Hari ni nak tempek entry Aisyah join Say-It-Right (SIR) competition pula.
Sebenarnya saya saja tanya Aisyah dia nak join tak SIR competition tu.
Tak sangka dia kata. "Nak!"
Dalam hati saya tertanya tanya juga.. mampu ke Aisyah bercakap bila berada di atas stage.
Maklum aje la, dia ni jenis pemalu and agak susah nak cakap bila depan strangers.
Walau hakikatnya, kat rumah dia sangat suka bercakap.
Jadi daftarkan juga Aisyah.
Tapi dia berpasangan dengan kawannya, Balqis.
Balqis dan Aisyah ni satu sekolah, tapi Balqis dah darjah 4.
Jadi mereka join kategori umur 9 dan 10 tahun.
Masa ni duk tunggu giliran.
Pertandingan dimulakan dengan kategori 5 dan 6 tahun dahulu.
Macam2 karenah comel boleh tengok tu.
Comel jer budak2 kecil beraksi atas pentas dengan pelbagai telatah.
Yang kelakar, ada satu pasangan budak lelaki yang tarik telinga pasangannya bila kawannya tak nak jawab bila tiba gilirannya.
Satu dewan gelak tengok telatah mereka.
Giliran Aisyah dan Balqis pula kena yang akhir sekali.
Jadi Danish pun sempat melihat kakak beraksi atas pentas.
Ni pasangan dari kategori 9 dan 10 tahun jugak...
The judges...
Bila dah sampai giliran, saya yang makin nerbes bila tengok Aisyah dah mula melangkah ke atas pentas...
Urusetia membetulkan microfon...
Lepas semua microfon berfungsi dengan baik, pertandingan dimulakan.
Mula-mula speaker berkenalan dulu dengan peserta.
Kemudian satu perkataan diberikan kepada setiap peserta untuk disebut dengan jelas.
Bila semua dah ok, pertandingan dimulakan dengan menyebut perkataan yang dipaparkan pada skrin,
Mereka kena sebut 10 perkataan yang berlainan.
Tak sampai seminit, dah selesai mereka sebut 10 perkataan tersebut.
Overall, they did it very well.
Dengan penuh confident dan sebutan yang jelas.
Tapi mungkin rezeki belum menyebelahi mereka.
Tak pe Aisyah, kita cuba lagi tahun depan :)
Lumayan tau hadiah utk tempat pertama SIR ni.
Dapat wang tunai RM600.
Bergambar dulu dgn sijil masing2...
Walau tak dapat menang sebarang hadiah, dapat juga sijil penyertaan dan yang paling berharga adalah PENGALAMAN.
NuKilaN:
Percubaan yg baik ni Nur
ReplyDeleteKalau anak kakak dulu memang mereka masuk apa pun pertandingan misi utama nak pengalaman dan sijil. Kalau menang itu bonus. Jadi masa nak apply mana-mana institusi sambung belajar semua sijil itulah yg di attached kan.
Good trial Aisyah! Auntie bangga:)
Alhamdulillah... Tahniah Aisyah..yg penting dapat pupuk keyakinan diri bila berada di hadapan org ramai.. tahun2 depan boleh cuba lagi..
ReplyDeleteAisyah kalah? Ish, macam tak percaya pulak...
ReplyDeleteTakpalah, kalah pun kalahlah. Adat pertandingan dan mungkin bukan rezeki mereka dua beradik. Yang penting, pengalaman tu dah ada. Next time boleh buat dengan lebih baik lagi. Ini baru warm uplah yerk ^_^
Tahniah, percubaan yang baik..bukan semua orang boleh ke depan..
ReplyDeletetahniah Aisyah... lps ni mana tau blh sertai SIR yg kuar kt tv tuh...
ReplyDeleteWell done Aisyah. Berani tampil ke hadapan itu dah cukup baik untuk dijadikan sebagai PENGALAMAN. Your mom is right! Teruskan berusaha yaaa...InshaALLAH..pasti berjaya.
ReplyDeleteTahniah buat Aisyah. Insyallah akan datang ada lagi boleh cuba. Dapat pengalaman tu yang best.
ReplyDeleteTak pe ni first time kan...maybe next time boleh menang....experience tu berharga sangat
ReplyDeleteTak pe ni first time kan...maybe next time boleh menang....experience tu berharga sangat
ReplyDeleteBagus.
ReplyDeleteBagus.
ReplyDeletewuihhhh..... Aunty pulak yang seram Aisyah .Aunty ni tak habis habis seramnya. Asal masuk pertandingan je seram. Kira Aisyah ni jenis confident jugak ye Bijen. Tahniah untuk korang berdua ye....
ReplyDelete