Thursday, July 31, 2014

Majlis 100% attendance

Alhamdulillah, utk sesi lepas Aisyah dan Irfan berjaya mengekalkan kehadiran 100% ke sekolah. Memang mereka berdua letak target utk dapat 100% attendance tu. Walau sakit sikit2, mereka tetap berkeras nak ke sekolah.

Itu tak termasuk karenah Irfan yang kena pujuk tiap kali kena bawa dia jumpa dentist. Kita la yg kena tanya cikgu sama ada attendance kena tolak tak tiap kali kidnap Irfan sekejap utk jumpa dentist. Lepas jumpa dentist, dia yang bersungguh nak ke sekolah semula.

Hari Isnin (21 July) yang lepas, sekolah meraikan semua pelajar yg berjaya hadir penuh ke sekolah. Ramai juga yang dapat kehadiran 100% iaitu seramai 79 pelajar dari jumlah keseluruhan 548 pelajar. Bukan sekolah Princeville jer yang terlibat, tapi majlis ni digabungkan bersama Exceed Schools yang lain. Tapi sekolah princeville yang mempunyai bilangan pelajar yg mendapat 100% yang tertinggi :)

Biar gambar pulak la yg bercerita....

Majlis tu diadakan di dewan Uni Bradford. Jadi kami ke sana jalan kaki jer... Harus lah posing dulu depan rumah...
 Menapaklah kami hingga ke universiti Bradford...
Jumpa pokok epal, semua eksaited nak petik walau buah masih kecil... tapi haruslah kena larang... Tunggu besar baru kita datang petik yer anak-anak...
Harus la posing juga dgn pokok epal...
Sabar menanti majlis bermula...
 Irfan sedang terima sijil dari guru besar..
 Giliran Aisyah pula terima sijil..
 Amboi kakak, siap lambai bila nampak saya nak snap gambar...
 Bergambar beramai-ramai...

Banyak lagi gambar nak kongsi.
Lain entry pulak la yer.
Yang paling best, masa majlis tu sekolah jemput magician utk buat persembahan.
Mmg best persembahan beliau.
Nanti saya cerita detail yer... Sabar sabar... hihihi

NuKilaN:
 

12 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Nutbigen seisi keluarga...
    Bila nak posting keMalaysia?...

    ReplyDelete
  2. assalamyalaikum Nur..

    salam lebaran..mohon maaf zahir dan batin..

    rindu dgn tiga anak hebat ni...tahniah....

    ReplyDelete
  3. selamat hr raya nur..
    dah habis sekolah ke nur anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, mereka sedang summer holiday sekarang ni...
      Bulan Sept nanti terus naik kelas baru :)

      Delete
  4. selamat hari raya & maaf zahir batin nur & family

    ReplyDelete
  5. s elamat hari raya kak....

    wahhh tahniah utk anak2 akak....

    ReplyDelete
  6. wah bgus aisyah n irfan kehadiran 100%

    ReplyDelete
  7. bagus dua beradik ni..tahniah buat aisyah n irfan

    ReplyDelete
  8. Tahniah buat Irfan dan Aisyah. Bila ada appreciation macam ni, lagilah menambahkan rasa teruja budak-budak nak kekalkan 100% attendance.

    ReplyDelete
  9. Tahniah buat mereka berdua..... Tak lupa tahniah buat mama dia jugak yg bagi dorongan dan contoh teladan....
    Semangat mereka sama kental macam mama papa jugak ni ......

    ReplyDelete
  10. Kehadiran 100% pun ada majlis mcm ni nur.. makin seronok la anak2 nak kekalkan kehadiran ke sekolah... bagus juga ada majlis apppreciation mcm ni..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails