Thursday, February 7, 2013

Tips mendenda anak?

Kali ni, entry untuk langsaikan hutang dari komen berikut....
Bila dapat komen ni dari Aisy, lama juga saya berfikir... macam mana nak buat entry ya? Fikir punya fikir, saya cuma boleh simpulkan satu jer... kita boleh denda anak dengan benda yang mereka minat.

Contohnya, denda untuk Irfan. Minat dia tentu sekali bermain games di iPad atau komputer. Kalau saya denda dia, memang satu hari kena "gantung" dari main games (Agak-agak, kalau Naim boleh kot denda suruh masuk tidur awal?)

Katakan Irfan dan Aisyah sedang bergaduh sebab berebut nak main iPad. Kali pertama saya cuma ingatkan mereka yang jangan berebut. Kena bergilir dengan adil dan mengikut giliran (sebab tu tak beli tab satu seorang sebab nak suruh mereka belajar toleransi dan main sama-sama). Kalau saya dengar mereka bergaduh berebut game untuk kali kedua, saya akan memberi amaran yang mereka kena denda jika masih lagi bergaduh. Kali ketiga setelah didapati mereka tetap melanggar amaran saya, denda tersebut akan terus dilakukan. Tapi setakat ni baru sekali mereka kena denda tersebut dan bila anak-anak dah kena denda, mmg mereka takkan ulang lagi perkara yang sama.

Lagi satu bila kita cakap sesuatu, pastikan kena laksanakan apa yang kita cakap. Jangan hanya mengugut anak-anak dengan kata-kata tapi tak buat. Baru anak-anak tidak keliru dan akan hormat dengan keputusan yang kita buat.

Tapi sebenarnya saya tidak suka mendenda anak-anak. Saya lebih suka kepada sistem ganjaran. Lebih-lebih lagi bagi anak yang masih kecil seperti danish. Kanak-kanak seusia Danish macam belum faham sangat apa itu denda, tapi boleh faham apa itu ganjaran. Nanti saya akan cerita dalam entry lain pula, Insya Allah!

Jika mommies lain ada tips yang nak berkongsi, jangan segan-segan nak tinggalkan komen yer. Sharing is caring :)

NuKilaN:
 

11 comments:

  1. setuju sangat. dalam denda ni kena tegas kan. I tak reti, so mostly sistem "kipas" la I pakai hehee.budak2 kan suka "makey pong", dipuji haha.

    ReplyDelete
  2. haha...gelak papa naim bila saya bacakan nur ada cadangkan naim didenda tidur awal...
    mmg tak jalan katanya..
    tak tau macam mana nak denda dia tidur awal, pernah beberapa kali paksa dia tidur awl tapi mmg tak jadi..dah gelapkan bilik, tapi dia meraung hampir sejam, akhirnya tak larat dengar, biar je dia tgk u tube dari hp atau ipad sampai dia tidur sdiri...
    rasanya umur dia ni tak sesuai lagi atau dia memang jenis tak mengalah ....
    atau pun ada denda dengan teknik lain yang sesuai untuk ahmad naim ni..

    saya setuju, dgn budak budak patut kurangkan denda dan bagi ganjaran.. di kelas pun berjaya teknik ni..

    ReplyDelete
  3. Nastyna: budak mmg mudah makey pong... senyum pah ko telingo bilo keno pong!

    Aisy: tu la, mama dia lagi arif apa denda yg sesuai utk anak... masa Irfan kecil, selalu juga dia kena denda tidur awal, jalan jer... Alhamdulillah, Irfan mudah mendengar kata sedari kecil :)

    Kan? mmg budak2 sgt suka dipuji :)

    ReplyDelete
  4. Salam Nur,
    Saya pun ada praktik gak denda mendenda ni, tapi tengok orangnya jugak, alhamdulillah, untuk Haziq denda tak bagi main ipad dan ancam tutup tv cite katun dia maka dia akan patuh suruhan kita. Hehe. Untuk si kecil Aisya, denda2 ni tak jalan g, sama lah kes dengan Aisy tu, dia meraung berjam2 lah. Sampai kita yang kena mengalah. :)

    ReplyDelete
  5. Boleh try tips ni hehe. Ank2 izu smpi yg besar skali nk msk 7thn tp ssh nak share brg lg dgn adik2. Pening ktrg dibuatnya. :)

    ReplyDelete
  6. denda dengan cara 'tarik balik' apa kesukaan anak jika mereka tak dengar mungkin berkesan buat sesetengah anak. Mcm anak saya, Haziq hampir seminggu kat kasi tv, games & computer hingga dia dpt solat dgn betul. Dalam ms beberapa hari aje dia boleh buat dgn betul (sebelum ni tak berapa serius dgn apa yg kita suruh). Memang berkesan buat dia :-)

    ReplyDelete
  7. Wahh...Nice sharing Nur..
    boleh apply kan kat hero sy yg sorang tu.. mudah2an bermanfaat...:)

    ReplyDelete
  8. Hurm tips yg bagus.....cuma mama firas ni payah btul nk tegas.....bila dia meraung jerit2 ,mamanya mesti mengalah huhu.....

    ReplyDelete
  9. myfreeminded: tu la, hanya ibu yang mengenali anak sendiri... tak jalan cara tu, kena cuba cara lain :)

    Izu: pernah juga jumpa dgn budak yg macam tu... kesian juga tgk dekat maknya yg stress dgn anaknya tiap kali anaknya berebut barang... langsung tak nak kongsi.. budak jenis tu kena banyakkan interaksi, lama lama Insya Allah dia akan faham - kena istiqamah

    LL: betul tu, tak semua anak jalan dengan satu kaedah... Haziq boleh geng dgn Irfan, suka main games :)

    Atie: Harapnya boleh jalan utk Pa'e juga :)

    Anis: Kalau saya mmg tegas dgn anak.. selalu juga tanya diri sendiri, Eh garang sgt ke saya ni dgn anak2? Ayat sedapkan hati, tak garang tapi kena tegas!

    ReplyDelete
  10. saya rasa teknik ganjaran lebih sesuai untuk membentuk kanak2. Dari segi psikologi memang ade teknik gives and rewards. Teknik mmg sesuai untuk didik anak2:)

    ReplyDelete
  11. betul tu, mmg budak2 suka bila kita beri reward :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails