Monday, April 2, 2012

Year Two

Hari ni nak cerita kisah sekolah Irfan. Kalau kat Malaysia, Irfan darjah satu, tapi kat sini irfan dan masuk Year Two. Alhamdulillah, Irfan dah semakin seronok ke sekolah.

Saya selalu terfikir, macam mana la keadaan Irfan kat sekolah. Dah la saya tak pernah ajar dia bercakap dalam English. Sekali kena belajar dalam bahasa Inggeris dan bergaul dengan kawan2 dalam bahasa Inggeris. Kemudian saya membuat andaian, mungkin Irfan dah boleh faham apa yang orang cakap cuma tak tahu mcm mana nak relpy in English. Sekarang ni Irfan dah boleh dan suka layan movie dan kartun dalam English.

Kadang-kadang bila balik sekolah, Irfan akan tunjukkan stiker berbentuk star yang dapat dari sekolah. Kebanyakannya adalah hasil kreativiti Irfan kat sekolah. Selain stiker, selalu juga Irfan bawa kad dari sekolah mcm ni.


Walaupun Irfan belum pandai berbahasa in English, tapi cikgu kat sini tetap beri pujian dalam bab lain seperti melukis. Sebab tu anak-anak sangat seronok ke sekolah. Saya pun turut rasa lega sebab anak-anak dapat membiasakan diri di negara orang. Lagi satu yang saya suka dengan sekolah kat sini - tak de homework. Saya pun suka, anak-anak lagi seronok sbb tak perlu buat homework :)

NuKilaN:
 

4 comments:

  1. sistem pembelajaran di luar negara mmg x sama dgn negara kita kn kak?
    diorg tak bebankan budak dgn homework & buku2 yg byk ke sekolah. klau kt sini, sudahlah terpaksa bawa buku yg byk, sampaikn beg sekolah lg besar dr budak tu. kerja rumah pn melambak cikgu beri. belum msuk tekanan pd si anak. blk dr belajar sek, kena hadir fardhu ain, itu takpelah..pstu habis fardhu ain, mengaji plk kt rmh org. mlm kdg ada kelas tuisyenlah, itulah..inilah..kesian sy tgk bdk2 skrg. tertekan & xde masa utk diri sendiri. release kan tension..

    ReplyDelete
  2. a ah, betul tu Ummi ummair.... kekadang rasa nak sekolah balik bila tgk dia org langsung x stress pergi sekolah... ummi dia pulak yg selalu stress belajar kat sini.... huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. ouh..ye ke..?klu kt cni..mcm nk patah tgn buat homework..

    ReplyDelete
  4. yup, mmg sangat berbeza... not exam based oriented.. mereka nilai pelajar dari semua aspects termasuk arts :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails