Ada beberapa kawasan rendah yang mula dinaiki air.
Rumah kami, Alhamdulillah berada di kawasan yang agak tinggi.
Dugaan kali ini adalah bagi anak-anak yang nak ke sekolah.
Sekolah didirikan di kawasan yang tinggi, tetapi jalan nak ke sekolah yang tenggelam dek air banjir.
Masa ambil anak2 pada hari Rabu lepas, air seperti dalam gambar ni...
Tengok air yang melintas mcm ni, masih lagi boleh redah dengan kenderaan ringan.
Itu pun, dah ada beberapa kereta parents yang hilang no plate/ tercabut no plate semasa meredah air yang melintas.
Pagi Khamis anak2 bersiap untuk ke sekolah seperti biasa.
Dalam pkl 6.30 pagi, saya check Telegram untuk update pasal paras air untuk ke sekolah.
Selepas guru besar memantau jalan untuk ke sekolah, beliau mengumumkan yang sekolah terpaksa bercuti sebab keadaan air yang semakin tinggi.
Kebetulan saya dah ambil cuti untuk hari Khamis.
Jadi hari Khamis tu lepak2 kat rumah aje lah dgn anak2 :)
Esoknya hari Jumaat, ada parent yang rajin meninjau situasi banjir dan hantar gambar ni.

Dengan caption berbunyi, "Pokok2 pun dah pakai plate kereta"...
Hari Sabtu tu duk tunggu juga update samada hari Ahad sekolah atau sekolah masih bercuti.
Dalam pkl 6.30 petang guru besar buat pengumuman, "Sekolah akan berjalan seperti biasa pada hari Ahad. Pelajar akan diangkut dengan 4WD ke sekolah antara jam 7.15 - 8.00 pagi. Juga 3.30 hingga 4.30 petang."
Pelajar juga dibenarkan memakai pakaian sukan untuk memudahkan pergerakan.
Dapat berita tersebut, saya terus beritahu anak2.
Makin eksaited pula mereka nak ke sekolah.
Mcm mana la, naik 4WD tu utk ke sekolah??
Dengan caption, "Alhamdulillah, ramai yang hadir hari ni".
Anak-anak juga sangat eksaited dengan pengalaman baru pada hari ini.
Apa2 pun, tahniah kepada pihak sekolah yang bersusah payah untuk membolehkan anak-anak ke sekolah.
Usaha dari semua pihak bagi melancarkan pergerakan anak2 dan staff ke sekolah sangat dikagumi. Saya sangat terharu dengan hubungan kekeluargaan yang ditunjukkan oleh semua peringkat warga sekolah.
Semoga Allah membalas dengan kebaikan atas kasih sayang ini :)
Sumber gambar: Ehsan dari parent dan guru2 dari Telegram dan WhatApps :)

banyak2 bersabar menghadapi musibah..yg tiap tahun pasti dihadapi..
ReplyDeleteOOO..patutla pagi td sy tgk ramai ibubapa yg tunggu depan tu...sy g kje pun lalu jalan depan tu jgk
ReplyDeleteMudah2an banjir segera surut.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah makin surut..
ReplyDeleteAnak2 sukalah dengan situasi ni, pengalaman bagi mereka.
semoga banjir di terengganu dan kelantan cepat surut
ReplyDeleteTiap2 tahun pantai timur menghadapi banjir kan Nur..
ReplyDeletePengalaman buat anak2 Nur tu 😊
hihi lawaklah pulak ....pokok pun pandai pakai plate no.
ReplyDeleteAlahai bersimpati dengan kawasan yg dinaiki air. Nak membasuh rumah selepas banjir tu mencabar jugakkan Bijen