Wednesday, July 30, 2014

Raya pertama

Alhamdulillah, kami kat UK pun beraya hari Isnin jugak. Sama dengan orang M'sia.
Kat sini mmg berdebar tunggu pengumuman hari raya dari website. Tak mcm orang M'sia yg boleh tunggu pengumuman di depan TV... hihihi

Macam biasa, raya pertama kami sekeluarga menunaikan solat sunat Aidilfitri di IslamBradford. Solat dijadualkan pukul 9.30 pagi. Pukul 9 kami dah bertolak ke sana sebab ruang solat yang limited. Senang nak cari port yg sesuai :)

Syahdu jer rasa bila dengar khutbah raya. Apatah lagi bila imam bercakap tentang nasib saudara seislam di Gaza. Apa sumbangan kita kepada mereka? Yang penting adalah doa semoga Allah berikan kemenangan kepada pejuang yg sedang mempertahankan bumi palestin.

Lepas solat, haruslah abadikan sekeping gambar anak-anak di depan IslamBradford...
Yg paling kiri adalah kembar baru Irfan... mana-mana harus bersama.. Aliff namanya...
Lepas solat, terus balik rumah. Sebelum pergi ke jemputan open house yang pertama, haruslah ada sesi bergambar seisi keluarga dan juga sesi bermaaf-maafan. Tempek juga sekeping gambar anak-anak...
Raya tahun ni kami anak beranak hanya berjubah. Tak import baju kurung atau baju melayu dari M'sia sbb kos pos yng bukan main naik melambung-lambung. Rasa membazir pula nak keluarkan kos yg tinggi hanya utk pakai baju sehari dua. Jadi beli aje la jubah yg dijual online. Sebut pasal jubah, tak sangka ramai pulak yg berkenan dgn jubah yg saya pakai. Ala, yg tu cerita dalam entry lain lah yer :)

Selesai bergambar, kami terus ke open house ke rumah yg pertama. Bukan jauh pun, selang tiga empat biji rumah jer dgn rumah kami. Banyak betul juadah yang tuan rumah sediakan. Ada nasi hujan panas, satay, tapai, puding cocktail, roti jala, rendang, nasi impit dan mcm2 lagi lah. Penuh meja dengan makanan. Memang sah makan dua tiga kali round :)

Bila perut dah kenyang, kami mula beransur ke rumah yang kedua pula. Sebelum bertolak, kami bergambar beramai-ramai dulu di depan rumah. Mula-mula haruslah kumpul anak-anak dulu utk bergambar...
Tengoklah gelagat anak-anak. Macam-macam ragam. Ini gambar terbaik yg dapat snap.

Lepas tu giliran bergambar keluarga kecil kami di Bradford.
Semua sekali ada lapan sekeluarga. Tu tak termasuk tiga keluarga lain yg tiada dlm gambar. Tapi satu keluarga bakal berhijrah ke Bedfordshire bulan lapan nanti. Baru jer kenal dengan Ninie tapi dah nak pindah semula. Itu lah adat kehidupan... bertemu dan berpisah lumrah kehidupan. Semoga ukhwah yg terjalin berkekalan sokmo. Rajin rajin lah update blog bila dah pindah sana lagi :)

9 comments:

  1. Sukanya tgk Aisyah pegang pipi Danish ..feeling kakak sangat. Ye i peminat jubah you..nnti nak beli jugak.

    Alahai,kita lagilah sedih..entah dapat lagi tak keluarga besar mcm Rumpun ni nanti kat Bedford. Insyallah kita keep in touch..baiklah akan cuba merajinkan berbelog mcm kak nur. Hewhew!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisyah pegang pipi Danish sbb susah sgt Danish ni nak pandang kamera bila bergambar...
      Ai dah letak link dlm group sembang... boleh la cuci mata kat situ nanti... byk lagi pilihan jubah2 yg cantik... jgn rambang mata sudah... hihihi
      Insya Allah, ada la tu komuniti melayu kat sana nanti...
      Keh keh keh, ai pun bukannya rajin sgt update blog... tgk angin jugak... tapi setakat ni belum lagi ada alahan masa nak login blogspot... ekekekekek

      Delete
  2. Selamat hari raya nur... x sabar rasanya akak nak tgok jubah tu.. mesti cntikkan...

    ReplyDelete
  3. Bijennn ......Selamat Hari Raya maaf zahir batin buat awak di perantauan... Satu jer tak puas hati sebab tak dpt tengok gambar sefamily ....menci mak! Hehe...

    Tapi kalau tgk dari tudung yg di pakai tu mmg dah tau jubah Raya walau tak tunjuk mesti meletop letop tu hehe....

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya nur... maaf zahir batin... ramai juga tu... boleh la buat pengubat rindu saudara mara di mesia ni...

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya kak nur.. raya di perantauan kak nur... ^__^ maaf zahir batin

    ReplyDelete
  6. Jubah senang, sarung je kan. Dah byk pilihan jubah skrg, cantik2. Izu pon suka pki jubah..nti jgn lupa update ye psl jubah kak nur, nak tgk kot2 la bkenan jgk boleh beli online..nway selamat hari raya utk kak Nur sekeluarga, so cute three of them in their jubah..:))

    ReplyDelete
  7. meriahnya raya walau diperantauan..comel apa tema jubah..tambah2 yg pakainya si comel irfan,aisyah n danish..

    ReplyDelete
  8. Comel si Irfan dan Danish berjubah. Aisyah macam biasalah memang sentiasa comel. Maklumlah satu je 'munge' di tengah-tengah kumbang...

    Berkenan tengok jubah yang Irfan pakai. Sebelum raya tu, cari juga jubah raya untuk anak-anak tapi takda size sesuai pulak untuk si Abang. So, kembali seperti selalu berbaju melayulah mereka setahun sekali ...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails