Saturday, August 25, 2012

Solat Aidilfitri @IslamBradford

Suasana  yang sangat berbeza bila menunaikan solat Aidilfitri di sini. Yang pasti, ia satu kenangan yang manis buat kami sekeluarga.

Disebabkan kami sampai agak awal, ruang solat masih lagi kosong. 
Kami mengambil tempat di ruang belakang.
Dalam 10 minit ke pukul 9, keadaan di ruang solat semakin sesak. 
Kami beralih ke ruang hadapan sikit.

Rasa insaf bila jumpa umat Islam yang pelbagai bangsa dari pelbagai negara.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!
Terima kasih Allah, nikmat-Mu tidak terhingga.

Disebabkan ruang solat sangat sesak, kena pandai-pandai adjust kedudukan solat bersama anak-anak. Mula-mula saya letak danish dan Aisyah di belakang. Bila mula solat, Danish dan Aisyah bergerak ke depan saya pula. Mereka tak kacau saya solat, tapi turut sama solat hingga habis. Tujuh kali iman angkat takbir, tujuh kali juga danish angkat takbir. Danish dah tahu, bila imam kata Allahuakbar... tangan kena angkat takbir.

Suasana yang berbeza, ramai bayi yang diangkut sama utk solat!
 Saya snap gambar ni semasa dengar khutbah raya.

Aisyah juga khusyuk dengar khutbah raya...

Selepas khutbah raya, kami dijamu dengan sedikit makanan ringan.
Kek, roti dan muffin - semuanya sedap2
Danish pun makan beberapa ketul kek..
Nyum nyum....
Lepas solat raya kami ke rumah terbuka di rumah kawan
Semua M'sian berkumpul kat sana...
Lewat petang baru balik rumah :)

Jangan terkejut, kat sini pun ada lemang dan rendang tau...
Ini buktinya....


NuKilaN:
 

4 comments:


  1. salam eidulfitri Nur sekeluarga..

    dah lama sgt tak BW... x tau apa perkembangan nur & keluarga di rantauan..

    ReplyDelete
  2. pengalaman indah dan berharga tu kak..selamat hari raya..maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  3. Pengalamn dan pendedahan baru untuk anak2 supaya mereke lebih matang. Best la kak merasa suasan baru. Selamat hari Raya and Maaf Zahir batin.

    ReplyDelete
  4. kak yong: Tq singgah lagi sini.. dah lama jugak tak dengar citer dari kak Yong

    Lea: Yup, pengalaman mcm ni tak dpt kat M'sia

    Lynd: Best la jugak, tapi rindu jugak kat M'sia

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails