Tuesday, August 11, 2015

Budak tak sihat

Semalam, masa ambil Danish dari taska, cikgu taska beritahu yang Danish muntah tiga kali.
Masa dalam kereta nak ambil si kakak dari sekolah, dia muntah sekali.
Lepas tu, masa perjalanan balik ke rumah, dia muntah lagi sekali.
Kat rumah pun, pantang makan atau minum, pasti Danish akan muntah.
Kesian sangat tgk dia.
Minta nak minum air, lepas tu muntah.

Tidur malam pun, Danish meracau dalam tidur.
Tapi nasib baik dia tidur lena lepas saya berikan paracetamol.

Tu kisah semalam.
Jadi hari ni saya terpaksa angkut Danish ke pejabat.
Pagi tadi dia masih muntah2 masa bersiap kat rumah.
Tapi sepanjang kat pejabat ni, dia dah boleh makan dan minum tanpa masalah.
Belum ada tanda2 nak muntah.
Muka pun dah makin ceria...
Aktiviti Danish semasa di pejabat.. melukis!

Cepat sihat yer sayang... 

11 comments:

  1. Heee... jadi bosslah hari ini ye Danish.
    Demam nak ikut umi ke office ke ni?
    Alhamdulillah dah sihat dah..

    ReplyDelete
  2. cuaca skrg nih pun kak kadang jd sebab.... moga cpt sihat ye danish.... tp tgk tuh pas bg ubat dh nmpak ok... blh senyum hepi tuh

    ReplyDelete
  3. Alahai, kesiannya kat Danish! Kalau sayalah ni Nur, tak tahu nak cakap apa. Kalut aje memanjang. Lagilah kalau tengok anak asyik muntah-muntah.

    Okeylah Danish ikut ke pejabat. Boleh jadi 'boss' sekejap. Macamana budak-budak bertiga ni cope dengan persekolahan di Malaysia? Tentu jauh berbeza caranya ya!

    ReplyDelete
  4. Get well soon danish. Kena pantau gak klo anak muntah2 & ceri beri. Takut rotavirus sebab anak saya pernah kena.

    ReplyDelete
  5. Semoga Danish segera sihat sepenuhnya.

    ReplyDelete
  6. agaknya badan dia tengah cuba sesuaikan cuaca kat sini kot
    moga cepat sembuh ye sayang

    ReplyDelete
  7. Demam.....perut mmg tak selesa kot....gitulah Danish upah nak besar...Ke saja nak ikut mama gi ofis niiii

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails