Monday, August 21, 2017

Kematian ibu bersalin

Perkongsian menarik bagi kawan2 yg mengandung diumur melebihi 35 tahun...
Jadi bila doktor beri saranan selepas bersalin, mommies ada justifikasi yang bagus untuk terima/tolak heparin.
Baca dan hadam sampai habis tau :)


Hari ini saya berbincang dengan pakar-pakar O&G dari negeri-negeri lain di Malaysia, dan juga Ustaz di PPUM tentang kematian ibu-ibu bersalin. 

Setiap tahun, di Malaysia, seramai 13 atau 14 ibu bersalin meninggal dunia disebabkan darah beku di dalam saluran darah paru-paru (pulmonary embolism). 

Dalam 100 kematian ibu bersalin di Malaysia, 60 adalah disebabkan oleh pulmonary embolism. 

Risiko kematian ibu Melayu adalah lebih tinggi daripada ibu lain. 

Kadar Kematian ibu Melayu disebabkan pulmonary embolism adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada kematian ibu di Eropah. 

Kadar Kematian ibu Melayu disebabkan pulmonary embolism adalah lebih tinggi daripada kematian ibu dari kaum yang lain di Malaysia. 

7 dalam 10 (73%) daripada kematian ibu disebabkan pulmonary embolism ini berlaku selepas bersalin dan hanya 3 dalam 10 berlaku sebelum bersalin.

9 dalam 10 (90%) daripada kematian ibu disebabkan pulmonary embolism ini berlaku selepas pembedahan Caesarean section, selepas pulang ke rumah. Di negara United Kingdom, 5 dalam 10 (50%) daripada kematian ibu yang disebabkan pulmonary embolism berlaku selepas Caesarean section. Lihatlah perbezaannya di UK dan di Malaysia.
.

Kenapa ibu yang hamil dan baru bersalin mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada wanita yang tidak hamil?

Pertama sekali, semua ibu patut tahu yang kepekatan darah akan meningkat di dalam saluran darah ibu yang hamil, sebab hormon ibu yang hamil akan merangsangkan badan membuat lebih protein yang memekatkan darah. Tujuannya memekatkan darah ialah untuk melindungi ibu bersalin daripada pertumpahan darah yang berlebihan selepas bersalin. 

Kepekatan darah inilah puncanya kenapa risiko ibu yang hamil mendapat pembekuan darah menjadi 6 kali ganda lebih tinggi daripada wanita yang tidak hamil. Selepas bersalin kepekatan darah ini masih tinggi pada 6 minggu berpantang. 

Masalah mendapat pembekuan darah ini adalah 5 kali ganda lebih tinggi selepas bersalin bila dibandingkan dengan sebelum bersalin. Terdapat perubahan kandungan air dari dalam saluran darah selepas bersalin yang menyebabkan darah menjadi lebih pekat. Risiko yang paling tinggi sekali ialah pada tiga minggu pertama selepas bersalin. 

Ada beberapa perkara lain yang juga menyebabkan risiko darah beku menjadi lebih tinggi lagi: 
1. Usia ibu yang semakin tua (>35 tahun)
2. Berat badan yang obese
3. Merokok
4. Kehamilan kembar 
5. Terdapatnya masalah yang lain (seperti pre-eclampsia, penyakit jantung lemah)
6. Kekurangan pergerakan badan (seperti selepas pembedahan Caesarean)
7. Kekurangan meminum air (dehydration)
8. Ketumpahan darah yang berlebihan semasa bersalin

.

Apakah tanda-tandanya bila terdapat pembekuan darah di dalam saluran darah di dalam paru-paru (pulmonary embolism)
1. Pernafasan terganggu atau sesak nafas 
2. Nadi denyutan jantung ibu menjadi lebih laju daripada biasa 
3. Suhu badan mungkin naik 
4. Batuk darah 

Pembekuan darah di dalam saluran darah mengganggu pengaliran darah ke paru-paru dan menghalang kemasukan oxigen yang secukupnya ke dalam darah. Tekanan darah di dalam paru-paru menjadi tinggi dan meninggikan beban ke atas jantung di sebelah kanan. Ini boleh menyebabkan air masuk ke dalam paru-paru dan kematian secara mengejut. 

.

Bagaimanakah kita hendak mengelakkan pulmonary embolism?

1. Menjaga berat badan. Biasakan diri dengan cara hidup yang sihat dan menurunkan berat badan yang berlebihan sebelum hamil.
2. Semasa hamil, bersenam 20-30 minit setiap hari untuk mengawal kenaikan berat badan. 
3. Berhenti merokok
4. Elakkan pembedahan Caesarean section jika tidak diperlukan  
5. Jika terpaksa menjalani pembedahan Caesarean section - Doktor akan memberi suntikan untuk mencairkan darah sekali sehari untuk 7 hari, sebagai ubat pencegah kemudaratan pulmonary embolism.
6. Minum air yang secukupnya selepas bersalin, terutamanya ibu yang menyusukan bayi (Keperluannya ialah 3L sehari / 12-13 gelas sehari), walaupun di dalam pantang. 
7. Berjalan-jalan selepas bersalin untuk membantu pengaliran darah walaupun di dalam pantang. 

.

Mengapakah terdapat kelebihan kematian ibu dari kaum Melayu bila dibandingkan dengan kaum yang lain? 

Tidak ada jawapan atau bukti yang kukuh. Mungkin lebih ramai ibu yang obese. Mungkin lebih ramai yang mengamal pantang yang tidak membenarkan ibu meminum secukupnya, atau berjalan-jalan (walaupun di dalam rumah). 

Mungkin kerana khuatir yang ubat suntikan pencair darah seperti clexane itu berunsur khinzir, dan adakah ibu-ibu tidak mengikut nasihat Doktor dan tidak mengambil suntikan clexane? 

Saya akan memberi penjelasan daripada Ustaz, kenapa diharuskan mengambil clexane walaupun ia berunsur khinzir.

1. Tidak ada ubat lain yang tidak berunsur khinzir yang lebih baik daripada clexane 
2. Ubat suntikan heparin tidak memberi kebersanan yang setanding dengan clexane terutama bagi ibu yang berat badan melebihi 90kg. 
3. Ubat fondaparinux pula sangat mahal dan ramai ibu tidak mampu. Ia boleh memasuki susu badan dan bayi yang menyusu boleh mendapat dose yang sedikit.

Saya harap keterangan ini jelas, supaya ibu-ibu tidak lagi khuatir tentang penggunaan ubat suntikan pencair darah clexane untuk mencegah penyakit yang boleh menyebabkan kematian ibu bersalin. Jika ibu mendapat masalah pembekuan darah semasa hamil, rawatan yang terbaik jugalah clexane atau ubat yang sejenis dengannya low molecular weight heparin seperti deltaparin, enoxaparin dan tinzaparin. 

Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-Fatihah kepada kesemua ibu-ibu yang telah meninggalkan kita. Semoga kita sama-sama berusaha untuk mencegah venous thromboembolism dan pulmonary embolism dengan menyampaikan ilmu pengetahuan. 

Prof Dr Imelda,
Pakar perunding maternal dan fetal medicine,
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.

Sumber:
Facebook Prof Dr Imelda

Nota ummi,
Masa lahirkan Aina, saya juga disarankan untuk ambil suntikan heparin ni sebab:
1. Umur lebih 35 tahun
2. Kelahiran anak yang ke-4
Tapi saya buat keputusan untuk tak ambil. Sebab saya melahirkan untuk normal. Saya rasa masih mampu untuk bergerak cergas selepas bersalin.

Orang kata (ada kawan2 saya yg ambil), sakit suntikan ni.
Satu badan rasa kebas.
Dan masa tu, saya belum tahu yang suntikan heparin rupanya ada unsur khinzir... huhuhu

3 comments:

  1. lahai... bila dh tau mmg kita kalau boleh takmo lah kan kene suntikan tuh....

    ReplyDelete
  2. Hah! That's whylah! That's whylah I tell you... cukuplah dua anak aje. Umur dah lanjut. Takda anak pakai hairband pink kaler pun takpa dah. Kesihatan harus dijaga, maklumlah kalau dah tua, sakit pening takda siapa yang kisah kecuali diri sendiri. Hehehe!

    ReplyDelete
  3. Seram pulak baca risiko bersalin C Section ni. 3,3 anak pun bersalin ceaser tp mungkin belum berisiko kot masa tu sebab umur baru 31 tahun masa beranakkan yg bongsu tu...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails