Saya cakap kat Irfan, "Orang kat M'sia raya awal sikit dari kita." Tahu tak apa jawab Irfan, "Kalau mcm tu, jom la kita balik M'sia. Boleh raya cepat sikit.". Amboi, dia ingat UK-M'sia sama macam Kelantan-Terengganu ke? Balik hari boleh sampai dan boleh naik kereta jer. Dah la jarak tu jauh, duit pun kena sedia tau kalau nak balik. Untuk kami sekeluarga, tiket flight pergi balik sekitar RM25k... mana nak dapat duit sebanyak tu. Maka simpan aje la hasrat tu :)
Raya kat sini juga meriah. Bermula malam raya, seorang rakan mengadakan majlis takbir raya di rumahnya. Selesai takbir, kami dijamu dengan pelbagai juadah raya - lemang, rendang, laksa penang, nasi himpit, kuih lopes dan lain-lain.
Antara menu yang dihidangkan
Bergambar sebelum ke IslamBradford
Insya Allah, lagi cerita di IslamBradford dalam entry seterusnya.
NuKilaN:
seronoknya bila dpt lihat suasana Uk.. tp ada psamaan juga lh dgn malaysia dari segi juadahnya,ada rendang, laksa penang....
ReplyDeletebestnya tengok menu tu.. salam aidilfitri buat Nur sekeluarga
ReplyDeletesaly: perut melayu, juadah raya pun juadah M'sia la, hehehe
ReplyDeletekak tini: menu utk menaikkan mood raya :)
huhuu.. tetiba teringat klu buat phD esok2 mcm tu jugak laa nnt..huhu
ReplyDelete