Monday, December 2, 2013

Hasil kerja Danish dari nursery

Bila hantar Danish ke nursery setiap pagi, banyak aktiviti yang disediakan oleh nursery. Kalau sebelum ni Danish lebih prefer untuk main palydoh, tapi lately dia lebih suka melukis, menulis atau mengecat. Yang buat dia lagi suka, hasil2 kerja dia dari nursery boleh bwa balik ke rumah.

Setiap kali dia bawa balik hasil kerja, dengan gembiranya dia akan tunjukkan pada ummi, pada abah, pada kakak dan juga pada abe dengan muka yang sgt eksaited. Bukan main seronokk dia bila kita appreciated hasil kerjanya dari sekolah. Senyum dengan penuh rasa bahagia. Kita pun tumpang bahagia menengoknya.
Hasil kerja Danish sepanjang minggu lepas
Sempat kaler sikit jer...
Kakak kata ni sotong...
Bila tgk pinggan ni, ada drama swasta di nursey nak cari paper plate ni sbb cikgu lupa tulis nama.
Gambar orang yg masih masa dgn hasil sebelum ni...

Alkisahnya, saya yang jemput Danish kat sekolah. Bila dia keluar dengan tangan kosong, jadi saya pun tanya, "Mana kad yg adik buat tadi?". Muka dia terus berubah dan macam nak menangis. Ala, silap tanya soalan pula. Danish mula refuse nak balik dan mengajak saya masuk dalam nursery semula.

Kami pun masuk semula dalam nursery dan cari hasil kerja pelajar yang diletakkan di atas meja. Tapi memang takde kat atas meja tu. Bila cikgu tgk kami sedang mencari, dia pun turut cari sama, tapi memang tak jumpa. Cari dalam kotak pun tak jumpa.

Bila tak jumpa, saya ajak Danish keluar. Bila keluar dari kelas, dia mula menangis. Habis la kali  ni. Saya kenal sgt dengan Danish ni... selagi dia tak puas hati, selagi tu dia akan minta. Jadi saya tanya, "Adik nak cari lagi ke?". Dia mengangguk. Jadi kami masuk dalam kelas semula. Kali ni, habis semua tempat cikgu2 selongkar. Tapi tetap tak jumpa hinggalah salah seorang cikgu memujuk untuk mencarinya lagi esok. Kemudian datang cikgu Danish yg lain bawakan hasil kerja Danish tu. Masa tu, Alhamdulillah, lega saya rasa. Tak tahu pula kat mana cikgu tu simpan :)

Itu la kisah danish berdrama swasta kat nursery. Harapnya dah takde drama macam tu lepas ni :)

26 comments:

  1. danish sayang sgt hasil kerjanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, dah pandai appreciate hasil kerja sendiri :)

      Delete
  2. Wah..tahu Danish nak hargai kerja dia sdiri..bagi dia hasil kerja dia ni dah terbaik..bagus Danish..
    Seronok saya baca ni.. naim belum lagi fasa nak main alat tulis ..kalau bg alat tulis pun dia akan main conteng2 tak lebih 5 min.m

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sbb Danish ada role model… kakak mmg suka sgt tulis menulis.. tu dia pun ikut kakak conteng2…. Lepas Naim sekolah nanti, mama kena selalu standy by alat tulis la utk Naim berkarya :)

      Delete
  3. Dia sayang sangat dengan artwork dia tu...sedih la hilang nasib baik jumpe blk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa dia duk mencari tu, dgn saya pun sedih sekali tgk muka dia… nasib baik saya pun tak berdrama sama.. ekekek

      Delete
  4. Penat2 dia bertungkus lumus buat art, pastu ilang, mau tak nangis. Wedding invitation tu, jemput sotong2 jer atau hidang ketupat sotong? hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, sama ur question dgn soalan Aisyah kat adik dia.. adik nak jemput squid to the party ke? saya tahan perut jer masa dengar soalan tu… mama JJ dengan Aisyah satu kepala :)

      Delete
    2. Ek?? great mind thinks alike orang kata hahaha. Sorry Aisyah auntie tumpang gelemer yer.

      Delete
  5. haha..sempat lagi ye Danish ber drama.nasib baik tak jadi drama swasta yg ber episod Nur..hehe..
    makin kreatif danish ni... Pa'e ni plak asyik nak lukis ultraman memanjang..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan la ada episod lain lepas ni.. saya perhati, cikgu2 cepat2 tulis nama kat artwork danish lepas tu.. takut hilang lagii…
      Wah, Pa'e minat lukis ultraman yer…

      Delete
  6. Danish tau ummi selalu masukkan dlm blog hasil kerja dia,maunya x nangis...hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhahaha, dia pun dah tahu yer.. may be kot :)

      Delete
  7. ada bakat seni rupanya danish..lukisan kt plate tu macam org,yg satu lagi tu mmg betul kata kakak,sotong la..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la berbakat atau tak…. tu jer yg dia pandai lukis :)
      sotong ok lagi, jgn langsuir sudah… hahahaha

      Delete
  8. Ooo boleh bawa blk kak? Hihihi nnt nk minta daddy LH lg amik juga la kat nursery LH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu la pula kalau lain nursery, lain kaedahnya… kena check dgn cikgu dulu… kot2 end of the year baru cikgu beri sekaligus ke….

      Delete
  9. pandai danish melukis, nnt besar mst lukisan danish cantik..

    ReplyDelete
  10. Nasib baiklah cikgu ada jumpa hasil kerja Danish klu x susah jgk nak pujuk budak kecik nie.

    ReplyDelete
  11. ala ciannn dia...
    mesti dia betul2 nakkkkk sgt share wif you hasil craft dia tu kan...
    sib baik lah jumpa....

    ReplyDelete
  12. hehe cian danish...danish awak samalah ngan danish kita...suka melukis mewarna n selagi tak puas hati mesti dia akan cari or buat sampai dapat...

    ReplyDelete
  13. heheheh dia nk tunjuk kt akak tuh hasil kerja dia... dh akak tanya kan... itu yg dia rasa frust kalu tak dpt jumpa hasil kerja dia... bijak danish

    ReplyDelete
  14. Apa fungsi sotong tu kat wedding invitation card ye? Ni mesti nak beritahu tetamu ada menu sotong ni... :) Comellah Danish...sangat ambil berat dengan hasil kerjanya. Mestilah nak tunjukkan kat ummi tu.

    ReplyDelete
  15. hehehe kena hargai hasil kerja anak2 ini... macam Adik anak KA yg bongsu, mula2 bial tunjukkan minat dalam bab2 kerja tangan ni kita nak gelak pun ada tgk hasilnye, tapi bila diberikan galakan & sokongan mmg nampak sgt apa yg terhasil mmg cukup2 kreatif & menarik !

    ReplyDelete
  16. Awak ni mesti penyabarkan Bijen....melayan kerenah anak anak.....
    alahai ibu mithali betul....tapi mmg betullah tu dia yg lukis?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails