Selepas hampir 7 bulan En Abah tak kerja, hari ni hari pertama En Abah kerja kat uni Bradford. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak En Abah kerja. Saya pun tumpang bahagia walaupun terpaksa siapkan anak-anak ke sekolah tanpa bantuan en Abah.
Sebelum ni tugas saya setiap pagi cuma kejutkan anak-anak, uruskan mandi dan pakaikan baju. En Abah pula pagi-pagi lagi akan bangun untuk siapkan bekal untuk anak-anak (termasuk juga bekal untuk saya sekali) dan sarapan pagi. Biasanya, setiap pagi En Abah akan masak mee atau nasi untuk sarapan. Untuk bekal ke sekolah pula, En Abah akan ambil order dari anak-anak (biasanya burger daging atau roti sapu coklat).
Hari ni, semua tu saya kena buat seorang. Tapi dah janji dengan En Abah - pastikan dapur dah siap kemas sebelum pergi kerja. Lintang pukang jugak untuk hari yang pertama. Bangun pagi terus siapkan breakfast. Belum pun siap sarapan, danish dah bangun - tapi nasib baik dia tak meragam. Saya beri dulu roti kat danish utk sarapan. Irfan pun bangun awal jugak. Saya suruh dia mandi dulu dan saya siapkan bajunya.
Lepas Irfan mandi, kejutkan Aisyah pulak. Biasanya Aisyah susah sikit nak bangun pagi. Tapi hari ni ok pulak. Mungkin Aisyah pun faham. Ummi sorang tak sempat nak layan karenahnya. Irfan jugak kata, "Kesian abe tgk ummi ni, bila abah dah kerja". Saya kata, "Kalau kesian kat ummi, kena la belajar buat sendiri apa yg abe dah pandai... tolong ummi apa yang patut.".
Lepas Irfan dan Aisyah siap berpakaian sekolah, kami sarapan sama-sama. Masa ni baru saya siapkan bekal anak-anak ke sekolah. Lepas sarapan, kami terus jalan ke sekolah sambil menolak danish dalam stroller. Cuaca hari ni pun sangat baik - dah tak hujan macam dua tiga hari lepas.
Harapnya, anak-anak akan terus beri kerjasama yang baik utk hari-hari yang seterusnya. Minggu persekolahan tinggal lagi empat minggu. Lepas tu sekolah mula cuti untuk summer break dan akan dibuka semula pada bulan September 2012.
Cerita gambar:
Diamond Jubilee Lunch kat sekolah
Irfan jadi queen
Aisyah jadi butterfly
NuKilaN:
Nur...nur n family dok kat overseas yer...best nyer....hai bila la ida nak jejak kaki kat sana kan...hihihihi
ReplyDeleteYup, dah 6 bulan kami merantau kat sini :)
ReplyDeleteInsya Allah, mana tahu di masa depan ada rezeki ida boleh jejak ke sini :)
saya pun rasa mcm mimpi lagi datang belajar negara orang ni... huhuhuhu
adoii kak.. dah bertambah beban akak..tapi tumpang gembira suami dapat kerja kt sana.. mujur anak2 dah boleh urus diri sendiri.. semoga dipermudahkan semuanya kak..
ReplyDeletetak de la rasa beban sangat sebab mereka dah pandai berdikari, kena lebih pandai urus masa lepas ni :)
ReplyDelete