Friday, October 11, 2013

Baru perasan...

... yang konsep nursery kat Bradford ni lain dengan konsep nursery kat M'sia bila Okje tanya soalan ni.... "Sebelum ni Danish dengan sapa kat umah Bijen?".

Kalau kat M'sia, letak anak kat nursery bila mak ayah pergi kerja. Teringat dulu, kecil2 lagi dah letak Aisyah kat nursery. Sebelum pergi kerja, hantar anak-anak ke nursery. Balik sebelah petang, baru ambil anak-anak  dari nursery. Maka konsepnya lebih kepada penjagaan anak-anak semasa ibu bapa kluar bekerja :)

Konsep nursery kat sini lebih kepada pendidikan awal untuk kanak-kanak seawal usia 3 tahun. Saya pernah buat entry pasal Early Education awal tahun hari tu masa daftarkan Danish ke nursery.

Danish sibuk memasak di nursery
Tak lama pun Danish kat nusery, dua jam setengah sehari utk lima hari weekdays. Dalam tempoh tu, boleh Danish belajar bergaul dengan kawan-kawan sebaya. Yang paling penting, semuanya adalah percuma. Saya tak bayar satu pence pun utk kos nursery, cume keluarkan belanja utk beli uniform nursery. Tu pun tak sampai 10 pound. Jumper recycle yang kakak punya :)

Sebelum niabah la yg jaga Danish. Daripada dia duk layan game/video aje kat rumah, ada juga faedahnya bila Danish pergi nursery :)

NuKilaN:
 

24 comments:

  1. Betul nursery di sana more to earlu education for kids.
    Dekat sini sampai kena engage bibik... dah tu macam-macam kes jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 bila baca kisah kat nursery dan bibik ni, selalu doa minta jauh la benda2 mcm tu... huhuhu

      Delete
  2. bagus lah konsep nursery kt sana kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? nursery pun penuh dgn mainan jer

      Delete
  3. Kan... sejak JJ ke KITA ni jugak I duk perhati baby kecik pun dah mula belajar, takder la akademik tapi banyak aktiviti depa buat. JJ pun dah pandai banyak benda skang ni. Someone asked me also macam tak menyusahkan cikgu sana ker kecik2 dah hantar nak kena tukar pampers semua kan, I dont think so, actual fee untuk JJ monthly sebenarnya 600euro++ tapi gov subsidi banyak so kami bayar 40euro++ jer. Ok la kan, 7 jam pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lamanya masa JJ kat KITA... but good for her development... boleh belajar bersosial dan berdikari... kalau nursery swasta kat sini pun, boleh tahan juga bayanrranya dan kadar bayaran pula mengikut jam... mmg tak mampu... tu bila dapat yg free, rasa rugi pula kalau tak ambil peluang :)

      Delete
  4. Saya pun dok terpikir bz konsep mrk ngan yg kat malaysia..actually i like thier concept, bolehlah mendedahkan anak2 dgn simple learning pd early age kan..at least boleh jugak bermain ngan rakan sebaya..kalau ade kat sini sure sy pun nak hantar si aidan tuh..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul sgt tu UA....
      kagum pun ada dgn cikgu2 yang sabar layan karenah anak2 kecil ni...

      Delete
  5. wah! maksudnya nursery kat sana free lah ye Nur... just beli baju je..bagus nya.. klu kt sini pun mcm tu alangkah bahagianya ibu bapa...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, 100% free... rasa nak bawa balik nursery ni ke M'sia.... ekekeke

      Delete
  6. seronoknya akak baca kisah nursery kt sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 saya pun rasa nak join Danish kat nursery... mcm2 mainan ada :)

      Delete
  7. Boleh belajar bersosial Danish tu Nur.. bagus nursery Kat sana free je ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang free tu rasa rugi kalau tak hantar... hihihi

      Delete
  8. Tu la untungnya sekolah kt sini kan..free je n nursery pon montessori. Alhamdulillah..rezeki ank2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... rezeki anak-anak seronok sekolah kat sini.... Alhamdulilah...

      Delete
  9. kalau kt oz panggil kindy (kindergarten). 2-3 hari bergantung pada tempat. selama 3jam. tp akif tak sempat. hehe... kalau kt malaysia, tadika pun ada test.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada test dan ada homework... nursery kat sini mmg main jer semata-mata.... hihihi

      Delete
  10. bagusnya..percuma..kat sini pihak pembangkang konon nya nak bg pendidikan percuma jika memerintah...PTPTN di mansuhkan...tak tau la blh terlaksana atau tidak ...wallahualam...byk negara yang beri pendidikian percuma ni cuma Malaysia belum lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat UK, mmg sampai degree rakyatnya dapat free education... jeles jer rasa.... huhuhu

      Delete
  11. Wah bagusnya konsep nursery kat sana...free gitu.kat sini sy pun mmg hantar anak2 start early education sejak umo 3 tshun juga masing2.tp yurannya mmg menjangkau ribuan setiap bulan memandangkan sy ada 3 kids.plus lg yuran transit sebab kita berkerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg bagus sgt... semua anak-anak diberi peluang yg sama rata jer, tak kira kaya atau miskin....

      Delete
  12. Wahhhh kalau kat Malaysia ni free macam gitu best jugakkan Bijen hehe....
    OKje tanya sebab macam ada terbaca yg abah Danish kerja kat sana... ltu yg OKje tanya tu Bijen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la Okje ni, masih ingat pasal tu... Abah kerja pukul 6 hingga 9 pagi jer... so lepas pukul 9 baru saya pergi sekolah :)

      Delete

Related Posts with Thumbnails