Irfan dan Aisyah dah mula sekolah 2/8 (Ahad) lepas.
Danish pula mula ke sekolah 4/8.
Ingatkan nak buat entry masa mula2 mereka sekolah.
Tapi tak sempat nak menaip entry.
Jadi hari ni dah masuk minggu ketiga mereka ke sekolah.
Masa hari pertama Irfan dan Aisyah ke sekolah, berdebar juga saya rasa.
Malam Ahad sebelum pergi sekolah, Aisyah duk berzikir, "I'm feel nervous"... jer sebelah malam tu.
Dengan saya sekali merasa berdebar-debar.
Irfan pula tetap cool macam biasa.
Saya cuba juga tenangkan perasaan Aisyah.
Ummi: Kakak, do you remember the first day when you go to school in UK?
Aisyah: Yes.
Ummi: Do you know anyone in your school?
Aisyah: No.
Ummi: Do you know how to speak English?
Aisyah: No.
Ummi: Now, you will repeat the same experience with new school and new environment. But it will be more easier as you know how to speak Malay and all of your friends are Melayu. I'm pretty sure you will enjoy your school day here as well.
Lepas tu baru nampak muka Aisyah tenang sikit.
Pagi Ahad tu selepas lapor diri di pejabat, kami dibawa ke kelas Aisyah dulu.
Jadi perkenalkan Aisyah dengan kawan-kawan dan guru yang mengajar.
Tapi Aisyah tak nak masuk ke kelas.
Jadi kami dibawa ke kelas Irfan pula.
Di kelas Irfan, Irfan seperti biasa dengan caranya yang sentiasa "cool".
Bila diperkenalkan dengan kawan-kawan, ada kawan yang hulurkan tangan.
Tanpa disangka, Irfan bersalaman sambil cium tangan kawannya.
Apa lagi, pecah la gelak tawa satu kelas tgk perlakuan Irfan.
Dan sebenarnya Irfan masih lagi keliru dengan siapa perlu bersalam cium tangan atau sebaliknya.
Adoi, saya sendiri tak dapat nak tahan gelak tengok gelagat Irfan.
Tapi lepas tu saya tengok Irfan cepat berkawan dengan kawan-kawan sekelasnya.
Jadi kami tinggalkan Irfan di kelas dan kembali ke kelas Aisyah.
Aisyah sedari tadi menggengam tangan saya dengan kemas.
Seakan-akan beritahu, "Ummi, janganlah balik. Temanlah kakak kat kelas."
Tapi nak tak nak, terpaksa juga saya leraikan genggaman tangan Aisyah bila sampai ke kelasnya.
Dia nampak nak menangis, tapi masih lagi Aisyah dapat tahan diri dari menangis.
Dia tengok saya pergi dalam pandangan yang sayu dan sedih.
Masa tu, kena juga keraskan hati untuk tinggalkan Aisyah dalam kelas.
Bila saya jemput mereka di sebelah petang, soalan pertama yang saya tanya, "How was your day?".
Jawapan Irfan, "OK".
Jawapan Aisyah, "It was a fun day. I got to know many friends. All the people want to be friend with me... bla bla bla".
Jawapan Aisyah selalunya berpatah patah.
Alhamdulillah, lega rasanya dapat feedback yang positif dan mereka dapat sesuaikan diri dengan sekolah :)
Cuma yang agak liat sikit untuk kejut mereka bangun pagi.
Kat UK, pukul 8 baru bangun pagi.
Kat sini, pukul 6 dah kena kejut bangun tidur.
Tak pe, lama-lama mereka akan biasa lah tu.
Nti mkn lama makin biasa la mereka..
ReplyDeleteKanak2 biasanya akan cepat menyesuaikan diri tambahan sekiranya persekitaran adalah 'friendly'...
ReplyDeleteerrr... masuk ker tak ek komen saya tadi.. punya panjang taip.
ReplyDeleteala... tak masuk :( takper la.. takdok rezeki hahahhaa.
ReplyDeletelucu jugak bila baca keletah Aisyah tu..
ReplyDeletealhamdulillah...dipermudahkan....
ReplyDeletetu la nur, jgn kate anak2 kite pun kalo pes day ke tempat kerja baru pun nerves semcm kan....
hope anak2 nur dpt serasi dgn cepat...mesti dioerg komplen bawak beg berat2kan heheheeheh
Alhamdulillah... anak-anak dah biasa berkawan tak ada masalah Nur
ReplyDeleteCuma biasalah hari pertama rasa cuak tu tetap ada, tapi anak-anak M'sia dah biasa dididik utk menghormati kawan apa lagi Irfan & Aisyah jenis tak bermasalah ke sekolah semua jadi mudah.
tetiba sy teringat budak2 yg dok sweden kena balik dok n sekolah kt mesia..
ReplyDeletesamalah perjalanannya kan..
i'm happy for them cepat suaikan diri..irfan & aisyah masuk darjah berapa jdnya kat sini?
Moga anak2 Nur cepat sesuaikan diri dengan persekitaran baru.. lain tapi insyaAllah menarik juga.. kita lak yang bimbang diorang tak biasa kan? Doa yang baik2..
ReplyDeleteHaah budak sedang2 ni mmg cepat dpt sesuaikan diri nnt...lg2 plak tempat sendiri kan...sedangkan tmpat mat saleh pn dorng bleh idup...
ReplyDeletebudak2 biasanya cepat dapat sesuaikan diri..jumpa pula kawan2 yg baik lgi senang :)
ReplyDeleteHari pertama masuk sekolah memang menjadi pengalaman pertama bagi anak-anak. Insyallah nanti dapat sesuaikan diri bila berkawan.
ReplyDeleteHari pertama persekolahan buat ibu turut berdebar-debar.. tapi Alhamdulillah urusan dipermudahkanNYA.
ReplyDeleteSemoga anak akak bergembira di sekolah baru.
ReplyDeleteHaha..kelakar anak u yg irfan tu..cool je skali cium tgn kwn..dorg tak paham lagi tu siapa patut cium sape tak patut cium tgn..hihih klaka la..
ReplyDeleteSalam ukhuwah dear
Haha..kelakar anak u yg irfan tu..cool je skali cium tgn kwn..dorg tak paham lagi tu siapa patut cium sape tak patut cium tgn..hihih klaka la..
ReplyDeleteSalam ukhuwah dear
Haha..kelakar anak u yg irfan tu..cool je skali cium tgn kwn..dorg tak paham lagi tu siapa patut cium sape tak patut cium tgn..hihih klaka la..
ReplyDeleteSalam ukhuwah dear
Assalammualaikum
ReplyDeleteSalam ukhuwah..1st time singgah kat sini. ..Semoga dipermudahkan urusan anak-anak di sekolah baru. Diterangkan hati...Anak yg nama Aisyah tu sebaya dengan anak saya yg sulong...Hannah. Jemput singgah di blog saya nanti yer.. :)
hehe...terasa kelakar pun ye juga dengar cite dak aisyah nervous
ReplyDeleteirfan pun sama...macam2 cite buat acik yana senyum
moga semuanya baik2 saje belajar di sini ye =)
Mau tak nerves..... kalau mak yg kena sekolah kat UK tu pun harus lagi teruk dpd Aisyah haha....silap silap tak tido mlm tu Bijen...Dahlah nak kena speaking hoho.... Tapi budak lelaki mmg best mereka sentiasa cool
ReplyDeleteTahniah Aisyah dan Irfan.... betul ckp mama tu sekolah kat sini senang banget.... ckp melayu kan hihi
Okeylah tu Irfan & Aisyah. Takdalah nervous sangat. Sekali start speaking London, tercengang member-member sekelas. Hahaha...
ReplyDeleteBukan Irfan aje, anak lelaki saya pun sama, Nur. Kalau jumpa kawan-kawan pun salam cium tangan. Jumpa kawan-kawan Cina saya pun dia salam cium tangan macam bersalam di pagi raya tau! Tak tahan nak gelak rasanya....
Comel la gelagat dua beradik ni... mujur mereka serasi dgn suasana sekolah di mesia... moga mereka mudah menerima cara pembelajaran di sini...
ReplyDelete