Thursday, February 13, 2014

Winter bug

Ni message dari sekolah anak-anak yang saya terima pada 30 January lepas.
Bila dapat message tu, saya dah pesan siap2 kat Irfan dan Aisyah supaya jangan guna toilet kat sekolah.   Selagi boleh tahan, tahan la hajat tu dan langsaikan kat rumah. Winter bug senang berjangkit dan biasanya merebak dari kuman dari toilet dari pelajar yang telah dijangkiti.

Tapi malangnya hari Isnin lepas Irfan terkena juga virus jahat tu atau nama glamer dia Norovirus. Dia mengadu beberapa kali muntah semasa di sekolah. Balik rumah pun dia muntah lagi. Lepas dia muntah kali kedua, cepat2 saya ambil tali kasut utk ikatkan kat leher mcm saya buat kat Danish dalam entry ni.

Lepas tu nampak dia ok sikit. Mula minta nak makan nasi. Sebelum tu abah offer makan fish and chip pun dia tolak. Tak lalu nak makan takut muntah lagi.

Lepas makan, nampak dia lebih bertenaga sikit. Saya mula rasa lega sikit. Boleh la tidur malam tu dengan aman. Malangnya, malam tu Aisyah pula yang bangun dan muntah-muntah. Alamak, dah berjangkit kat Aisyah pula. Dua kali juga Aisyah bangun malam tu. Lepas Aisyah, saya pula mula rasa mual dan pening kepala. Tak lama lepas tu rasa nak muntah. Alamak, saya pun kena juga. Lepas muntahkan apa yg patut, baru rasa lega dan boleh sambung tidur sampai ke pagi.

Esoknya saya ingatkan nak rehatkan Irfan dan Aisyah kat rumah. Tapi mereka berdua beria cakap dah rasa ok dan tetap nak ke sekolah. Beria nak dapat 100% attendance semester ni. Cuma mereka belum ada selera utk makan. Jadi mereka cuma breakfast sup spaghetti pagi tu.

Belum pun anak2 siap breakfast, sekali terdengar ada orang buka pintu rumah. Rupanya abah dah balik kerja. Eh, awal la pula abah balik hari ni, detik hati saya. Rupa-rupanya, abah pun kena juga virus tu. Tak boleh nak kerja sbb asyik ulang-alik toilet, jadi bos beri kebenaran utk rehat kat rumah. Tapi abah tak muntah, abah kena cirit birit.

Mmg hari Selasa tu, saya dan hubby melepek jer atas katil. Tak boleh nak buat apa penangan Norovirus ni. Nak bangun rasa kepala pusing. Nak makan pun tak ada selera.

Hari Rabu baru rasa sihat sikit. Tapi selera makan masih belum ada. Hari Rabu juga kami anak-beranak tak makan nasi lagi.

Dan hingga la hari ni, belum ada selera nak telan nasi. Hirup sup kambing cicah roti pun dah rasa kenyang. Kali pertama kami sekeluarga kena penangan winter bug mcm ni.

Nota ummi,
Maaf, tak sempat lagi nak BW. Ada juga jengah baca cerita mommies, cuma belum ada masa nak tinggal komen. Btw, thanks pada yg tetap datang dan komen kat sini :)

21 comments:

  1. Ya Allah... senang nyer benda ni merebak, pantas pulak tu. Hope u guys get well soonest, tak best nya seisi keluarga kena. Take care ok.

    Pst: Primark ada tapi jauh so tak la I nak jelajah ke sana huhuhu, yang satu kononnya nak buka depan my school tu, tah bila nak bukanya bertahun dah signboard dia, tu la selalu nampak kat tren stesen bebudak muda bawak beg Primark tak cukup tangan.

    ReplyDelete
  2. Kesiannya. Moga cepat sembuh ya semuanya.

    ReplyDelete
  3. get well soon ye k nur.... drink plenty of fluids

    ReplyDelete
  4. Semoga Nur sekeluarga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  5. kesiannya kak..cepat sungguh virus tu merebak..
    moga cepat sembuh..kena jaga betul2 la lepas ni..

    ReplyDelete
  6. Laaaa...kesiannya. Pantas betul virus ni yer. Smoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  7. semoga akak sekeluarga cepat sembuh....

    ReplyDelete
  8. mmmm winter pun ada bug noh...apa pun take care ya... n hope semua akan sihat seperti biasa lepas nie

    kuazue.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Kesian anak2... moga beransur sembuh lah dah ye.. sebab risau juga kan mudah berjangkit...

    ReplyDelete
  10. Semoga Nur sekeluarga dah back to normal sekarang nih. Susahkan kalau ada penyakit berjangkit macam ni. Kalau orang dewasa macam kita ni senang nak diuruskan. Kalau kena kat anak-anak, aduhai siksa rasanya.

    ReplyDelete
  11. aktif sungguh virus ni
    moga semuanya dalam keadaan baik2 je yea

    ReplyDelete
  12. Wah... baru saya free. Sekarang ni harapnya anak beranak Nur dah sihat ya. Tak larat kalau asyik muntah2 kan. Semoga virus ni tak berulang lagi.. kat sini Nazif pun kena muntah dan cirit2 hari isnin dan selasa. Sian tengok dia tak nak makan. Si kecik ni pun tau takut muntah lagi

    ReplyDelete
  13. saya first time dengar petua ni. Memang pelik mendengarnya tapi bagus jugak nanti boleh dicuba kalau jadi pada Fahim. Kat org dewasa mcm kita pun boleh apply ke tak? hihi..

    apapun semoga budak2 terus sihat ya.

    ReplyDelete
  14. coincidently mumme pun post entry pasal bug juger...semoga cepat sembuh....

    ReplyDelete
  15. cepat sungguh ianyer berjankit ni..iap muntah2 kesian anak2 petua guna tali kasut tu berkesan jugek yek......
    moga semuanyer cepat sembuh yer...

    ReplyDelete
  16. alahai kesiannya... Moga segera sembuh semuanya... boleh tahan kuat gak virus tu...

    ReplyDelete
  17. Ada jugak penyakit winter ni yeh Bijen rupanya...tp hari tu pun okje kena gak....simptomnya lebih kurang....cirit birit dan muntah....makan pun tak selera....tp satu hari tu ajelah...hehe lepas tu dh selera balik

    ReplyDelete
  18. first time akak dengar winter bug nur..maybe negara yg ada 4 musim je ke ada virus ni..kira kalau kat malaysia ni salah makan or keracunan makanan..sebab simptom2nya sama kann !

    nasib baik ada petua orang lama yg boleh diamalkan..

    ReplyDelete
  19. Cepat sembuh Nur sekeluarga ye... risau juga kalau satu keluarga dah kena virus ni...

    ReplyDelete
  20. semoga family d sana sentiasa sihat ya... amin...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails