Friday, April 20, 2012

2 tahun 2 bulan - bercerai susu!

Danish dah masuk 26 bulan. Kalau sebelum ni danish allergic dengan susu lembu, tapi sekarang alhamdulillah, dia dah boleh telan makanan yang berasaskan susu lembu macam coklat dan keju. Dah tak ada masalah!

Kat sini pun saya dah ajar danish minum susu segar. Nasib baik susu segar kat sini murah dan sangat sedap. Dalam beberapa hari lepas, saya baru perkenalkan danish dengan botol susu. Dah lama danish tak minum susu dalam botol. Memang danish nampak kekok minum susu dalam botol. Dia macam keliru mcm mana nak hisap dan dalam masa yang sama nak kena telan susu yang bertakung dalam mulut. Sangat kelakar!
Tengok tu, cara lekapan pun dah salah :)

Tapi biasanya danish akan menyusu badan apabila malam sahaja. Siang hari dia ralit bermain dan jika dia minta sekalipun, saya akan tawarkan susu segar sahaja. Alhamdulillah, danish tidak membantah. Saya selalu ulang macam ni, "Adik dah besar, dah tak boleh minum susu ummi tau!" - semenjak usia danish mencecah 2 thn. Dalam sehari, dua tiga kali saya ulang benda yang sama. Saja nak psiko danish supaya nanti senang nak ceraikan susu.

Dan sekarang, apabila datang bulan, nipple agak terasa sakit apabila danish menyusu.  Saya fikir, mungkin dah sampai masanya untuk danish berhenti menyusu badan. Danish pun dah seakan mentally prepared utk wean-off. Jika danish minta menyusu sebelum tidur, saya akan ulang ayat yang sama.

Untuk malam yang pertama, danish menangis bila saya kata dia tak boleh minum susu ummi. Danish menangis, tapi menangis sekejap jer. Bila saya peluk danish dan letakkan muka danish di dada, dia terus tidur. Saya lega!

Malam kedua, saya ulang ayat yang sama. Danish dah tak menangis tapi ada sedikit raut sedih dimukanya. Cepat-cepat saya peluk danish dan lekapkan mukanya di dada. Sekali lagi danish tidur dalam dakapan saya.

Malam ketiga, danish minta lagi nak susu. Saya tak terus tolak, tapi cuba gantikan dengan susu segar. Danish setuju dan tak sempat pun susu habis, danish dah tidur. Dan untuk malam malam yang seterusnya, danish minta susu dan saya gantikan dengan segar sebelum tidur. Alhamdulillah, misi menceraikan susu untuk danish berjalan lancar.

Tamatlah perjalanan menyusu saya buat anak yang ketiga, Ahmad Danish. Tempoh menyusu yang paling lama jika dibandingkan dengan si abang dan si kakak. Terima kasih Ya Allah, akhirnya saya berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun 2 bulan. 
Danish yang dah besar :)


NuKilaN:
 

9 comments:

  1. danish good boy:)
    bijaknya ikut ckp ummi tak mo nenen....:)

    ReplyDelete
  2. wah bagusnyer danish... dengar cakap umi dia...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, danish dengar kata, kesan dari duk psiko dia hari-hari kot :)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah, danish mudah faham... suka la tu dah jadi big boy :)

      Delete
  5. hurmm kalau baca apa yg nur tulis ni, anis nampak danish memang mudah dipujuk dan mendengar kata. Firas pulak kalau tak bagi dia mengamuk sakan. Sekarang ni baru guna pendekatan macam nur tu, cakap firas dah besar, dah tak boleh hisap susu mama. Tak tahulah dia paham ke tidak, senyummm jer, tapi sudahnya selak jugak baju mama hoho. mungkin jugak mama dia yang tak kuat semangat. Tak cekal hati. Bila tengok anak nangis, akhirnya mengalah...hurmmm mama pun kena mentally prepared rasanya kan. satu lagi lepas anak nur wean off, susu tak bengkak ker? ini yg merisaukan mama firas. kalau lama skit firas tak hisap, selalunya anis akan bengkak susu....ohhh ngerii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena bengkak susu juga lepas tu Anis... Tapi lagi sekali kena pujuk dia utk kosongkan B yg tengah membengkak tu dgn syarat itu kali terakhir dia kena menyusu sbb dah tak tahan sangat menanggung sakit... Danish setuju dan lepas tu dia menyusu hingga kenyang... nampak dia sgt puas hati dann kita pun terus lega sebab B dah tak bengkak... Alhamdulillah, lepas tu dah tak bengkak...

      Delete

Related Posts with Thumbnails