Thursday, July 3, 2014

Transition day

Hari persekolahan anak masih berbaki tiga minggu. Kira sekarang ni anak-anak dah berada di hujung sesi persekolahan. Yang best nyer kat sini takde exam. Jadi tak perlu nak risau pasal peperiksaan akhir tahun :)

Anak-anak akan mula bercuti utk summer holiday pada 18 Julai nanti. Sekolah akan dibuka semula pada hari Rabu, 3 September. Bulan September nanti, Irfan akan naik Year 5, Aisyah Year 3 dan Danish akan memasuki Reception. Untuk mempersiapkan pelajar2 bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang, mereka telah melalui "Transition day".

Kelmarin (2 July) merupakan Transition day di sekolah anak2. Anak2 dibawa ke kelas baru yang mereka akan belajar pada sesi depan dan juga diperkenalkan dengan guru kelas yang baru. Disebabkan Danish akan memasuki reception pada tahun depan, jadi parent juga dijemput hadir sama semasa transition day tersebut.

Danish la yg paling happy bila saya pun join juga dengan dia dalam kelas. Utk sesi depan, Danish diletakkan di dalam kelas RSD, iaitu di bawah jagaan Miss Day. Cikgu yang sama masa Aisyah reception. Cikgu yang Aisyah paling suka juga.

Sempat curi snap beberapa keping gambar utk kenangan dalam blog...
Susah betul nak suruh danish pandang kamera...
Suasana kelas... Masa ni ramai yg dah keluar main kat luar kelas..
Eh, tetiba ada pula awek join Danish main bowling...
Saya pula yang seronok dapat sertai Transition day ni. Seronok tgk cara cikgu alu-alukan kedatangan pelajar2nya. Seronok tgk cikgu lakukan sesi ta'ruf. Tak kering gusi tgk cara kawan2 Danish perkenal diri dan cerita pasal hobi masing2. Cikgu pula bukan main pandai mainkan peranan. Tiba giliran Danish, dia senyap seribu bahasa. Haih, lelaki melayu terakhir sungguh la. Miss Day pula yang kenalkan Danish kat kawan2.

12 comments:

  1. Seronok mereka seolah disana ye Nur.. tiada periksa akhir tahun macam kat sini..

    Susah nak cari lelaki melayu terakhir ni... rupanya ada .. Danish :)

    ReplyDelete
  2. Bestlah tak lama lg dorang nak cuti sekolah :)

    ReplyDelete
  3. tetiba teringin nak sekolah sama dgn Danish....

    'kalau dapat, ku undurkan putaran dunia' he3

    ReplyDelete
  4. Sekejap rasa dah nak tukar tahunkan Bijen....
    Betul ke mommy suka tgk cikgu buat sesi ta'ruf....ke mommy duka dah jumpa calon menantu hehe

    ReplyDelete
  5. mcm best aje skola kan anak anak.kt sy...didedahkan envjronment yg mendidik anak anak jd aktif,kreatif,inovatif

    ReplyDelete
  6. Pemalu rupanya danish nie..heheh,...nanti besar sket lg tuh berani lah tuh...:)
    cepatnya kan irfan dah masuk yr 5 dah...btw lama gak cuti tuh yer 2 bln lebih tuh..cam cuti ujung th n kiter...

    ReplyDelete
  7. alahai Nur...si ank dah ada aweks!!kiki...

    ReplyDelete
  8. seronoklah tak payah fikir pasal exam..danish2..pemalu betul..tu yg aweks suka tu..macho!haha

    ReplyDelete
  9. Bestnya takda exam. Tak payah makpak nak risau bagai :)

    Amboi, orang bujang... malu-malu bila nampak awek ajak borak. Bukan main segak berpakaian kuning dan berseluar panjang. Cam nak gi kerja jek, En Danish ni :)

    ReplyDelete
  10. uish...kecik2 dah ade awek ye danish...hehe. belajar elok2 ye kat sekolah nnt...time cuti nnt kite main dulu puas2...hehe;)

    ReplyDelete
  11. Bestnya... session macam ni mmg patut ada kan nur... so anak2 akan excited bila smpi masa betul2 dlm kelas tu...

    ReplyDelete
  12. Salam Nur,

    Danish malu2 kucing ya! Memang baguslah cara mereka ni, kita yang x pergi sekolah pun tumpang seronok!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails