Di UoB ni, majlis konvocation diadakan dua kali setahun.
Sidang pertama bulan Julai (summer graduation) dan sesi kedua bulan Disember (winter graduation).
Jadi hari Khamis dan Jumaat lepas diadakan graduation ceremonies untuk Winter Graduation.
Ada beberapa kawan yang sepatutnya menghadiri konvo ni.
Tapi bila dah balik M'sia atau berada di luar kawasan Bradford, agak susah juga nak menghadirinya.
Pagi Khamis lepas, saya meraikan seorang kawan yang menghadiri konvokesyen tersebut.
Juga diberikan kepercayaan untuk jaga dua orang budak comel ni...
Jadi saya bawa mereka berdua ke pejabat semasa majlis graduation berlangsung...
Yang si kecil pula tolong saya taipkan tesis...
Bila nampak majlis dah nak selesai, kami menunggu di kawasan berhampiran dewan.
Khaleef sempat lagi posing melentok...
Tak lama kemudian, kelibat rakan yang dinanti kelihatan.....
Tengok jer ibu dia, terus merengek macam kena cubit....
Apa lagi, minta didukung ler tu....
Pandai betul Khalef ni dera ibu dia...
Tahniah kak..
Tumpang rasa happy dan bahagia tengok akak konvo.
Meh, kita sama2 buat PhD pulak :)
Harapnya tahun depan dapat naik stage dulu sebelum balik M'sia...
Insya Allah... amin amin amin!
Doakan kejayaan saya yer kawan-kawan :)
NuKilaN:
good luck kak nur.. yakin boleh!!
ReplyDeletetahniah utk kawan Nur tu ya..:)
ReplyDeletego go caiyok....tesis dah sbumit ker...hehehe
ReplyDeleteSikit lagi Baini... Ambil aura dulu... InsyaaAllah yours will be soon...Good luck!!
ReplyDeletewaah seronok je nengk org konvo..nak tunggu ank konvo lambat lg.
ReplyDeletexsabar gak nak tunggu nur konvo nt..hehe
Tahniah buat rakan..
ReplyDeleteInsya Allah pastinya Nur boleh..
Salam Nur,
ReplyDeleteSeronoknya tengok orang konvo! Teringat zaman Mak Aji dulu, teruja habis! Insya-Allah sampailah nanti giliran Nur pula. Time tu kena tayang kasi nampak muka tau!! Janji! Tak acilah asyik tengok muka kecik je! Melihatkan mereka yang belajar setelah beranak pinak Mak Aji teringatkan anak buah Mak Aji yang sedang buat PhD di UTM Skudai sekarang. Anaknya memang terlalu amat manja. Dah setahun lebih kalau minum susu, tak mahu pegang botol sendiri, kena mamanya juga pegang botol! Entah macam manalah mamanya mahu kerja nanti?? Memang Mak Aji tabiklah Nur dan mereka yang seangakatan yang sambung belajar sesudah berkeluarga - memang kena kuatkan semangat!!
ohh jadi baby sitter sekejap la ni.seronoknya tengok orang konvo,apatah lagi kt luar negara.Insyaallah nti tiba giliran puan blog pulak..:)
ReplyDeletehehe...jadi babysitter kejab ye
ReplyDeletecomel diorang
apapun saya doakan moga impian akak terlaksana ye
moga segalanya dipermudahkan =)
inshaAllah...semoga berjaya naik stage nanti ye..
ReplyDeleteAlahai mak pun tumpang gembira ni..... seronok yek Bijen tapi tulah nak belajar malas haha...so jalan penyelesaiannya tumpang happy jerlah cukup.... Ingatkan budak pompuan tadi rupanya lelaki. Biasalah bebudak tgk omak jadi ngengada hihi
ReplyDeleteSAh... hehehehe
ReplyDeleteAmin.. Insya Allah semoga u dapat apa yang dihajatkan. Seronok nyerr tengok pencapaian uols.. respect absolutely. Tumpang bangga ;)
Good luck ye nur... insyaAllah... mesti amik scroll dulu baru balik mesia yea...
ReplyDeleteBanyak kali nampak tajuk pelik jugalah konvo UOB. Setahu saya UOB tu nama bank jerk, rupanya nama universiti di sana *_*
ReplyDeleteTahniah buat kawan Nur yang dah grad tu. Insya Allah, tiba masa nanti Nur pulak naik stage pakai baju konvo lagi sekali. Bolehlah tayang sedozen gambar konvo dalam blog nanti buat tatapan kawan-kawan. Manalah tau ada yang teruja nak sambung belajar tengok gambar konvo orang lainkan...
Tahniah buat kwn nur tu,Insya Allah thn dpn plk giliran nur.....seronoknya,tp sblm seronok tu bykkan cabarannya.
ReplyDelete