Dalam entry sebelum ni, saya ada cerita pasal anak-anak tolong buat pavlova. Semasa saya memukul pukul putih telur untuk dijadikan meringue, Irfan berkata..
Irfan: Eh, pandai la ummi buat magik. Tadi telur cair, lepas tu ummi pukul jadi mcm kapas.
Ummi: Ummi ikut resepi jer. Bila pukul putih telur, memang dia akan kembang dan jadi mcm kapas.
Irfan: Kalau mcm tu, hebat la orang yang cipta kapas telur ni. Dia hebat, kan? Mcm mana dia boleh fikir bila pukul putih telur dia akan jadi kapas?
Hahaha, saya pun tak tahu mcm mana nak jawab soalan Irfan. Tinggi betul perasan ingin tahu dia. Mommies ada jawapan tak utk soalan Irfan ni?
NuKilaN:
irfan2, tak tercapai dek akalku, hihihi
ReplyDeletekekadang anak2 suka keluar soalan2 yg buat kita mati akal nak menjawab ehehe..
ReplyDeletepayah sangat nak jawab nie...kadang2 susah nak jawap kan soklan2 depa terlampau advance...hihihi
ReplyDeletenak pahamkan soalan pun satu hal..hehe
ReplyDeletehaha.. meringue ek kak..?
ReplyDeletekak..apa persiapan raya kt sana..?akak xbalik mesia ek?
kak tini: susah nak baca apa yg dia fikirkan
ReplyDeleteLL: tu la pasal, soalan yg kita tak pernah terfikir pun
Ida: tak semua soalan ada jwpn, ekekekke
AQ: rasa mcm soalan test pulak :)
Lea: takde persiapan pun, duk berkira kira nak buat biskut, tapi mood tak datang pun lagi... balik M'sia? kena tunggu org sponsor baru boleh balik... ekekeke