Friday, January 16, 2015

Kaki

Bila tengok label pada buah ni, tiba2 terfikir "Kaki" ni bahasa apa yer?
Kalau kita panggil pisang kaki.
Atau omputih panggil persimmon.
 Buah ni memang sedap dimakan dengan kulit.... crunchy gitu...
Potong kecil2 mcm ni, sedia utk dimakan sambil buat kerja....
Honestly, saya pernah makan sekali buah ni masa kat M'sia.
Masa zaman belajar dulu2 bila ada kawan belikan.
Tapi rasanya biasa2 aje.
Selepas tu memang dah tak pandang buah ni.

Sehinggalah seorang kawan hidangkan buah ni masa kami bertandang ke rumahnya.
Ya Allah, sedapnya buah ni... rangup dan manis leting...
Siap tuan rumah tapaukan utk bawa balik bila tgk saya makan dengan begitu menyelerakan *__*
Terus jatuh cinta tau :)

12 comments:

  1. Salam Nur,

    Pelik pulak bila tercatat Kaki pada pembalutnya tu! Orang kita pun pelik juga sebab panggil buah ni pisang kaki, walhal bukan jenis dan tiada rupa pisang pun?? Mak Aji juga pada mulanya tak suka makan buah ni tetapi bila termakan yang sedap, pun dah suka juga! Tapi Mak Aji makan kopek kulitnya.

    ReplyDelete
  2. buah ni mmg sangat sedap.tp kat msia, mahal huhu. buah favourite saya ni :)

    ReplyDelete
  3. buah ni mmg mahal kalau kat malaysia..akak pun kalau makan,kupas kulitnya hehe

    ReplyDelete
  4. Kakcik suka makan buah ni kerana kerangupan dan kemanisannya ... :)

    ReplyDelete
  5. kaki tu asal dari bahasa jepun kak..
    kalau dapat kaki fresh petik dari pokok, perghh 3,4 biji pun boleh habis sekaligus..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks imm atas pencerehan... bahasa jepun rupanya :)

      Delete
  6. Nampak potongan pun tahu segarnya buah tu. Patutla sedap dimakan..

    ReplyDelete
  7. akak pun penah makn suatu waktu dlu tp xperasan lak sedap ke idak!

    ReplyDelete
  8. tak pernah pulak makan buah ni..cara describenya macam sedap betul..pos sini sikit bley?hehe

    ReplyDelete
  9. Eh.....banyak pulak hari ni entri pasal kaki....salah sorangnya, Imm Hassan ke apa tadi pun refer blog awak ni Bijen

    ReplyDelete
  10. Tak cukup ruang tu Nur nak tulis 'pisang kaki' Hahaha. Tapi apa ke hal kat Bradford pun nak tulis Melayukan, haruslah tulis persimmon. Sendiri yang konpius ni :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails