Wednesday, January 25, 2012

sambungan post lepas

Baru ada idea nak menulis. Bukannya sibuk sangat pun, tapi mood nak menulis tu zero. Entah kenapa tangan tak rancak menaip bila di depan laptop. Pengaruh suhu yang sangat sejuk kot.... ngeeee!

Sambung kisah di airport Amsterdam. Lepas solat subuh, saya lagi sekali ke Information Counter untuk confirm gate mana yang nak kena masuk. Masa tu dalam pukul 7.30 pagi. Penerbangan kami ke Bradford adalah pada pukul 9.30 pagi. Petugas menunjukkan laluan yang perlu kami ikuti dan menyarankan kami tunggu di lobi airport dulu sebelum proceed ke gate tersebut. Hanya sejam setengah sebelum penerbangan baru kami dibenarkan masuk ke gate tersebut. Maka kami lepak sambil makan-makan bekalan yang dibawa di lobby airport.

Dalam pukul lapan lebih, kami terus gerak ke gate yang dimaksudkan. Untuk check in, petugas kauter memeriksa tiket dan visa kami sekeluarga. Bila masuk ke ruangan menunggu, rupanya ia bukan sahaja ruangan menunggu untuk ke Bradford tetapi ia menempatkan beberapa penerbangan ke UK. Kena rujuk skrin yang dipaparkan untuk memastikan kami menunggu di tempat yang betul.

Daripada ruang menunggu ke pesawat, kami dibawa menaiki bas. Sekali lagi, ia adalah pengalaman pertama anak-anak menaiki bas. Bukan main seronok lagi mereka dapat naik bas. Aisyah pula bukan banyak soalan yang keluar dari mulutnya.

Turun dari bas, orang ramai dah beratur untuk menaiki pesawat. Disebabkan saya membawa anak kecil, kami diberi keutamaan untuk menaiki pesawat terlebih dahulu. Duduk jer tempat seat, danish terus menyusu dan tidur hinggalah sampai ke Bradford. Semua anak-anak tertidur kepenatan di dalam flight.

Dalam 50 minit penerbangan, kami selamat tiba di Leeds-Bradford airport. Kami keluar dari pesawat dan beratur di barisan untuk check imigresen. Sedang kami beratur, salah seorang pegawai imigresen membuat semakan samada kami dah isi borang yang disediakan atau belum. Saya memang tak tahu yang kena isi borang. Maka kami diarahkan untuk mengisi borang tersebut.

Kami berlima, maka kami kena isi lima borang. Pegawai imigresen tersebut banyak membantu kami untuk megisi borang. Sampai satu part, iaitu bahagian alamat, saya cuba cari alamat kawan di Bradford tapi kertas tersebut memang tak de dalam fail yang dibawa. Maka saya teringat yang saya tulis alamat tersebut di kotak barang. Pegawai tersebut terus berlari bahagian bagasi dan menolong kami menulis alamat tersebut. Dengan tercungap-cungap, dia menyerah alamat kami kepada pegawai yang bertugas. Saya sungguh terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh pegawai berkenaan.

Selesai serba sedikit sesi soal jawab, kami dibenarkan untuk keluar dari airport. Masa tu hanya tinggal barang-barang kami sahaja di bahagian bagasi. Alhamdulillah, sangat lega bila semua barang (iaitu 7 kotak dan 2 beg) selamat sampai. Untuk menggunakan troli di airport, kami memerlukan duit syiling satu pound. Sekali lagi pegawai tadi membantu kami menyewakan troli di airport dan menunjukkan jalan untuk keluar dari airport.

Beberapa minit kemudian, pelajar Malaysia yang datang menjemput kami pun sampai. Lupa nak kira berapa orang tetapi mereka sangat ramai. Rasanya hampir 10 orang yang kesemuanya lelaki. Kemudian kami dibawa ke rumah salah seorang pelajar di sini yang saya kenali sebagai Kak Nor. Kami dijamu dengan nasi ayam dan mee bandung. Fuhh, langsung tak rasa seperti berada di negara orang. Lepas makan dan solat, kami dibawa ke rumah yang bakal disewa.

Temujanji dengan tuan rumah pukul 1.30 petang. Semasa kami sampai, landlord belum ada. Beberapa minit kemudian, landord pun sampai. Landlord adalah orang pakistan. Keadaan rumah boleh dikatakan baik. Rumah teres tiga tingkat, empat bilik tidur dengan satu bilik air. Harga sewa 380 GBP sebulan. Masa tu juga saya terus tandatangan kontrak selama 3 bulan. Ia adalah tempoh paling minima.

Selesai tandatangan perjanjian dan deal apa yang patut dengan landlord, kami berkenalan dengan pelajar2 malaysia yang belajar di sini. Mereka banyak menolong apa yang patut. Mereka tolong sediakan check list untuk rumah baru dan keluar bersama suami untuk membeli apa yang patut. Alhamdulillah, ramai yang datang membantu. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian :)

NuKilaN:
 

5 comments:

  1. wahh..besnyaa..xkekok ramai malaysian..n k airport pun bunyinya mudah je..alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. syukur.. kita bersatu walau di mana sahaja

    ReplyDelete
  3. syukur.. ade jugak org m'sia kan k.nur...

    Haza dah berapa hari xboleh masuk blog akak.. ade malware detected, ni haza gembel jek..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah ramai membantu... tv dh pasang blum?

    ReplyDelete
  5. Imaan09: betul tu, xde la kekok sgt :)

    kak tini: Alhamdulillah, lega bila ramai yg sudi menolong :)

    Haza: Aik, blog akak kena hack ke? Mcm mana nak overcome masalah mcm ni?

    fadilah: Tu la, rasa kelakar pun ada... dia org duk sibuk uruskan sana sini... saya mmg tak boleh nak pikir apa pun time tu sebab sibuk.. yg best siap bawak makanan sekali.... ekekekek

    hari ni baru pasang TV...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails