Map ni salah satu bahan pembelajaran yang boleh digunakan bersama pen leapfrog. Selain buku-buku leapfrog yang boleh digunakan untuk membaca buku secara interaktif, terdapat juga peta interaktif keluaran leapfrog. Ia juga antara permainan yang anak-anak sangat suka teroka untuk mengisi masa lapang.
Tengok, belum sempat buka uniform sekolah... dah request nak main map. Adik pun join sama
Bila tunjuk ke negara, pen akan menyebut nama negara.
Permulaan yang baik utk mengenal negara di serata dunia.
Si abang menunggu giliran dengan sabar.
Kena pantau untuk mengelakkan adegan berebut pen :)
Adik pun sibuk nak tekan guna tangan sebab tak dapat pen.
Lagi satu yang saya perasan, Irfan rupanya dah boleh baca nama negara.
Setiap kali saya tengok Irfan main kuiz, agak cepat dia dapat cari negara tersebut...
Saya pun kadang2 masih terhegeh2 duk cari negara tapi dia dah boleh jumpa negara yang dimaksudkan... ummi kalah dengan irfan dalam kuiz tu :(
Bukan setakat mereka yang ralit bermain, kadang2 saya juga curi masa untuk mengexplore dunia dengan map interaktif ni. Saya pun belum kenal semua negara di dunia. Dalam masa yang sama, boleh intai negara mana yang boleh jelajah untuk conference nanti :)
NuKilaN:
menariknya..
ReplyDeletetu la, rasa mcm nak jadi kanak2 semula... mcm2 toy ada kat sini, ummi dia org pulak yg rabun mata
ReplyDeletepengetahuan yg berguna untuk pembelajaran anak2x kannn... sure seronok diorang...
ReplyDeleteha ah betul tu sue, kat sini even tujuh tahun dah belajar tentang negara lain... dalam masa yg sama boleh tunjuk betapa jauhnya kami merantau... huhuhuhu
ReplyDelete