Saturday, December 14, 2013

Telefon atau PM?

*PM - Private/Personal Message

Teringat perbualan saya dgn cik abe kelmarin...

Abe: Dah call kak H utk majlis hari Sabtu ni.
Saya: Tak call, cuma PM jer kat facebook.
Abe: Kenapa tak call? Buat rugi jer bayar bil tepon. Tapi tak guna pun.
Saya: Bukan apa, takut ganggu kak H. Dah la ada anak kecil, kalau PM senang. Bila dia senang, dia balas. Bila saya senang, saya balas.

Begitu la lebih kurang.

Ya, mmg saya jenis tak suka cakap telefon. Mungkin sebab sedari kecil ummi tak berapa suka kalau bercakap kat telefon lama-lama. Dari kecil ummi dah terapkan, kalau cakap telefon hanya utk perkara2 penting jer (mungkin sbb bil telefon dulu kan mahal). Jadi antara kami adik beradik pun, mmg akan telefon satu sama bila ada perkara penting jer. Kalau ada miss call di phone dari adik beradik, mmg cepat2 akan call semula. Tapi kalau utk tanya khabar tu, saya lebih suka guna facebook. Dari facebook la boleh tahu perkembangan masing2. Skrang bukan setakat facebook, ada mcm2 social network yg boleh guna :)

Tapi bagi cik abe kiter, mmg berbeza 360 darjah la. Dia mmg suka cakap telefon. Memang hari2 akan call M'sia utk tanya khabar keluarga di sana. Kadang2 kagum juga dgn cik abe ni. Ada jer idea yg dia nak sembangkan.  Nasib baik charge telefon dari UK ke M'sia murah. Boleh cakap 3000 minit sebulan dengan harga GBP10 (lebih kurang RM50).

Masa mula2 kawin dulu selalu stress bila cik abe asyik call jer. Tapi skrang dah lali. Dah boleh terima kenyataan. Terima kelebihannya yang suka call orang, apatah lagi suri di hatinya. Hihihi...

Psst, korang pula mcm mana? Lebih suka call atau PM jer?

16 comments:

  1. sy dua2..tgok keadaan la nk guna phone or pm.klu situasi yg penting guna phone,agak2 benda perkara biasa pm je sng..

    en suami sama macam cik abe awk..bg dia call tu penting..org yg main pm2 ni macam tak bersungguh..tak amik berat sesuatu perkara..wallahualam.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dua2 jugak, tapi mmg tengok keadaan jugak la kan? Kalau tak urgent tu, PM lagi senang… lagi pun mmg keje depan komputer…
      Org lelaki mmg lagu tu kot…

      Delete
  2. salam weekand nur..

    call.. jika situasinya penting..coz kalau nak menaip untuk PM tu paham2lah terkial2..nak send lagi..tu kalau line tenet ok..kalau slow ermm..:)
    around..guna kedua-duanya hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kalau saya PM mmg guna komputer… kalau guna handset mmg tak jugak… sbb tu jarang juga ber SMS….. hihihi, line kat sini mmg laju, tu salah satu faktor kot :)
      Yup, dua2 mmg guna juga….

      Delete
  3. Saya pun.. ikut keadaan. Ada masanya suka msj je. Ada masany mmg call terus.. tak sabar..

    Setiap hari suami nur call msia? Bagusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la, mmg kena ikut keadaan… kalau urgent, baik call jer :)
      Yup, mmg lebih kurang gitu la…. bagus, kan?

      Delete
  4. akakpn tgok keadaan, kalu adik beradik lebih suka tepon terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini lagi la susah nak call.. kena cari waktu sama dgn M'sia.. time kita free, orang M'sia dah tdo atau sebaliknya… hihihi, tu kot lebih selesa PM… kadang2, bila dah PM, baru la terus cakap nak call dan terus ambil telefon call :)

      Delete
  5. kat Malaysia sekarang kena jimat2 untuk call.. kalau lupa diri terlebih quota lebih bajet la gayanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. M'sia kat M'sia dulu saya pakai prepaid jer… isi RM30 pun tak habis sebulan… hihihi, mmg jimat sbb yg selalu call saya hubby :)

      Delete
  6. Ohhhh okje dua dua pun Ok jerrr....hehe...alah Bijen tak puas le PM ....kalau nak gossip lagi best call terus hehe.....PM boleh jugaklah....untuk org yg tak kenal lagi, sembang sembang biasa, menyakat....hehe....untung apa ada boypren yg suka call... lepas le rindu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM ikut komputer puas apa.. sambil buat kerja, sambil gossip,…. hihih, kalau PM guna handset mmg tak syok… xleh nak taip laju2 :)
      Tu la kelebihan boypren kiter… suka bergayut :)
      Dia la yg akan make sure yg phone gilpren dia ni selalu ada bateri.. kalau xde, mesti ada orang yg akan charge… hihihi

      Delete
  7. Sy lebih suka dgr suara....puas....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan.. lain orang lain caranya :)

      Delete
  8. saya sama macam nur... lbh suka PM dari call.. saya kalau call pun hanya bila ada perkara penting... kalau tak mmg PM je... encik hubby saya pulak sama ngan cik abe nur... suka call dr PM... tapi tak la mahal kalau 50 ringgit call ke mesia eh....

    ReplyDelete
  9. La ni saya pun tak tahu. Dua-dua tak suka kot..hehehe...kalau dulu-dulu memanglah nak bercakap kat telefon aje. Barulah lega rasa di hati. Sekarang ni dah tak kisah. Tapi kalau part hubby, memang dia suka pm aje.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails