Tuesday, November 18, 2014

Resepi keropok lekor

Dah lama save resepi ni dalam draf...
Sumber: Facebook Resepi Ringkas

Akhirnya berjaya juga buat kerepok lekor bulan lepas...
Kat sini takde ikan kembung, jadi saya gunakan ikan makarel.
Beli dua ekor ikan makarel yg beratnya mencecah hampir satu kilogram.
Dapatkah dalam 18 batang kerepok lekor yang saiz comel2....

First step, asing isi ikan dan kisar....
Ada blog yang saya rujuk kata kena asing kulit juga.
Tapi sayang pula nak buang kulit... Jadi dengan kulit2 saya taram sekali...
Dah siap kisar, ulilah dengan tepung ubi hingga menjadi doh.
Lepas uli, bentukkan jadi panjang2.
Then rebus dalam air mendidih.
Tengok tu, keropok lekorku dah terapung - maksudnya dah masak lah tu. Boleh angkat dan toskan...
Hasil selepas direbus..
Kemudian potonglah ikut suka (tak nak potong pun takpe) dan goreng.
Taraa... keropok lekor made with love @Bradford...
Rasanya ni kali pertama dan kali terakhir kot buat keropok lekor.
Part nak asingkan isi dan tulang ikan tu paling mencabar.
Lama juga duk bergelumang dengan ikan, sampai satu badan berbau makarel...
Maklumlah, tukang masak yang masih tak berapa nak pro lagi.
Masih lagi belajar selok belok kat dapur.
Nak asingkan isi dan tulang pun ambil masa berejam...
Gelakkan kita ler tu... tak baik tau!

NuKilaN:
 

19 comments:

  1. Kalau rajin, mesti boleh jadi kan? :)

    ReplyDelete
  2. hihih rajin akak buat kepok lekor..imm dulu dok jepun pun kali pertama n terakhir bt kepok sendiri..leceh part siang ikan tu la..hahaah

    ReplyDelete
  3. biras akak dok bisness keropok lekor ni..so akak tak pernah buat la..nak makan..kring kring ja kat dia hehe

    ReplyDelete
  4. ok la tu dah boleh buat keropok lekor..akak ni tak penah buat pun tau..makan je tau..hehehe

    ReplyDelete
  5. kalu dh teringin kan kak kene lah bt... kang teringat2 lak.... tp tang nk asingkan tulang ngn daging ikan tu dana pun surendder kot

    tp msti masa mkn tu bersungguh2 takmo membzr al maklum membuatnya ssh

    ReplyDelete
  6. Alhmdlh dpt gak merasa wpon d sana yer ;)

    ReplyDelete
  7. xper Nur, belajar pelan2, balik nanti senang sebab dah mahir, boleh buka beberapa cawangan ala2 keropok losong gitu..

    ReplyDelete
  8. wah nur hebat tu! saya yg dok malaysia nipun mmg tak pernah nak buat.sebab main beli je.padahal fav tu!

    ReplyDelete
  9. Sedapnya Nur...kalau pegi Bradford boleh ke nak rasa kepok lekor Bradford ni?;)...

    ReplyDelete
  10. Mak aihhh... terbaikkk..! kepok lekor di Bradford! bukan calang-calang Melayu boleh buat ni.. :))

    ReplyDelete
  11. Wah peberet kami skeluarga.bley dikatakan sy ni hantu kopok leko.pernah buat sndri byk kali tp stuju sgt nk asingkan isi ikan bsajak sket.punya renyah,amik masa lama,bab mkn skali ngap je abes.haha

    ReplyDelete
  12. ahhem... hari tu kan... kita pandai2 pakai fish fillet ikan apa tah (konon bijak la) sebab tu la nak asingkan tulang ngan isi tu I tau mmg gagal I bab ni hahaha. sekali dah uli2 goreng tak rasa keropok langsung hahahaha.
    agak2 filet ikan apa yer yang paling sesuai untuk diguna untuk keropok ni? rindu la nak makan.

    ReplyDelete
  13. sy dah lama cari resipi keropok lekor..
    mmg suka mkn keropok lekor dari zaman kecik2 lagi...ehehehe...
    lepas nie boleh cuba buat sendiri.. thanks sudi kongsi resipi :)

    ReplyDelete
  14. Haha.. kali pertama dan terakhir? Ala cubalah lagi beberapa kali lepas ni. Sedap dah tu.. kalau emnjadi bila buat kali pertama pasti lain kali menjadi lagi sedap..hihi. tapi ada ke orang jual ikan yang dah asingkan tulangnya..adoi..saya pun malas bila dgr macam tu

    ReplyDelete
  15. saya tak gelak sebab saya pun sama...hehe
    saya ni bab ke dapur pun hampeh
    lagilah buat keropok lekor
    pernah dulu tolong mak, azab wei! ni nak buat sendiri? memang tak lah jawab nyer...hehe
    tapi nampak sedap tu

    ReplyDelete
  16. Dan dan ni rasa nak gi Terengganu nak cari kopok leko tau bila tengok leko awak ni Bijen.....sedap tak leko guna Makerel mesti tak seumpph guna ikan tamban ek.....

    Dulu mssa gi Terengganu rasa menyesal tak makan puas Bijen....nak gi lagilah Terengganu

    ReplyDelete
  17. Arrghhhh....terus jadi malas! Dengar Nur kata inilah pertama dan terakhir, makanya saya tak rasa nak buat. Mesti siksa. Hahaha.... Saya nak yang quick and easy je. Itupun selalunya malas juga. Tapikan bila cerita pasal keropok lekor ni tetiba saya rasa menyesal kenapalah saya tak borong keropok lekor dah siap goreng kat pasar malam semalam......Arghhhhhhh.....kempunan pulak! Nak cari batu belah batu bertangkuplah!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails