Monday, December 30, 2013

Beraya dgn buah-buahan

Budak-budak bertiga kat rumah ni memang suka sangat makan buah. Hinggakan ada kawan cakap, "Untungnya ummi dia... anak-anak tak pandang junk food, tapi pandang buah-buah. Kat sini boleh makan buah byk2 sebab murah."

Yup, setuju sgt dgn statement my friend tu. Kat sini buah sgt sgt sgt murah. Kat dapur memang selalu berisi bakul buah dgn buah-buahan. Bila cuaca sejuk, buah pun tahan agak lama. Maklum lah suhu dalam fridge hampir sama dgn suhu kat dapur :)

Hari Sabtu lepas, saja naik bas jalan-jalan ke Leeds. Bawa anak-anak ke pasar Leeds. Bukan main seronok mereka dapat ke sana. Malas pula nak snap gambar masa tu. Bila cuaca sejuk cenggini, mula la datang penyakit malas snap gambar tu, huhuhu.

Berbalik kepada tajuk entry, kenapa beraya dgn buah-buah? Sebabnya, buah2 kat pasar Leeds sgt2 murah. Sebelum ni dah rasa buah2 kat Bradford tu sgt murah. Buah kat Leeds lagi berganda-ganda murahnya.

Ni antara hasil rembatan.
Buah stoberi - tiga bekas mcm ni hanya dengan harga satu pound (RM5+). Satu bekas licin sebelum sempat balik rumah... beria Irfan pergi cari air nak basuh buah :)
Buah oren dan plum.
Buah plum tu pun sama, tiga bekas utk satu pound. Tu pun terbeli awal, bila jalan2, terjumpa yg jual empat bekas plum dgn harga satu pound. Tapi tiga bekas pun bukan main banyak lagi, apatah lagi kalau empat bekas. Gambar yg snap tu pulak rasanya dah luak dlm satu bekas.

Buah oren pula 20 biji utk satu pound. Tengok la, tinggal lagi 9 biji jer yg sempat disnap gambar. Masa entry ni ditaip, mmg semua oren dah licin. Tiga-tiga mmg hantu limau- eh bukan tiga, lima sbb termasuk ummi dan abah :)

Buah pisang ni pulak 3 sikat utk satu pound. Saja beli yang dah terlebih masak sbb nak buah kek pisang atau cekodok. Sampai rumah, tinggal lagi satu sikat dan tiga biji pisang. Lagi sesikat stgh dah selamat mereka adik beradik makan semasa tunggu bas dan on the way :)

Nota ummi,
Lepas taip entry ni baru BW ke blog Atie. Sedih pula bila baca komen2 tentang kenaikan harga. Sampai bila rakyat kena menanggung semua kenaikan, erm... 

16 comments:

  1. Salam Nur...
    Bestnya bila anak-anak suka makan buah.. mmg murah lah kan harga disana tu..hihi
    nasib baik Pae suka jg makan buah, paling peberetnya Pisang lah...selain itu apple & limau...
    erm! tu lah nur : kenaikan harga ni mmg terasa lah...:(

    ReplyDelete
  2. Salam nur..murahnya harga buah kat sana...pisang pon murah juga...untung nur...kat sini entahlah...semuanya naik....bekerja gaji banyak mana pon rasa cukup..gaji naik, brg pon naik...jadi bila masa boleh menyimpan.....seolah tiada penghujung

    ReplyDelete
  3. Murah yeh.....mmg pucuk dicita ulam mendatanglah ni....bagus anak anak awak yeh Bijen ....healthy habbit!

    ReplyDelete
  4. Seronoknya macam ni.. boleh beli buah kegemaran banyak2...sini nak beli banyak pun berkira...sebabnya.. tau tau lah..

    ReplyDelete
  5. Bestnya buah stobery Dan plum tu Nur... bagus dorang suka mkn buah2an... kat tgh musim buah pisang kaki tapi beli lah Dr Korea tu haha ;)

    ReplyDelete
  6. salam sis
    Erm i like strawberi.. 1 paun sekarg berapa rm ye? Dulu masa ta 1 pound=4.60..

    ReplyDelete
  7. Nor...kat sini stawbery rm17.90 banyak tu...mahai kot..

    ReplyDelete
  8. nur..anak2 akak sorang je yg ikut peel mak dia suka makan buah2an hehe
    kalau lah dekat pasar leeds tu mau akak memborong stoberi ngan plum tu murahnya :)

    ReplyDelete
  9. Murahnya... bagus suka makan buah.. banyak khasiatnya.

    ReplyDelete
  10. Mmg murah ni..rasa nk pg duk sana la kak.hehe

    ReplyDelete
  11. seronok anak2 suka makan buah..dh tu murah..ye la kt malaysia ni mana ada plum,stawberi..ada pun tak byk kan..bila diimport smp malaysia jadi mahal..sy setiap mggu mmg beli buah..epal n pear dh wajb utk puri afia..abg aiman bila kupas buah utk puri adik,dia pun mitak tolong potong utk dia..

    ReplyDelete
  12. bestnya nampak buah2 tu... fresh2 lagi... sedapnya...!

    ReplyDelete
  13. Bagusnya suka makan buah. Kat rumah ni kalau beli buah busuk camtu je. X de org sudi nk mkan.

    ReplyDelete
  14. memang beraya sakan.,,,strawberi jt sana mesti manis berbanding di camaron highland tu,.,,

    ReplyDelete
  15. Wah, murahnya! Di rumah pun memang tak pernah putus dengan buah-buahan tapi takdalah dapat macam ni. Kalau nak penuhkan bakul buah tu dengan epal 8 biji, limau 10 biji, pir 2-3 biji mahunya lebih RM20. Kalau bertahan 2-3 hari aje, memang sakitlah nak mengira kos buah-buahan untuk dimakan. Untung budak-budak ni suka buah-buahan dan bukannya junk food.

    Btw, kawan saya beri Toblerone maha besar dari UK dengan harga RM5 aje...lupa tanya di mana...saya check kat KL ni, yang sederhana pun dah dekat RM20.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails