Tuesday, December 24, 2013

Resepi muffin hokkaido gebu

Kalau kek minyak dapat pengaruh dari blog Mak Aji, muffin hokkaido ni pula penangan dari blog Masya. Bila tengok gambar yang Masya post tu, rasa tang-tang tu juga nak masuk dapur bakar menda alah ni. Tapi apa kan daya, jangan mimpi nak membaking muffin pada weekdays. Dengan siangnya yang singkat, rasa terkejar-kejar nak siapkan kerja utk tunjukkan pada supervisor setiap kali meeting pada hari Jumaat.

Bila tiba hujung minggu, apa lagi.. gigihla saya mengoogle resepi. Tak sangka, bahan-bahan utk buat muffin ni sangat senang. Mostly bahan-bahan yang ada kat dapur jer macam telur, minyak masak, tepung, susu segar dan lain2. Tak perlu pergi cari kat kedai. Lega dah part tu.

Sepanjang kat UK ni, stok susu segar memang selalu ada dalam fridge. Memang kami suka sangat minum susu segar. Susu segar kat sini memang murah dah sedap sgt2. Antara benda yg saya akan rindu bila balik M'sia nanti. Eh, dah melalut pulak. Lambat lagi nak balik dah mula nak rindu rinduan, ekekkek.

Kebetetulan hari Sabtu lepas dapat lagi jemputan house warming. Hehehe, mesti korang cakap asyik2 house warming aje kan? Ada keluarga yang baru datang Bradford lebih kurang dua minggu lepas. Tu yang mereka buat makan2 utk kenal dengan lebih rapat. Saya pun bawa muffin ni ke majlis tu. Memang mendapat sambutan menggalakkan. Kata mereka, struktur yang gebu buat muffin ni rasa sedap. Ditambah pula dgn filling custard di tengah. Lagi la tambah mabeles. Ada juga yang minta resepi :)

Walau pun kali pertama cuba, dengan beraninya saya buat dua adunan sekali gus. Dapatlah dalam 23 biji muffin utk dua adunan tu.
Bukan main kembang lagi masa bakar tu...
Hasil lepas diletakkan filling dan ditabur dgn snow....
Muffin hokkaido... amacam, tergoda tak?
Saya ambil resepi dari blog Anis Fuad. Kalau nak tgk gambar step by step, boleh rujuk blog beliau.
Mohon share resepi kat sini yer :)

Bahan-bahan utk muffin:

Bahan A:
3 biji kuning telur
20 g gula kastor (dlm 2 sudu besar)
35 g minyak jagung (saya guna minyak bunga matahari)
60 ml susu segar
1 sudu kecil esen vanila
*15g tepung jagung/tepung kastad - saya guna dalam 2 sudu tepung kastard
*55g tepung gandum - saya guna self raising flour
*secubit garam

BahanB
3 biji putih telur
30g gula kastor
1/2 sudu kecil cream of tartar (optional)

Cara-cara buat muffin:
1. Panaskan oven pada suhu 170 degree (saya guna gas 4).
2. Ayak bahan yang bertanda * dan ketepikan (saya skip langkah ni).
3. Dalam mangkuk lain, satukan kuning telur dan gula. Pukul campuran telur dan gula sehingga berkrim.
4. Masukkan esen vanila, susu segar dan minyak jagung. Kacau sebati. Masukkan bahan * dalam langkah 2 sedikit demi sedikit sambil gaul mesra dan tidak berbiji-biji. Ketepikan. 
5. Pukul bahan B hingga bertanduk @meringue (ala, mcm buat meringue pavlova tu). Biasanya saya pukul hingga adunan jadi kental dan berkilat. Kalau nak confirm lagi, terbalikkan adunan dan adunan tak jatuh. Dalam masa yg sama boleh tunjuk "magik" kat anak-anak, hihihi.
6. Ambil 1/3 adunan putih telur dan kaup balik dengan adunan kuning telur. Kemudian masukkan baki dan kaup balik rata.
7. Bila adunan dah sebati, masukkan ke dalam acuan cupcake 3/4 penuh.
8. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

Sementara tunggu muffin masak, boleh la buat krim kastard.

Bahan-bahan krim kastard:
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
200 ml susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

Cara-cara: 
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana sehingga pekat dan likat. Siap!
Tutup bekas berisi kastard dgn plastik wrap utk mengelakkan bahagian atas kustard mengeras. 

Bila dah masak, sejukkan muffin dan kastard. Bila dua-dua dah sejuk, boleh paipkan kastard menggunakan nozel yang dibenamkan di tengah-tengah muffin. Tabur sedikit gula ising utk effect snow tu. Sedia utk dihidang :)

Boleh juga rujuk blog ABM utk step-by-step :)

28 comments:

  1. akak mengiurkan... sy pun tgk kat anis fuad ni lah resepi dia mcm senangkan.. seyes tergodaaaa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Tergoda punya pasal, nasib baik jadi :)

      Delete
  2. Eemmm dapppppnya akak tengok, boleh cuba ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa cuba la kak… mmg senang jer :)

      Delete
  3. sedapppnya Nur.. menjadi jugak kan?.. msti anak2 suka nak makan ni.. rajin Nur google resepi...
    sy ni ntah bila nak rajin...ahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, menjadi jugak… hihihi
      Ha ah, suka sgt mereka makan… tak sempat letak cream dah makan :)

      Delete
  4. Salam Nur,

    Wah, memang tergodalah Mak Aji dengan muffin Hokkaido ni! Insya-Allah nak cuba juga ni!

    ReplyDelete
  5. Pertama kali mencuba pundah berjaya & mndpt sambutan yg hebat tuh dah sudah bagus...nampak pun mmg menggoda...sy nie cuma reti buat muffin pise jer...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la upgrade muffin pise jadi muffin hokaido pulok :)

      Delete
  6. ada resepi tu insyaa Allah akan dijadikan rujukan ..bila la tu agaknya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa cuba lah…. tak rugi sbb muffin ni mmg sedap :)

      Delete
  7. Gebu2 muffin tu semua.....nak kena cari masa baru dapat mencuba ni......:D

    ReplyDelete
  8. tu dianmpkmuffin mengembang dlm oven tu terus membayangkan dpt makan masih panas baru keluar oven,takde filling pu bestni..klu ada msti tmbh mabeles...skang moog membaking tgh kelaut..nt dtg rajin baru bley cuba kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi, itu la yg terjadi kat saya…. tak menyabo nak makan sebelum letak kustard….
      Harapnya mood PK membaking cepat2 kembali ke darat :)

      Delete
  9. uiss nur,aq yang berangan nak buat hokkaido ni..dek kerana busy yang tak terbendung lagi,tu yg tertanggu dulu..tup tup dah kuar pulak kat sini,haa ni yang tergoda then membuak-buak lagi nak membuatnya ni hee :D
    sedapkan lembut je lalu kat anak tekak kan yummy..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, sambil baca komen akak, sambil terbayang kek tu lalu kat anak tekak.. rasa nak buat lagu pulak… jom kita baking sama2 :)

      Delete
  10. Ahah... past kastard tu yang menggiurkan. Masa tengok muffin mengembang dalam oven tu, dah terasa keenakannya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? rasa mcm masa tu jugak nak rembat satu.. hihihi

      Delete
  11. Replies
    1. gebu gebas jer masa kembang tu…. hihihi

      Delete
    2. Pertama kali sy mkn muffin ni,sy dh jatuh cinta dgnnya...memang sedap n gebu je.....bisan mak saudara sy buat sendiri...dia bw dr kelantan ke perak sempena majlis naik buai cucu mereka berdua...

      Delete
  12. Nampak sedaplah Bijen...dgn gula ising tabur atas muffin.....nampak sesuai je buat buah tangan...hehe...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails