Wednesday, August 26, 2015

Katanya nak siram pokok..

Kisah bulan lepas rasanya ni...
Suatu petang, anak2 eksaited tgk pokok pisang dah mula berbuah.
Walau yang ada cuma satu sikat dari setandan pisang tu, eksaitednya mereka macam tengok buah pisang bertandan tandan.
Tiba-tiba aisyah mula memberi cadangan.

Aisyah: Ummi,  can I water the banana tree and all other trees?
Ummi: Yes, sure you can.

Dengan muka happy, dia terus pasang air dan siram pokok satu persatu.

Lepas siram pokok pokok tu, dia pun mula memanjangkan akalnya.
Katanya, "Ummi, can I watering ourselves?".
Amboi, mula-mula nak siram pokok.
Lepas tu nak siram diri sendiri pulak.
Semestinya saya cakap, "No!".

Minta izin bukan main lagi, tapi langsung tak dihiraukan.
Terjadilah pesta air yang sgt menyeronokkan bagi mereka bertiga..
Beria main air sambil nyanyi lagu raya.


Sempat juga saya rakamkan video keseronokan mereka...



Bukan main marah lagi aisyah bila sedar saya rekod video ni.
Hahaha, bukan setakat rekod, ummi cerita dalam blog lagi tau aisyah :)

NuKilaN:
 

15 comments:

  1. seronoklah anak-anak bila dapat main air macam tu kan

    ReplyDelete
  2. hihihi begitulah gelagat anak2 bila dapat bermain air ni Nur..

    ReplyDelete
  3. Duduk sana tak nampak pokok pisang Nur
    Balik sini nampak buah dan pokoknya sekali
    Itu yg suka ... sambil tu boleh serampang dua mata ada geng main air:)

    ReplyDelete
  4. Mesti tak jadi nak marah bila melihatkan kegembiraan mereka... :)

    ReplyDelete
  5. haha....budak budak kalau dengan air mmg pantangkan....last sekali mesti nak main air. Sure happy mereka duk Malaysia Bijen, main air pun tak sejuk...

    ReplyDelete
  6. amboih2 aisyah pakai suar seteng ngn bertudung lg heheheh almaklum siram pokok yek...

    seronok lah 3 badik tu ye kak... compom naik la bil air pasni hehehhe...

    ReplyDelete
  7. hahahahaha hahahahahah bijaaaaaak bijak. yer la menurun saper yer dok?

    ReplyDelete
  8. Kemain main air macam tu sekali...hahaha...

    ReplyDelete
  9. Memang seronok iram pokok sambil main air.

    ReplyDelete
  10. hehe...budak kalau dah jumpa air
    mana boleh sikit-sikit
    mesti banyak! kasi can kak! hehe

    ReplyDelete
  11. amboi..kemain seronok lagi diaorang...hheheh

    ReplyDelete
  12. Pandai betul buat plan. Mula-mula siram pokok keliling lepas tu main air. Kalau kat rumah ni yang selalu minta izin si kecil tu. Yang nak buat apa-apa si besar sekali. Guna adik nak minta izin!

    ReplyDelete
  13. Kemain seronok dorang main air... happy je nmpk semuanya... alhamdulillah...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails