin sangat kuat dan snow sangat tebal. Anak-anak mudah penat bila berjalan dalam snow tebal. Apa-apa pun anak-anak tetap happy even main belakang rumah jer :)