Sunday, November 16, 2014

Pavlova dua biji telur

Hari Ahad minggu lepas, saya dah post gambar pavlova.
Hari ni pula saya letak gambar pavlova lagi sekali yang saya baru buat hari Rabu lepas.
Kebetulan ada kawan message nak datang rumah.
Sempatlah saya baking pavlova ni pagi tu sambil sediakan sarapan dan bekal anak-anak ke sekolah.
Balik dari hantar anak2 ke sekolah, singgah kedai beli double cream (sepatutnya guna whipping cream tapi tak ada stok jadi saya belasah jer dgn double cream) dan buah-buahan kat kedai berhampiran.
Inilah salah satu sebab kenapa saya suka masak pavlova kat sini.
Sebab utamanya senang nak dapatkan bahan-bahan.
Kat kedai runcit pun ada dijual fresh cream dan buah2 segar.
Harga pun lebih kurang harga pasaraya jugak.

Tapi kali ni saya cuma buat separuh adunan sebab nak cepat masak.
Dua biji putih telur, 1/3 cawan gula castor, 1/2 sb tepung jagung, 1/2 st esen vanila, 1/2 st air lemon.
Untuk resepi penuh dan cara-cara nak hasilkan meringue, boleh rujuk kat sini...

Dapatkan satu meringue lebih kurang 9 inci ni....
Tara... Hasil lepas diletakkan fresh cream dan buah-buahan...
Kasi close up sikit....
Alhamdulillah, tercapai juga hajat nak makan pavlova :)

Glosari....
sb - sudu besar
st - sudu teh

15 comments:

  1. anak dara akak pernah jugak buat sekali...cuma buah2an kat atas tu ja yg abis...last2 buang yg bawah tu..manis walaupun dikurangkan gula

    ReplyDelete
  2. ha kan kak..buah2 camtu kat malaysia susah nak dapat dan mahal.mmg best pavlova makan buah penuh

    ReplyDelete
  3. Wah.. saya tengok jelah, kalau beli setakat ni pun budak2 bedua ni makan buah je. Kalau diorang suka makan semuanya saya dah beli banyak kali dan mungkin nak belajar buat. Ini sebab anak2 tak gemar, tak jadilah.. walau apa pun, lawa betul hiasan paplova nur buat ni..

    ReplyDelete
  4. meringue meringue.. suka sebut tu. hihihi eh 2 biji telur pun dah boleh dapat sebijik pavlova..ini sangat bagus..

    ReplyDelete
  5. banyak jgk kan, walaupun cume 2biji tlr.... suke ngn sebutan meringue tuh... hehehehhe

    dana tak pnh cube bt kak, ntah la tkt tk jd, dana nih bt dessert2 mmg fail

    ReplyDelete
  6. as salam sis....
    lama sungguh me tak menjengah sini...

    wahhhh pavlova...
    homemade wif love...terbaek lah...
    penuh dgn fruits lak tu...

    me tak pernah buat...
    malas ooppsss hehehehehe

    ReplyDelete
  7. mcm senang je bunyi nur buat pavlova,kak nurul blm pernah lg nak cuba...

    ReplyDelete
  8. sodapp tu!bila la nak smpai umh nur ni nt nak rasa pavlova homemade terbaikkkk ni!!

    Beruntung la tetamu nur tu nt..rajin n pandai nur membuatnya.

    ReplyDelete
  9. wah sedapnya pavlova dah lama tak makan...sejak ovan akak wayarnya digigit cik tikus,terus malas nak membaking

    ReplyDelete
  10. Nampak stroberi tu Okje dah telan air liur dah..... ha kau sebijik sebijik awak letak yer Bijen.....Biar kenyang sikit tetamu yg datang haha....

    lama dah okje tak buat Pavlove ni tau

    ReplyDelete
  11. kalau saya message dapat juga tak makan? hehe
    saya belum pernah mencuba pavlova ni sebenarnya

    ReplyDelete
  12. rajin nur....ye laa kat tempat org kan nur...nak makan ape2 kene laa buat sendiri...tapi sane mcm2 berries ade kan sonok laa buat .....kalerpul tgk pavlova....lieya pun terliur nieh.....

    ReplyDelete
  13. Cantik hiasan pavlova yang Nur buat ni. Kalaulah saya tetamunya dengan muka tak malu minta bekalkan bawa balik ^_^

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails