Monday, August 13, 2012

hebat nyer...

Dalam entry sebelum ni, saya ada cerita pasal anak-anak tolong buat pavlova. Semasa saya memukul pukul putih telur untuk dijadikan meringue, Irfan berkata..

Irfan: Eh, pandai la ummi buat magik. Tadi telur cair, lepas tu ummi pukul jadi mcm kapas.

Ummi: Ummi ikut resepi jer. Bila pukul putih telur, memang dia akan kembang dan jadi mcm kapas.

Irfan: Kalau mcm tu, hebat la orang yang cipta kapas telur ni. Dia hebat, kan? Mcm mana dia boleh fikir bila pukul putih telur dia akan jadi kapas?


Hahaha, saya pun tak tahu mcm mana nak jawab soalan Irfan. Tinggi betul perasan ingin tahu dia. Mommies ada jawapan tak utk soalan Irfan ni?

NuKilaN:
 

6 comments:

  1. irfan2, tak tercapai dek akalku, hihihi

    ReplyDelete
  2. kekadang anak2 suka keluar soalan2 yg buat kita mati akal nak menjawab ehehe..

    ReplyDelete
  3. payah sangat nak jawab nie...kadang2 susah nak jawap kan soklan2 depa terlampau advance...hihihi

    ReplyDelete
  4. nak pahamkan soalan pun satu hal..hehe

    ReplyDelete
  5. haha.. meringue ek kak..?
    kak..apa persiapan raya kt sana..?akak xbalik mesia ek?

    ReplyDelete
  6. kak tini: susah nak baca apa yg dia fikirkan

    LL: tu la pasal, soalan yg kita tak pernah terfikir pun

    Ida: tak semua soalan ada jwpn, ekekekke

    AQ: rasa mcm soalan test pulak :)

    Lea: takde persiapan pun, duk berkira kira nak buat biskut, tapi mood tak datang pun lagi... balik M'sia? kena tunggu org sponsor baru boleh balik... ekekeke

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails